Rabu, 27 Mac 2019

Hadis Palsu: Berubat Dengan Air Hujan


Teks Hadis:

Diriwayatkan bahwa Nabi Muhammad bersabda: Jibril mengajariku sebuah obat yg tdk usah butuh pd obat lain dan dokter.

Kemudian Sahabat Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali, bertanya Obat apa itu wahai Rasulullah? Sesungguhnya kami membutuhkan obat itu, Lalu Nabi Muhammad bersabda : Ambillah sedikit air hujan dan bacakanlah surat Al-Fātihah, Al-Ikhlash, Al-Falaq, An-Nās, dan ayat Al-Kursiy. Masing² dibaca sebanyak 70X. Dan diminum waktu pagi dan sore selama 7 hari.

Demi Dzat yg telah mengutusku dg hak sbagai seorang Nabi, sungguh Jibril telah berkata kepadaku: ” Sesungguhnya, barangsiapa yg minum air tersebut, maka Allah akan menghilangkan segala penyakit dari tubuhnya dan Allah akan menyembuhkan dari semua sakit dan penyakit, dan barang siapa yg meminumkan air tersebut pd istrinya, lalu tidur bersamanya, maka istri akan bisa hamil dg idzin Allah.

Dan air tersebut jg bisa menyembuhkan mata, menghilangkan sihir, menghilangkan dahak, menyembuhkan sakit dada, sakit gigi, pencernaan, sembelit, kencing tidak lancar dan tidak butuh dibekam (cantuk) dan banyak kemanfaatan lain yg tak dpat menghitungnya kecuali Allah Ta'ala.


Ulasan:

Tidak ditemui sumber asal bagi riwayat ini dalam mana-mana rujukan hadis bersanad karangan ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah. 

Sesuatu hadis perlu dibuktikan kewujudannya dalam kitab-kitab hadis bersanad. Jika tidak dapat dibuktikan maka ia dianggap sebagai riwayat yang tidak ada asal baginya (la asla lahu). Ini adalah disiplin yang perlu dipatuhi di sisi ulama hadis. 

Kewujudannya dalam kitab al-Nawadir karangan al-Qalyubi adalah tidak memadai kerana kitab al-Nawadir bukanlah rujukan asli hadis yang bersanad serta al-Qalyubi tidak menyatakan sumber rujukan bagi hadis ini.

Riwayat yang hampir dengannya ditemui dalam kitab Syi'ah Imamiyyah iaitu Makarim al-Akhlaq (ms. 489) karangan al-Hasan bin al-Fadl al-Thabarasi (ulama Syi'ah kurun ke-6). 

Oleh itu, ia tidak harus disebarkan dan dinisbahkan kepada Nabi sallahu 'alaihi wasallam.

Teksnya:

روي عن رسول الله (صلى الله عليه وآله وسلم) أنه قال: علمني جبريل (عليه السلام) دواء لا يحتاج معه إلى دواء، فقيل: يا رسول الله، ما ذلك الدواء؟ قال: يؤخذ ماء المطر قبل أن ينزل إلى الأرض ثم يجعل في إناء نظيف ويقرأ عليه " الحمد " إلى آخرها سبعين مرة و " قل هو الله أحد " والمعوذتين سبعين مرة، ثم يشرب منه قدحا بالغداة وقدحا بالعشي، قال رسول الله (صلى الله عليه وآله وسلم): والذي بعثني بالحق لينزعن الله ذلك الداء من بدنه وعظامه ومخخته وعروقه.



Selasa, 19 Mac 2019

Puji-Pujian Kepada Imam al-Bukhari


1 - "Tidak keluar dari Khurasan orang semisal Muhammad bin Isma'il - yakni al-Bukhari-."
- Imam Ahmad bin Hanbal, guru Imam al-Bukhari -
2 - "Al-Bukhari tidak akan pernah melihat orang semisal dirinya."
- Imam 'Ali bin al-Madini, guru Imam al-Bukhari -
3 - "Tidak ada yang membencimu melainkan orang yang dengki. Aku bersaksi bahawa tiada di dunia ini orang semisal engkau."
- Imam Muslim, murid Imam al-Bukhari -
4 - "Tidak ada orang di bawah naungan langit ini yang mengetahui tentang hadis Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam lebih daripada Muhammad bin Isma'il."
- Imam Ibnu Khuzaimah, murid Imam al-Bukhari. Dalam masa yang sama Imam al-Bukhari turut meriwayatkan hadis daripada beliau -
5 - "Syeikh al-Islam. Imam sekalian huffaz. Kemuncak dalam kebijaksanaan. Kemuncak dalam ilmu. Kemuncak dalam kewarakan dan ibadat. Aku tulis manaqibnya dalam satu juzuk kitab yang tebal yang di dalamnya ada perkara yang menakjubkan."
- Imam al-Zahabi -
6 - "Jikalau dibuka pintu puji-pujian kepadanya oleh orang yang datang kemudian daripada zamannya nescaya akan habislah kertas-kertas dan penatlah jiwa-jiwa (untuk mengungkapkannya) kerana ia ibarat lautan yang tidak bertepi."
- Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani -
7 - Muhammad bin Yusuf al-Farabri (perawi Sahih al-Bukhari) berkata:
"Aku melihat Nabi sallahu 'alaihi wasallam di dalam mimpi. Baginda bertanya keadaku: Ke mana kamu hendak pergi? Aku menjawab: Aku hendak bertemu dengan Muhammad bin Isma'il. Baginda bersabda: Sampaikan kepadanya salam daripadaku."

Bolehkah Hukum Palsu Pada Hadis Yang Tidak Ditemui Oleh Ahli Hadis?

- Kata al-Hafiz al-Sayuthi dalam Tadrib al-Rawi:
“Jika seorang al-Hafiz, al-Mutthali’ [yang luas telaahnya], al-Naqid [seorang pengkritik hadis] berkata pada sesuatu hadis ‘aku tidak mengetahuinya’ dipegang pada perkataanya pada menafikannya [yakni dinafikan kewujudan hadis tersebut], sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh al-Islam [al-Hafiz Ibnu Hajar].”
- Kata Ibnu ‘Arraq al-Kinani dalam Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah:
“Jika berkata salah seorang daripada mereka [ahli hadis] pada sesuatu hadis ‘aku tidak mengetahuinya’ atau ‘tidak ada asal baginya’ -dan tidak dikritik oleh seorang pun daripada huffaz hadis selepasnya [1]- memadailah untuk menghukum kepalsuan hadis tersebut.”
____________

[1] Tambahan daripada Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam mukadimah tahqiq kitab al-Masnu’.

Sabtu, 16 Mac 2019

Ubat Kuat Ingatan Waki' bin al-Jarrah

'Ali bin Khasyram berkata:

"Aku tidak pernah langsung melihat kitab di tangan Waki' kerana beliau telah menghafalnya. Maka aku bertanya kepadanya tentang ubat menguatkan ingatan. Beliau berkata: Kalau aku beritahu kepadamu adakah kamu akan melakukannya? Aku berkata: Ya, demi Allah. Beliau berkata: Tinggalkanlah maksiat. Aku tidak pernah jumpa ubat yang mujarab sepertinya untuk menguatkan ingatan."

[Siyar A'lam al-Nubala (9/151) oleh al-Hafiz al-Zahabi]
_______________

Waki' bin al-Jarrah adalah seorang Imam, al-Hafiz dan muhaddith di Iraq pada zamannya. 

Beliau dilahirkan pada 129 Hijrah. Menurut pendapat yang lain, 128 Hijrah. 

Beliau belajar dengan al-A'masy, al-Auza'ie, Sufyan al-Thauri, Ibnu Abi Laila dan lain-lain. 

Antara ulama yang belajar dengan beliau ialah Abdullah bin al-Mubarak, Abdul Rahman bin Mahdi, al-Humaidi, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma'in dan lain-lain. 

Antara kehebatan beliau ialah guru beliau sendiri, Sufyan al-Thauri turut belajar dengan beliau dan beliaulah yang menggantikan tempat mengajar guru beliau ini. 

Yahya bin Aktham pernah berkata: "Aku bersahabat dengan Waki' semasa bermukim mahupun semasa bermusafir. Beliau berpuasa sepanjang tahun (kecuali pada hari yang diharamkan puasa) dan mengkhatamkan al-Quran pada setiap malam."

'Ali bin 'Attham berkata: "Waki' jatuh sakit. Kami lalu menziarahinya. Waki' berkata kepada kami: "Sufyan (al-Thauri) datang menemuiku (di dalam mimpi) dan beliau mengkhabarkan berita gembira bahawa aku akan tinggal berjiran dengannya. Aku ingin segera bertemu dengannya."

Beliau meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah. Menurut pendapat yang lain, 196 Hijrah.

Khamis, 7 Mac 2019

Hati-Hati Petik Hadis Daripada Tafsir Ruh al-Bayan

Menurut Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari (m. 1993 H) dalam kitab al-Fawaid al-Maqsudah (ms. 29, tahqiq: Syeikh Hasan al-Saqqaf), Syeikh Isma'il Haqqi pengarang kitab tafsir Ruh al-Bayan bukanlah daripada kalangan ahli hadis. Disebabkan itu beliau banyak menyebutkan hadis-hadis palsu dalam kitab tafsir beliau sebagaimana yang berlaku kepada al-Zamakhsyari (m. 538 H), al-Baidhawi (m. 685 H), Abu al-Su'ud (m. 982 H) dan ahli-ahli tafsir yang lain.
_____________

Syeikh Isma'il Haqqi bin Mustafa adalah seorang ahli tasawuf dan ahli tafsir. Beliau dilahirkan di Aytos, Bulgaria. Beliau menetap di Istanbul lalu berpindah ke Bursa, Turki dan meninggal dunia di sana. Beliau bermazhab Hanafi dan bertarekat Khalwati. Beliau mempunyai beberapa buah penulisan dalam bahasa Turki dan Arab antaranya ialah Tafsir Ruh al-Bayan, Syarah Tafsir al-Fatihah, Hashiyyah ke atas tafsir Surah al-Naba' karangan al-Baidhawi (dua jilid), al-Risalah al-Khaliliyyah dalam ilmu tasawuf dan lain-lain. Beliau meninggal dunia pada tahun 1127 H/1715 M.

Selasa, 5 Mac 2019

Hadis Palsu: Pesanan Rasulullah kepada 'Aisyah/Fatimah Sebelum Tidur

Teks Hadis:

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau

kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.

Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat.

Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu.

Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Ulasan

Hadis ini ada disebutkan oleh al-Khubawi dalam Durrah al-Nasihin tetapi pesanan tersebut dikatakan kepada Saidatina Aisyah, bukan kepada Saidatina Fatimah sebagaimana yang dikongsi sebahagian orang.

Al-Khubawi menukilkannya daripada Tafsir Haqqi. Mungkin maksud beliau ialah kitab tafsir Ruh al-Bayan karangan Isma'il Haqqi. Menurut Dr. Ahmad Lutfi Fadlullah dalam takhrij hadis kitab Durrah an-Nasihin (ms. 504), beliau mencari dalam beberapa tempat pada kitab tersebut dan hadis tersebut belum juga dapat dikesan. Menurut beliau lagi, ia mendekati palsu kerana tidak mempunyai sumber.

Teksnya dalam bahasa 'Arab:

 يا عائشة لا تنامي حتى تعملي أربعه أشياء: حتى تختمي القران وحتى تجعلي الأنبياء لك شفعاء يوم القيامة، وحتى تجعلي المسلمين راضين عنك، وحتى تجعلي لك حجة وعمرة. فدخل في الصلاة، فبقيت على فراشه حتى أتم الصلاة، فلما أتمها قالت: يا رسول الله، فداك أبي وأمي، أمرتني أربعه أشياء لا اقدر في هذه الساعة أن افعلها!! فتبسم رسول الله وقال: إذا قرأت قل هو الله احد ثلاثا فكأنك ختمت القران، وإذا صليت علي وعلى الأنبياء من قبلي فقد صرنا لك شفعاء يوم القيامة، وإذا استغفرت للمؤمنين فكلهم يرضون عنك، وإذا قلت : سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر فقد حجت واعتمرت.

Wallahu a'lam

Ahad, 3 Mac 2019

Nama Perawi Hadis Paling Pelik


- Antara nama perawi hadis yang paling pelik sekali ialah Musaddad bin Musarhad bin Musarbal bin Mugharbal bin Mura'bal bin Arandal bin Sarandal bin 'Arandal bin Masik bin al-Mustaurad (ada khilaf pada penamaan nasab beliau secara lengkap ini).

- Beliau lahir sekitar tahun 150 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 228 Hijrah.

- Beliau merupakan guru kepada al-Bukhari, Abu Daud, al-Termizi, al-Nasa'ie, Abu Zur'ah al-Razi, Abu Hatim al-Razi, Muhammad bin Yahya al-Zuhli dan lain-lain.

- Ketika Yahya bin Ma'in ditanya kepada siapakah yang patut ditulis hadis daripadanya di Basrah, beliau menjawab: "Tulislah daripada Musaddad kerana dia adalah thiqah thiqah."

- Menurut Imam Ibnu 'Adi, beliau merupakan orang pertama menulis kitab musnad di Basrah.

- Ahmad Al-'Ijli berkata: "Abu Nu'aim (al-Fadl bin Dukain) bertanya kepadaku tentang nisbahnya (Musaddad) lalu aku mengkhabarkan kepadanya. Beliau lalu berkata: Wahai Ahmad, ini adalah jampi (sengatan) kala jengking!"