Wednesday, August 31, 2016

Hadis: Tumbuhan hijau yang tumbuh di tempat yang kotor

إِيَّاكُمْ وَخَضْرَاءَ الدِّمَنِ، فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا خَضْرَاءُ الدِّمَنِ؟ قَالَ: الْمَرْأَةُ الْحَسْنَاءُ فِي الْمَنْبَتِ السُّوءِ

“Jaga-jagalah kamu daripada tumbuhan hijau yang tumbuh di tempat yang kotor.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah tumbuhan hijau yang tumbuh di tempat yang kotor itu?” Baginda menjawab: “Perempuan yang cantik yang membesar dalam lingkungan yang buruk.”

Riwayat al-Ramahurmuzi dan al-‘Askari dalam al-Amthal, al-Daraqutni dalam al-Afrad, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil, al-Qudha’ie dalam Musnad al-Syihab, al-Khatib al-Baghdadi dalam Idhah al-Multabis dan al-Darimi dalam Musnad al-Firdaus. Semua meriwayatkan daripada jalur perawi Muhammad bin ‘Umar al-Waqidi daripada riwayat Abu Sa’id al-Khudri.

Ibnu al-Mulaqqin menukilkan dalam al-Badr al-Munir: “Ibnu Thahir berkata dalam Takhrij Ahadith al-Syihab: Hadis ini dikira sebagai hadis yang diriwayatkan secara tunggal oleh al-Waqidi dan dia adalah daif. Ibnu Solah berkata dalam kitab Musykilnya: Ia dikira sebagai hadis yang diriwayatkan secara tunggal oleh al-Waqidi dan dia adalah daif. Al-Daraqutni berkata: Tidak sahih daripada mana-mana jalur sekalipun.”

Al-Waqidi tidak hanya dinilai sebagai daif bahkan dinilai sebagai matruk (sangat daif) oleh al-Bukhari, Abu Hatim dan Ibnu Hajar. Kata Ahmad bin Hanbal: “Dia seorang pendusta.” Al-Nasa’ie dan Ali bin al-Madini berkata: “Dia seorang pemalsu hadis.” Kata Yahya bin Ma’in: “Dia tidak thiqah.” Pada ketika yang lain, beliau berkata: “Jangan tulis hadisnya.”

Hadis ini disebutkan dalam kitab-kitab fiqh sebagai anjuran memilih wanita yang baik dan mempunyai nasab keturunan yang baik ketika hendak menikah.

Ibnu al-Mulaqqin dalam al-Badr al-Munir mencadangkan hadis lain yang lebih kuat:

خير نسَاء ركبن الْإِبِل: صَالح نسَاء قُرَيْش، أحناه عَلَى ولد فِي صغر وأرعاه عَلَى زوج فِي ذَات يَده

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta (wanita Arab) ialah wanita Quraisy. Mereka paling mengasihi anak ketika kecilnya dan paling menjaga harta suaminya.”

Riwayat al-Bukhari (5365) dan Muslim (2527).

Ibnu Hajar dalam Talkhis al-Habir mencadangkan hadis berikut:

تَخَيَّرُوا لِنُطَفِكُمْ وَانْكِحُوا الْأَكْفَاءَ وَانْكِحُوا إلَيْهِمْ

“Pilihlah (wanita) yang terbaik untuk benih kamu. Nikahilah wanita yang sepadan (dengan kamu) dan nikahilah (anak perempuan kamu) dengan mereka (lelaki yang sepadan).”

Riwayat Ibnu Majah (1968). Hadis ini diriwayatkan dengan dua sanad yang saling menguatkan sebagaimana menurut Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari.

Saturday, August 27, 2016

Ibnu Taimiyyah mengkafirkan Imam Fakhruddin al-Razi

Beliau berkata:

“Dan dia (Imam al-Razi) telah mengambil Abu Ma’syar [1] sebagai salah seorang imam ikutannya dalam menyuruh kepada menyembah berhala. Dan apabila dia (Imam al-Razi) telah murtad daripada agama Islam dan menyuruh kepada mensyirikkan Allah, menyembah berhala matahari, bulan, bintang dan berhala dalam kitabnya yang bertajuk al-Sirr al-Maktum Fi al-Sihr Wa Mukhatabah al-Nujum [2]”

[Bayan Talbis al-Jahmiyyah, jil. 3, hlm. 53, cetakan Majma’ al-Malik Fahd]

Beliau berkata lagi:

“Sesunggunya ada di antara mereka yang menulis berkenaan agama orang musyrik dan murtad daripada agama Islam sebagaiman al-Razi menulis kitabnya berkaitan penyembahan bintang dan berhala. Dan dia membangunkan hujah tentang kebaikan dan manfaat perkara tersebut (menyembah bintang dan berhala) dan beliau menganjurkannya. Ini adalah satu bentuk kemurtadan daripada agama Islam dengan sepakat umat Islam.”

[Majmu’ Fatawa, jil. 4, hlm 55, cetakan al-Malik Fahd]

Ibnu Taimiyyah ketika akhir hayatnya menarik balik semua tuduhan kafir beliau.

Al-Hafiz al-Zahabi dalam Siyar A’lam al-Nubala (15/88) menukilkan daripada gurunya, Ibnu Taimiyyah ketika akhir-akhir hidupnya berkata:

“Aku tidak mengkafirkan seorang pun daripada umat Islam.”

Semoga Allah merahmati Imam al-Razi dan mengampuni Ibnu Taimiyyah.

___________

[1] Mungkin yang dimaksudkan Abu Ma’syar di sini ialah Abu Ma’syar al-Balkhi (w. 272H), seorang ahli ilmu falak (astronomi).

[2] Dalam kitab ini Imam al-Razi mengumpulkan asas ilmu sihir dan mengkajinya untuk membalas hujah golongan ahli sihir. Entah bagaimana Ibnu Taimiyyah boleh kata Imam al-Razi menyuruh menyembah berhala dan bintang!

Wednesday, August 24, 2016

Hadis palsu tentang kelebihan Saidatina Fatimah

1 - ابْنَتِي فَاطِمَةُ حَوْرَاءُ آدَمِيَّةُ، لَمْ تَحِضْ، وَلَمْ تَطْمِثْ، وَإِنَّمَا سَمَّاهَا فَاطِمَةَ لأَنَّ اللَّهَ فَطَمَهَا وَمُحِبِّيهَا عَنِ النَّارِ

“Anakku, Fatimah adalah bidadari daripada kalangan manusia. Dia tidak mengeluarkan haid dan kotoran. Sesunggunya dinamakan dia Fatimah kerana Allah akan memisahkan orang yang mencintainya daripada daripada neraka.”

Sumber hadis

Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad daripada Ibnu ‘Abbas secara marfu’.

Penilaian hadis

a. Al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad: “Dalam sanad hadis ini terdapat tidak seorang daripada perawi yang majhul (tidak dikenali) dan ia tidak sabit (daripada Nabi).”

b. Penilaian al-Khatib al-Baghdadi dinukilkan oleh Ibnu al-Jauzi dalam al-Maudhu’at, al-Sayuthi dalam al-Laali al-Masnu’ah dan Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah tanpa sebarang bantahan.

*Perkataan ‘tidak sabit’ (لَيْسَ بِثَابِت) jika digunakan dalam kitab-kitab yang menghimpunkan perawi-perawi daif dan hadis-hadis palsu, maksudnya ialah hadis tersebut palsu.

2 - إِنَّمَا سُمِّيَتْ فَاطِمَةُ لأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى فَطَمَ مُحِبِّيهَا مِنَ النَّارِ

“Sesungguhya dinamakan dia sebagai Fatimah kerana Allah akan memisahkan orang yang mencintainya daripada neraka.”

Sumber hadis

Diriwayatkan oleh Ibnu al-Jauzi dalam al-Maudhu’at daripada Abu Hurairah secara marfu’.

Penilaian hadis

a. Ibnu al-Jauzi dalam al-Maudhu’at: “Ini adalah rekaan al-Ghilabi (salah seorang perawinya. Kata al-Daraqutni, dia seorang pereka hadis.”

b. Penilaian Ibnu al-Jauzi dipersetujui oleh al-Sayuthi dalam al-Laali al-Masnu’ah dan Ibnu Arraq dalam Tanzih al-Syariah al-Marfu’ah, beliau (Ibnu ‘Arraq) menambah: “Dalam sanadnya juga ada Bisyr bin Ibrahim al-Ansari.”

Bisyr bin Ibrahim al-Ansari dinilai sebagai pereka hadis oleh Ibnu ‘Adi dan Ibnu Hibban.

3 - لم ير لفاطمة دم في حيض ولا نفاس

“Tidak dilihat pada Fatimah darah haid dan juga nifas.”

Sumber hadis

Diriwayatkan oleh Ibnu al-A’rabi dalam Mu’jamnya dan Ibnu Abi al-Dunya sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan.

Penilaian hadis

a. Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan: “Ini adalah rekaan al-‘Abbas (salah seorang perawinya).”

4 - عَن أَسمَاء قبلت فَاطِمَة بالْحسنِ فَلم أر لَهَا دَمًا فَقلت يَا رَسُول الله إِنِّي لم أر لفاطمة دَمًا فِي حيض وَلَا نِفَاس فَقَالَ أما علمت أَن ابْنَتي طَاهِرَة مطهرة فَلَا يرى لَهَا دم فِي طمث وَلَا ولادَة

“Daripada Asma’, beliau berkata: “Fatimah melahirkan Hasan. Tidak dilihat padanya darah (ketika melahirkan Hasan). Aku bertanya: Wahai Rasulullah, aku tidak melihat darah haid dan nifas pada Fatimah. Baginda menjawab: “Aku mengetahui bahawa anak perempuanku itu suci dan disucikan. Maka tidak dilihat padanya darah haid dan darah kerana melahirkan anak.”

Sumber hadis

Disebutkan oleh Al-Muhib al-Thabari dalam Zakhair al-‘Uqba sebagaimana yang dicatatkan oleh Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syariah al-Marfu’ah.

Penilaian hadis

Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah: “Ianya batil. Ia daripada riwayat Daud bin Sulaiman al-Ghazi daripada Ali bin Musa al-Redha.”

Daud bin Sulaiman al-Ghazli dinilai sebagai pendusta oleh Yahya bin Ma’in. Dia meriwayatkan naskah hadis-hadis palsu daripada Ali bin Musa al-Redha.

Tuesday, August 23, 2016

Kelebihan sembelih haiwan korban

1 - مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلاَفِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

“Tidak ada amalan anak Adam pada hari raya Aidil Adha yang lebih dicintai oleh Allah daripada menumpahkan darah (binatang korban). Ia (binatang korban) akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya (untuk diletakkan atas timbangan orang yang melakukan korban). Amalan korban tersebut akan diterima oleh Allah sebelum darah binatang korban tersebut jatuh ke bumi lagi. Maka sucikan jiwamu dengan berkorban.”

Riwayat al-Termizi (1493). Hadis hasan gharib.

2 -  مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ فِي هَذَا الْيَوْمِ، أَفْضَلَ مِنْ دَمٍ يُهَرَاقُ، إِلَّا أَنْ يَكُونَ رَحِمًا مَقْطُوعَةً تُوصَلُ

“Tidak ada amalan anak Adam pada hari ini (hari raya Aidil Adha) yang lebih baik daripada menumpahkan darah (binatang korban), kecuali menyambung ikatan kekeluargaan yang terputus.”

Riwayat al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir (10948) dengan sanad yang daif.

* Kebanyakan hadis kelebihan sembelih haiwan korban adalah sangat daif dan palsu. Bahkah hadis pertama yang diriwayatkan oleh al-Termizi dipertikaikan oleh Ibnu al-Mulaqqin dalam al-Badr al-Munir. Sehinggakan Ibnu al-'Arabi dalam 'Aridhah al-Ahwazi berkata: "Tidak ada hadis kelebihan sembelihan haiwan korban yang sahih." Ini turut diakui oleh al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi.

Kelebihan menjaga anak yatim

1 - وَأَنَا وَكَافِلُ اليَتِيمِ فِي الجَنَّةِ هَكَذَا» وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ وَالوُسْطَى

"Aku dan penjaga anak yatim dalam syurga seperti ini. Baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah yang dirapatkan (menunjukkan rapatnya kedudukan penjaga anak yatim dengan nabi).”

Riwayat al-Bukhari (5304).

2 - مَنْ مَسَحَ رَأْسَ يَتِيمٍ لَمْ يمسحه إلالله كَانَ لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ تَمُرُّ عَلَيْهَا يَدُهُ حَسَنَاتٌ

“Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim (kiasan kepada berbuat baik) semata-mata niatnya kerana Allah, baginya pahala bagi setiap helai rambut yang disentuh oleh tanganya."

Riwayat Ahmad (22153). Sanadnya daif menurut Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari.

3 - أن رجلاً شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم قسوة قلبه، فقال: امسح رأس اليتيم وأطعمِ المسكين

“Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam tentang keras hatinya. Rasulullah menasihatinya: Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan kepada orang miskin.”

Riwayat Ahmad (9018).

Al-Haithami dan al-Munziri: “Perawinya adalah perawi kitab al-Sahih.”

4- والذي بعثني بالحق لا يُعذبُ الله يوم القيامة من رحم اليتيم وَلاَنَ له في الكلام، ورحم يُتْمَهُ وضعفهُ، ولم يتطاول على جاره بفضل ما آتاه الله

“Demi Allah yang mengutuskan aku dengan kebenaran, Allah tidak akan mengazab pada hari kiamat orang yang mengasihani anak yatim, berbicara dengannya dengan lembut, bersimpati dengan keyatiman dan kelemahannya serta tidak berbangga diri dengan jirannya atas nikmat yang Allah berikan kepadanya.”

Riwayat al-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath (8828). Sanadnya daif menurut al-Haithami dan al-Munziri.

5 - خيرُ بيتٍ في المسلمين بيتٌ فيه يتيمٌ يُحْسَنُ إليه، وشرُّ بيتٍ في المسلمين بيتٌ فيه يتيمٌ يُساءُ إليه

“Sebaik-baik rumah orang Islam itu adalah rumah yang ada anak yatim yang dilayan dengan baik di dalamnya. Seburuk-buruk rumah orang Islam itu adalah rumah yang ada anak yatim yang dilayan dengan buruk di dalamnnya.”

Riwayat Ibnu Majah (3679). Sanadnya daif menurut al-‘Iraqi dan al-Busiri.

6 - إن أحبَّ البيوت إلى الله بيتٌ فيه يتيمٌ مُكرمٌ

“Sesungguhnya rumah yang paling dicintai oleh Allah ialah rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang dimuliakan.”

Riwayat al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir (13434). Sanadnya daif menurut al-Haithami.

7 - من قبض يتيماً من بين مسلمين إلى طعامهِ وشرابه أدخلهُ الله الجنة ألبتة إلا أن يعمل ذنباً لا يُغفر

“Sesiapa yang mengambil anak yatim daripada kalangan orang Islam, memberinya makan dan minum, Allah akan memasukkannya kedalam syurga kecuali dia membuat dosa yang tidak diampunkan (yakni syirik kepada Allah).”

Riwayat al-Termizi (1917). Dalam sanadnya ada Hanasy, Hussein bin Qais, dia adalah daif disisi ahli hadis.

Sunday, August 21, 2016

Jabal Habsyi: Istana Dajjal


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطَبَ النَّاسَ، فَقَالَ: «يَوْمُ الْخَلَاصِ وَمَا يَوْمُ الْخَلَاصِ» ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا يَوْمُ الْخَلَاصِ؟ فَقَالَ: «يَجِيءُ الدَّجَّالُ فَيَصْعَدُ أُحُدًا فَيَطَّلِعُ فَيَنْظُرُ إِلَى الْمَدِينَةِ، فَيَقُولُ لِأَصْحَابِهِ أَلَا تَرَوْنَ إِلَى هَذَا الْقَصْرِ الْأَبْيَضِ، هَذَا مَسْجِدُ أَحْمَدَ، ثُمَّ يَأْتِي الْمَدِينَةَ فَيَجِدُ بِكُلِّ نَقْبٍ مَنْ نِقَابِهَا مَلَكًا مُصْلِتًا، فَيَأْتِي سُبْحَةَ الْجُرُفِ فَيَضْرِبُ رِوَاقَهُ ثُمَّ تَرْتَجِفُ الْمَدِينَةُ ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ، فَلَا يَبْقَى مُنَافِقٌ وَلَا مُنَافِقَةٌ، وَلَا فَاسِقٌ وَلَا فَاسِقَةٌ إِلَّا خَرَجَ إِلَيْهِ، فَتَخْلُصُ الْمَدِينَةُ وَذَلِكَ يَوْمُ الْخَلَاصِ

Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam berkhutbah kepada orang ramai. Baginda bersabda: “Hari pembebasan. Apakah hari pembebasan itu?” Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah hari pembebasan itu?” Baginda bersabda: “Dajjal akan datang lalu dia akan memanjat dan naik ke bukit Uhud. Dia memandang ke arah Madinah. Dia berkata kepada pengikutnya: “Tidakkah kamu melihat ke arah istana putih ini. Inilah masjid Ahmad (masjid Nabawi).” Kemudian dia datang ke Madinah dan dia mendapati pintu masuk ke Madinah dijaga oleh para malaikat. Kemudian dia pergi ke kawasan al-Juruf (Jabal Habsyi terletak di sini) dan dia mendirikan khemahnya. Kemudian Madinah bergegar sebanyak tiga kali. Tidak tinggal orang munafik dan fasik daripada lelaki dan perempuan kecuali mereka akan keluar menuju kepada Dajjal. Maka bebaslah Madinah (daripada orang fasik dan munafiq). Itulah hari pembebasan.”

Riwayat Ahmad dalam Musnad (18975) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak (8631) daripada Mihjan bin al-Adra’.

Disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi.

Al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Diriwayatkan oleh Ahmad. Para perawinya adalah perawi kitab al-Sahih.”


*Khabarnya, Saudi dah bina istana atas Jabal Habsyi tu.

Saturday, August 20, 2016

Daun bidara untuk mengubati penyakit dan sihir

أَنْ تُؤْخَذَ سَبْعُ وَرَقَاتٍ مِنْ سِدْرٍ أَخْضَرَ فَيَدُقَّهُ بَيْنَ حَجَرَيْنِ، ثُمَّ يَضْرِبَهُ فِي الْمَاءِ، وَيَقْرَأَ فِيهِ آيَةَ الْكُرْسِيِّ، وَذَوَاتَ قُلْ، ثُمَّ يَحْسُو مِنْهُ ثَلَاثَ حَسَوَاتٍ، وَيَغْتَسِلَ بِهِ، فَإِنَّهُ يُذْهِبُ عَنْهُ كُلَّ مَا بِهِ إِنْ شَاءَ اللَّهُ، وَهُوَ جَيِّدٌ لِلرَّجُلِ، إِذَا حُبِسَ مِنْ أَهْلِهِ

Terjemahan

“Hendaklah kamu mengambil tujuh helai daun bidara hijau dan menumbuknya di antara dua batu (lesung batu). Kemudian dicampurkan dengan air lalu dibacakan padanya ayat kursi dan surah yang menyebutkan Qul (tiga Qul atau empat Qul). Kemudian dihirup sebanyak tiga kali hirupan dan mandilah dengannya. Sesungguhnya ia dapat menghilangkan apa sahaja penyakit yang dihidapinya, insya-Allah. Ia juga baik bagi orang lelaki yang tertahan daripada mendatangi interinya (disebabkan sihir).”

Sekadar yang saya temui, ia bukan hadis.

Disebutkan dalam kitab Jami’ Ma’mar bin Rasyid dan Fath al-Bari bahawa ia tertulis dalam kitab Wahb bin Munabbih.

Wahb bin Munabbih (34H-114) seorang tabi’in yang thiqah yang banyak meriwayatkan kisah israiliyat dan kisah-kisah lama. Beliau pernah berkata: “Aku pernah membaca 30 buah kitab yang diturunkan kepada 30 orang nabi.”

Friday, August 19, 2016

Hadis Muaz bin Jabal tentang Ijtihad

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا إِلَى اليَمَنِ، فَقَالَ: «كَيْفَ تَقْضِي؟»، فَقَالَ: أَقْضِي بِمَا فِي كِتَابِ اللَّهِ، قَالَ: «فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي كِتَابِ اللَّهِ؟»، قَالَ: فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟»، قَالَ: أَجْتَهِدُ رَأْيِي، قَالَ: «الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللَّهِ

Terjemahan

Nabi mengutus Muaz ke Yaman. Maka Nabi bertanya kepadanya:

“Bagaimana kamu akan memutuskan hukum apabila dibawa kepada kamu sesuatu permasalahan?” Muaz menjawab: “Saya akan memutuskan hukum berdasarkan kitab Allah” Nabi bertanya lagi: “Sekiranya kamu tidak mendapati didalam kitab Allah?” Jawab Muaz: “Saya akan memutuskan berdasarkan Sunnah.” Tanya Nabi lagi: “Sekiranya kamu tidak menemui di dalam Sunnah?” Muaz menjawab,’ Saya akan berijtihad dengan pandanganku. Nabi pun bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah member taufiq kepada utusan Rasulullah.” 

Sumber hadis

Riwayat Ahmad dalam Musnad (22007) (22061) (22100), Abu Daud (3592), al-Termizi (1327) dan lain-lain.

Penilaian hadis

Ada dua pendapat tentang hadis ini:

1. Ulama yang mendaifkan

a. Al-Termizi: “Sanadnya tidak bersambung.”

b. Al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir: “Tidak sahih. Ianya mursal.”

c. Al-Daraqutni dalam al-‘Ilal: “Mursal lebih tepat.”

d. Ibnu al-Mulaqqin dalam al-Badr al-Munir: “Hadis yang berulang kali disebutkan dalam kitab para fuqaha’, ulama usul dan para muhaddithin. Mereka berpegang dengannya. Ianya hadis daif dengan ijma’ ulama hadis sebagaimana yang aku ketahui.”

e. Ibnu Hazm dalam al-Muhalla: “Tidak sahih. Sebahagian mendakwa ianya mutawatir dan ini satu penipuan.”

f. Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah: “Tidak sahih walaupun para fuqaha’ menyebutkan dalam kitab mereka dan mereka berpegang dengannya.”

2. Ulama yang mensahihkan:

a. Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa"Sanadnya baik (jayyid)."

b. Ibnu Qayyim dalam I’lam al-Muwaqqi’in.

c. Ibnu Kathir dalam Tafsirnya.

d. Imam al-Haramain dalam al-Burhan.

e. Ibnu al-‘Arabi dalam ‘Aridhah al-Ahwazi.

f. Al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Faqih wa al-Mutafaqqih: "Sesungguhnya ahli ilmu telah menerima dan berhujah dengannya. Cukup bagi kami untuk menunjukkan kesahihannya di sisi mereka."

g. Al-Syaukani.

Punca perselisihan pendapat tentang hadis ini adalah kerana status salah seorang perawinya, al-Harith bin ‘Amr yang diperselisih statusnya sama ada majhul atau tidak. Dan juga kesamaran nama perawi yang meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal.


Hadis-hadis berkenaan garam



1 - وَإِذَا أَكَلْتَ فَابْدَأْ بِالْمِلْحِ , وَاخْتِمْ بِالْمِلْحِ؛ فَإِنَّ فِي الْمِلْحِ شِفَاءٌ مِنْ سَبْعِينَ دَاءً أَوَّلُهَا الْجُذَامُ وَالْجُنُونُ وَالْبَرَصُ وَوَجَعُ الْأَضْرَاسِ وَوَجَعُ الْحَلْقِ وَوَجَعُ الْبَصَرِ

Terjemahan

“Apabila kamu makan, maka mulakan dengan garam dan akhirilah dengan garam juga. Sesungguhnya dalam garam itu ada penawar bagi 70 jenis penyakit. Pertamanya kusta, gila, sopak, sakit gigi, sakit tekak dan sakit mata.”

Sumber hadis

Ia sebahagian daripada hadis panjang yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Usamah dalam Musnad al-Harith (469) daripada Ali bin Abi Thalib secara marfu’.

Penilaian hadis

a. Al-Hafiz al-Busiri dalam Ithaf al-Khairah al-Maharah (3/413): “Sanad ini berantai dengan perawi yang daif. Al-Sari, Hammad dan Abdul Rahim perawi yang daif.”

b. Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam al-Mathalib al-‘Aliyah (2/252): “Hadis ini sangat daif.”

Dalam sanadnya terdapat Hammad bin ‘Amr. Dia dinilai oleh al-Juzajani sebagai pendusta. Al-Bukhari menilainya sebagai mungkar al-hadis. Manakala al-Nasaie menilainya sebagai matruk.

2 - مَنِ ابْتَدَأَ غَدَاءَهُ بِالْمِلْحِ، أَذْهَبَ عَنْهُ سَبْعِينَ نَوْعًا مِنَ الْبَلَاءِ

Terjemahan

“Sesiapa yang memulakan makanannya dengan garam, dijauhkan darinya 70 jenis bala.”

Sumber hadis

Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (5553) daripada Ali bin Abi Thalib secara mauquf.

Penilaian hadis

a. Al-Muttaqi al-Hindi dalam Kanz al-Umal (10/86) mengenai perawi sanad ini:

"Isa bin al-Asy'ath, kata (al Iraqi) dalam al-Mughni: tidak dikenali. Dan Juwaibir, matruk."

b. Ibnu ‘Arraq  dalam Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah (2/243): “Dan athar Ali (sangat) daif. Dalam sanadnya ada Juwaibir, seorang yang matruk. Dan (meriwayatkan) daripadanya (Juwaibir) ialah ‘Isa bin al-Asy’ath, seorang yang tidak dikenali (majhul).”

3 - يَا عَلِيُّ عَلَيْكَ بِالْمِلْحِ فَإِنَّهُ شِفَاءٌ مِنْ سَبْعِينَ دَاءً الْجُذَامُ وَالْبَرَصُ وَالْجُنُونُ

“Wahai Ali, hendaklah kamu makan garam kerana ia adalah penawar bagi 70 jenis penyakit, kusta, sopak dan gila.”

Dalam lafaz yang lain:

عليكم بالملح؛ فإن فيه شفاء من سبعين داءً منها الجنون والجذام والبرص

“Hendaklah kamu makan garam kerana ia adalah penawar bagi 70 jenis penyakit, kusta, sopak dan gila.”

Sumber hadis

Diriwayatkan oleh Ibnu al-Jauzi dalam al-Maudhu’at (2/289) daripada ‘Ali bin Abi Thalib secara marfu’.

Penilaian hadis

a. Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu’at (2/289): “Hadis ini tidak sahih daripada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam. Yang dituduh memalsukannya ialah Abdullah bin Ahmad bin Amir atau ayahnya kerana mereka berdua meriwayatkan naskah (hadis) daripada ahli bait yang semuanya batil.”

b. Al-Zahabi dalam Talkhis al-Maudhu’at (621): “Dalam sanadnya ada Abdullah bin Ahmad bin ‘Amir, seorang pendusta. Dia memalsukannya dalam naskah daripada ahli bait.”

c. Ibnu al-Ghars berkata sebagaimana yang dinukilkan dalam Kasyf al-Khafa’ (1502): “Telah menaskan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah bahawa ia palsu.”

d. Al-Sayuthi dalam al-Laali’ al-Masnu’ah (2/179) cuba menafikan kepalsuan hadis ini dengan menyebutkan sebuah hadis daripada Sa’ad bin Mu’az dan athar Saidina Ali sebagai sokongan tetapi dikritik oleh Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syariah al-Marfu’ah (2/243).

e. Mulla ‘Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfu’ah (1/430) turut menilainnya palsu.

f. Al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’ (1502): “Kemungkinan ianya palsu.”

g. Muhammad bin Muhammad Darwish al-Hut dalam Asna al-Mathalib (918): “Batil.”

h. Al-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu’ah (22): “Palsu.”

4 - استفتحوا طَعَامكُمْ بالملح فوالذي نَفسِي بِيَدِهِ إِنَّه ليرد ثَلَاثًا وَسبعين من الْبلَاء، أَو قَالَ من الدَّاء

Terjemahan

“Mulakanlah makanan kamu dengan garam. Demi diriku yang berada dalam kekuasaan-Nya, ianya akan menolak 73 jenis bala atau penyakit.”

Sumber hadis

Diriwayatkan oleh Ibnu Mandah dalam Akhbar Asbahan sebagaimana yang disebutkan oleh al-Sayuthi dalam al-Laali’ al-Masnu’ah (2/179).

Penilaian hadis

a. Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syair’ah al-Marfu’ah (2/243): “Ia (diriwayatkan) melalui jalur Ibrahim bin Hayyan bin Hakim.”

Kata Ibnu ‘Adi: “Hadis-hadisnya palsu.”
5 - سَيِّدُ إِدَامِكُمُ الْمِلْحُ

Terjemahan

“Penghulu lauk-pauk[1] kamu adalah garam.”

Sumber hadis

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah (3315), Abu Ya’la dalam Musnad (3714), Ibnu al-A’rabi dalam Mu’jam (2254), al-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath (8854), Tamam al-Razi dalam Fawaid Tamam (1147), al-Qudha’ie dalam Musnad al-Syihab (1327), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (5551), Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq (4/243), Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil (6/434), al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus (3481) dan lain-lain daripada Anas bin Malik secara marfu’

Penilaian hadis

a. Al-Busiri dalam Misbah al-Zujajah (4/21): “Sanad ini daif disebabkan kedaifan ‘Isa bin Abi ‘Isa al-Hannath.”

b. Al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah (575): “Ianya daif. Sebahagaian perawi mensabitkan seorang perawi yang samar (namanya) dan sebahagian lagi membuangnya.”

c. Al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’ (1502): “Daif.”

d. Al-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu’ah (39): “Dalam sanadnya ada (perawi) daif.”

e. Ahmad al-Ghumari dalam Fath al-Wahhab (2/322): “Isa bin Abi Isa seorang yang matruk (sangat daif).”

Isa bin Abi Isa dinilai oleh Abu Daud, al-Nasa’ie, al-Daraqutni dan Ibnu Hajar sebagai matruk.

6 - إنّ اللَّهَ أنْزَلَ أرْبَعَ بَرَكاتٍ منَ السَّماءِ إِلَى الأَرْضِ فأَنْزَلَ الحَدِيدَ والنّارَ والْماءَ والمِلْحَ

Terjemahan

“Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara yang berkat daripada langit ke bumi. Allah menurunkan besi, api, air dan garam.”

Sumber hadis

Diriwayatkan oleh al-Tha’labi dalam al-Kasyf wa al-Bayan (9/247) dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus (656) daripada Ibnu ‘Umar secara marfu’.

Penilaian hadis

a. Ibnu Hajar dalam al-Kafi al-Syaf (hlm. 165): “Dalam sanadnya terdapat perawi yang aku tidak kenali.”

b. Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa (12/252): “Hadis palsu dan dusta. Dalam sanadnya terdapat Saif bin Muhammad ibn Ukht Sufyan al-Sauri. Dia salah seorang pendusta yang terkenal dengan pendustaan.”

7 - مثلُ أصحابي مثلُ الملح في الطعام، لا يصلحُ الطعامُ إلاَّ به

Terjemahan

“Perumpamaan sahabatku adalah seperti garam dalam makanan. Tidak akan elok makanan itu kecuali dengannya.”

Dalam lafaz yang lain:

إِنَّ مَثَلَ أَصْحَابِي فِي أُمَّتِي كَالْمِلْحِ فِي الطَّعَامِ، لَا يَصْلُحُ الطَّعَامُ إِلَّا بِالْمِلْحِ

Terjemahan

“Sesungguhnya perumpamaan sahabatku di kalangan umatku adalah seperti garam dalam makanan. Tidak akan elok makanan itu kecuali dengannya.”

Sumber hadis

Diriwayatkan oleh al-Bazzar dalam Musnad (6698) dan Abu Ya’la dalam Musnad (2762), Ibnu al-Mubarak dalam al-Zuhd (572), al-Ajuri dalam al-Syari’ah (1157), al-Qudha’ie dalam Musnad al-Syihab (1347), Ibnu Abd al-Barr dalam al-Isti’ab (1/16) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (3863) daripada Anas secara marfu’.

Penilaian hadis

a. Al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (10/18): “Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan al-Bazzar. Dalam sanadnya terdapat Isma’il bin Muslim, dia adalah daif.”

b. Ahmad al-Ghumari dalam Fath al-Wahhab (2/335): “Ismail bersendirian meriwayatkannya daripada al-Hasan dan dia adalah daif.”

c. AL-Busiri dalam Ithaf al-Khairah al-Maharah (7/341): “Dan baginya sokongan (syahid) daripada hadis[2] Samurah bin Jundub yang diriwayatkan oleh al-Bazzar dan al-Thabrani.”

8 - سَتُوشِكُونَ أَنْ تَكُونُوا فِي النَّاسِ كَالْمِلْحِ فِي الطَّعَامِ، وَلَا يَصْلُحُ الطَّعَامُ إلَّا بِالْمِلْحِ

Terjemahan

“Sudah hampir masanya kamu (sahabat) akan diperlukan oleh orang ramai sebagaimana garam diperlukan dalam makanan dan tidak akan elok makan itu kecuali dengan garam.”

Dalam lafaz yang lain:

إنكم توشكون أن تكونوا في الناس كالملح في الطعام، ولا يصلحُ الطعامُ إلاَّ بالملح

Terjemahan

“Sesungguhnya sudah hampir masanya kamu (sahabat) akan diperlukan oleh orang ramai sebagaimana garam diperlukan dalam makanan dan tidak akan elok makan itu kecuali dengan garam.”

Dalam lafaz yang lain:

يُوشِكُ أَنْ تَكُونُوا فِي النَّاسِ كَالْمِلْحِ فِي الطَّعَامِ، لَا يَصْلُحُ الطَّعَامُ إِلَّا بِالْمِلْحِ

Terjemahan

“Sudah hampir masanya kamu (sahabat) akan diperlukan oleh orang ramai sebagaimana garam diperlukan dalam makanan dan tidak akan elok makan itu kecuali dengan garam.”

Sumber hadis

Diriwayatkan al-Bazzar dalam Musnad (4630) dan al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir (7/323) daripada Samurah bin Jundub secara marfu’.

Penilaian hadis

a. Al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (10/18): “Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan al-Thabarani dan sanad al-Thabarani hasan.”

9 - ثَلاثُ لُقْمَاتٍ بِالْمِلْحِ قَبْلَ الطَّعَامِ وَثَلاثٌ بَعْدَ الطَّعَامِ تُصْرَفُ بِهِنَّ عَنِ ابْنِ آدَمَ اثْنَانِ وَسَبْعُونَ نَوْعًا مِنَ الْبَلاءِ ، مِنْهَا الْجُنُونُ ، وَالْجُذَامُ ، وَالْبَرَصُ

Terjemahan

“Tiga suapan garam sebelum makan dan tiga kali selepas makan akan menghindari anak Adam daripada 72 jenis bala antaranya penyakit gila, sopak dan kusta.”

Sumber hadis

Diriwayatkan oleh Abi ‘Ali bin Fadhalah dalam Fawaidnya dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus (2482) daripada Ibnu ‘Abbas secara marfu’.

Penilaian hadis

Saya tidak menemui mana-mana ahli hadis yang menilai hadis ini. Wallahu a’lam.


[1]  إِدَامِ: Sesuatu yang dimakan bersama roti.
[2] Hadis no. 8.