Thursday, April 28, 2016

Hadis larangan makan makanan haram



Dalam sebuah hadis yang panjang Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Ka’ab bin ‘Ujrah:

يَاكَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ، إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ النَّارُ أَوْلَى بِهِ

“Wahai Ka’ab bin ‘Ujrah, sesungguhnya tidak masuk ke syurga daging yang tumbuh daripada benda yang haram. Neraka lebih layak baginya.” 

(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, al-Hakim dan lain-lain)

Maksud ‘tidak masuk syurga’ yakni tidak tergolong dalam golongan orang yang segera masuk ke syurga tetapi masuk ke syurga selepas diazab terlebih dahulu.

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ: أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ؟

Nabi sallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan kisah seorang lelaki yang panjang pemusafirannya (untuk beribadat seperti haji, jihad, menuntut ilmu dan lain-lain), kusut masai rambutnya dan berdebu wajahnya, mengangkat tangan ke langit (kerana langit kiblat doa) lalu menyeru: Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku (menunjukkan kesungguhan). Sedangkan makanannya daripada yang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram, diberi makan (dari kecil sehingga besar) daripada yang haram. Maka bagaimanakah hendak dimakbulkan doa lelaki tersebut?” 

(Riwayat Muslim)

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: " «أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ؟ ". قَالُوا: الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ. فَقَالَ: " إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا، وَقَذَفَ هَذَا، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا، وَضَرَبَ هَذَا، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يَقْضِيَ مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada para sahabat: “Tahukah kamu orang yang muflis?” 

Para sahabat menjawab: “Orang yang muflis di sisi kami adalah orang yang tidak mempunyai dirham dan harta benda.” 

Nabi sallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Orang yang muflis daripada  umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) solat, puasa dan zakat. Dia juga datang dengan (dosa) mencela orang lain,  memfitnah orang lain, makan harta orang lain (secara batil), menumpahkan darah orang lain (tanpa hak) dan memukul orang lain. Maka diberi kepada orang yang dizalimi pahala orang yang menzalimi. Sehingga apabila pahalanya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah dosa yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu diberikankan kepadanya. Kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka. 

(Riwayat Muslim)

Monday, April 25, 2016

Hadis kelebihan ayat Kursi





Yang pertama saya tak jumpa hadisnya.

2. حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ، عَنْ زَائِدَةَ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ رُفَيْعٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ قَالَ: «كَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ إِذَا دَخَلَ مَنْزِلَهُ قَرَأَ فِي زَوَايَاهُ آيَةَ الْكُرْسِيِّ

Terjemahan

Daripada Abdullah bin ‘Ubaid bin ‘Umair, beliau berkata: “Abdul Rahman bin ‘Auf ketika masuk ke dalam rumahnya beliau akan membaca di penjuru-penjuru rumahnya ayat kursi.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Abu Ya’la, Ibnu ‘Asakir dan Ibnu Munzir.

Kata al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Diriwayatkan oleh Abu Ya’la. Para perawinya adalah thiqah kecuali Abdullah tidak pernah mendengar daripada Ibnu ‘Auf.”

Adapun baca ayat Kursi ketika masuk rumah untuk mengelak kemiskinan, saya tidak jumpa hadisnya.

Yang saya jumpa adalah baca surah al-Ikhlas ketika masuk ke dalam rumah, tetapi hadisnya sangat daif.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَرَأَ: {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} حِينَ يَدْخُلُ مَنْزِلَهُ نَفَتِ الْفَقْرَ عَنْ أَهْلِ ذَلِكَ الْمَنْزِلِ وَالْجِيرَانِ

Terjemahan

Daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  

“Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad ketika masuk ke dalam rumahnya dijauhkan kemiskinan daripada ahli rumah tersebut dan jirannya.”

Kata al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Diriwayatkan oleh al-Thabarani. Dalam sanadnya terdapat Marwan bin Salim al-Ghifari dan dia adalah matruk (ditinggalkan hadisnya).

3. مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ عَلَى أَثَرِ وُضُوئِهِ، أَعْطَاهُ اللَّهُ ثَوَابَ أَرْبَعِينَ عَالِمًا، وَرَفَعَ لَهُ أَرْبَعِينَ دَرَجَةً، وَزَوَّجَهُ أَرْبَعِينَ حَوْرَاءَ

Terjemahan:

“Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika masih ada kesan air wudhuknya Allah akan memberikannya pahala 40 tahun (beribadat), mengangkat baginya 40 darjat dan mengahwinkannya dengan 40 orang bidadari.”

Diriwayatkan oleh al-Dailami daripada Ibnu ‘Umar.

Dalam sanadnya terdapat Muqatil bin Sulaiman, seorang pendusta.

Rujuk:
1. تنزيه الشريعة المرفوعة عن الأخبار الشنيعة الموضوعة
2. تذكرة الموضوعات
3. الفوائد المجموعة في الأحاديث الموضوعة

4. أن الشيطان قال له: إذا أويت إلى فراشك فاقرأ آية الكرسي لن يزال عليك من الله حافظ ولا يقربك شيطان حتى تصبح، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: صدقك وهو كذوب

Syaitan berkata kepada Abu Hurairah: “Jika kamu hendak tidur bacalah ayat Kursi, kamu akan didampingi oleh penjaga (malaikat) daripada Allah dan syaitan tidak akan mendekati kamu sehingga subuh.”

Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya dia (syaitan) telah berkata benar padamu - yakni kalau membaca ayat al-Kursi, maka akan terus mendapat penjagaan dari Allah - tetapi dia itu sendiri sebenarnya adalah pendusta.”

(Riwayat al-Bukhari)

أَخْبَرَنَا مُسْلِمٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا هِشَامٌ، حَدَّثَنَا قَتَادَةُ، قَالَ: مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ إِذَا آوَى إِلَى فِرَاشِهِ، وُكِلَ بِهِ مَلَكَيْنِ يَحْفَظَانِهِ حَتَّى يُصْبِحَ

Terjemahan

Qatadah (seorang tabi’in) berkata: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika hendak tidur maka diwakilkan dua malaikat yang akan menjaganya sehingga Subuh.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Dhurais dalam Fadhail al-Quran.

5. مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلَّا أَنْ يَمُوتَ

Terjemahan

“Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas solat lima waktu tidak ada yang menghalangnya daripada masuk ke syurga kecuali kematian.”

Diriwayatkan oleh al-Nasai’e dalam Sunan al-Kubra  dan ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah, al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Mu’jam al-Ausath, al-Du’a, Musnad al-Syamain, Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah dan lain-lain daripada Abi Umamah al-Bahili.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Bulugh al-Maram: “Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dan Ibnu Hibban mensahihkannya.”

Kata al-Munziri dalam al-Targhib: “Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dan al-Thabarani dengan beberapa sanad, salah satunya sahih.”

Kata al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Kabir dan al-Ausath dengan beberapa sanad, salah satunya jayyid (baik).”

Maksud ‘tidak ada yang menghalangnya daripada masuk ke syurga kecuali kematian’ yakni tidak ada yang menghalangnya untuk masuk ke syurga kecuali dia belum mati. Apabila dia mati, dia akan masuk ke syurga.”

Wallahu a'lam