Jumaat, 15 Ogos 2014

Peringkat Pembelajaran Akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah Menurut Manhaj al-Asya’irah



1. Peringkat pertama

Mempelajari  matan-matan ilmu akidah dan syarahnya :

a. Matan Umm al-Barahain karya Imam as-Sanusi (juga dikenali sebagai  matan as-Sanusiyyah) dan antara kitab yang terbaik yang mensyarahkan matan Umm al-Barahain ialah kitab Tahzib Syarah al-Sanusiyyah karya Syeikh Sa’id Fudah.

Muat Turun Tahzib Syarah al-Sanusiyyah karangan Syeikh Said Fudah



b. Matan Jauharah at-Tauhid karya Imam Ibrahim al-Laqqani dan kitab yang terbaik yang mensyarahkannya ialah kitab Tuhfah al-Murid ‘Ala Jauharah at-Tauhid karya Imam al-Bajuri.

Muat Turun Kitab Tuhfah al-Murid ‘Ala Jauharah at-Tauhid Karya Imam al-Bajuri



c. Matan Akidah at-Tahawiyyah karya Imam Abu Ja’far at-Tahawi dan kitab syarahnya yang terbaik ialah al-Syarh al-Kabir 'ala al-Aqidah at-Tahawiyyah karangan Syeikh Sa’id Fudah.

Muat Turun Kitab al-Syarh al-Kabir 'ala al-Aqidah at-Tahawiyyah Karangan Syeikh Sa’id Fudah


d. Matan Akidah al-Awwam karya Syeikh Ahmad al-Marzuki dan syarahnya yang terbaik ialah kitab Nur az-Zolam Syarah Akidah al-Awwam karya Syeikh Muhammad an-Nawawi al-Bantani.

Muat Turun Kitab Nur az-Zolam Syarah Akidah al-Awwam Karya Syeikh Muhammad an-Nawawi al-Bantani


 
e. Matan akidah yang dikarang pada masa kini yang terbaik ialah Matan Akidah al-Khatib karya Syeikh Muhammad Khalil al-Khatib dan beliau turut mengarang sebuah kitab yang mensyarahkan Matan Akidah al-Khatib yang dinamakan sebagai al-Junnah.

Muat Turun Kitab Al-Junnah Fi Syarah Aqidah Ahl al-Jannah Karangan Muhammad Khalil al-Khatib




f. Matan al-Kharidah al-Bahiyyah dan syarahnya. Kedua-duanya ialah hasil karya Imam Ahmad ad-Dardir.

Muat Turun Kitab Syarah al-Kharidah al-Bahiyyah Karangan Imam al-Dardir



2. Peringkat kedua

a. Mempelajari kitab-kitab karya Imam al-Ghazzali seperti:

i. Al-Iqtisad fi al-I’tiqad



ii. Iljam al-Awwam ‘an Ilm al-Kalam



iii. Al-Arba’in fi Usul ad-Din



b. Mempelajari Matan Akidah an-Nasafiyyah karya Imam an-Nasafi dan syarahnya karya Imam at-Taftazani.



c. Kitab Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah karya Syeikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti.



d. Kitab al-Aqidah al-Islamiyyah wa Asasuha karya Syeikh Abdul Rahman Hasan Habannakah.

e. Kitab al-Aqidah al-Islamiyyah wa Mazahibuha karya Prof Dr Qahthan ad-Dauri.



3. Peringkat ketiga

Mempelajari kitab-kitab karangan Imam Abu Hasan al-Asy’ari, Imam Fakhruddin al-Razi, Imam al-Haramain al-Juwaini dan para imam yang besar yang lain.

4. Peringkat keempat

Mempelajari kitab yang mempertahakan al-Aya’irah seperti kitab Bara’ah al-Asy’ariyyin ‘an Aqaid al-Mukhallafin karya Ibnu Marzuq (nama sebenarnya ialah Syeikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabani), kitab-kitab yang ditahqiq oleh Imam al-Kauthari, kitab-kitab karangan Syeikh Sa’id Fudah, kitab-kitab yang ditahqiq oleh Dr Taha al-Hibsyi, kitab Al-Qaul Al-Tamm Bi Ithbat Al-Tafwid Mazhaban Li Salaf Al-Kiram karya Syeikh Saif al-‘Asri, kitab Tanzih Al-Haqq Al-Ma'bud 'An Al-Hayyiz Wa Al-Hudud karya Syeikh Abdul Aziz Abdul Abdul Jabbar al-Hadiri, kitab-kitab karya Syeikh Muhammad Alawi al-Maliki.

Hendaklan seseorang yang mengikuti manhaj al-Asy’ari membaca kitab Tabyin Kazib al-Muftari Fi Ma  Nusiba ‘Ila al-Imam Abu Hasan al-Asy’ari karangan Imam Ibnu ‘Asakir dan ianya merupakan kitab yang sangat-sangat penting.

Maka, inilah senarai kitab-kitab yang penting yang harus dipelajari dan ditekuni oleh seseorang yang ingin mempelajari akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah.