*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.
Ketokohan Ulama Keluarga al-Siddiqiyah
al-Ghumariyah
Pengenalan
Keluarga al-Ghumari sememangnya dikenali di
dunia Islam sebagai keturunan ulama Islam yang masyhur dan memberi sumbangan
besar dalam pemikiran dan keilmuan Islam. Cahaya keilmuan daripada para ulama
keluarga al-Ghumari ini menyinari dari Maghribi (Morocco) merentasi seluruh
negara dan benua termasuk, Mesir, Jordan, Malaysia, dan Indonesia.
Para syeikh keluarga al-Ghumari telah memberikan sumbangan besar dalam penyebaran ilmu kepada umat Islam khususnya dalam bidang Hadith. Boleh dikatakan hampir kesemua ulama khususnya dalam bidang hadith dalam zaman ini sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia mempelajari hadith dan mengambil ijazah dan sanad daripada mereka. Antaranya termasuklah ‘Alim al-Haramain al-Marhum al-Syeikh al-Sayyid Dr. Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani, bekas penasihat kerajaan Arab Saudi dan ulama Mekkah yang terkenal dan juga al-Syeikh al-Muhaddith al-Musnid Mahmud Sa’id Mamduh, ulama Mesir terkenal yang kini bertugas sebagai penyelidik di Pusat Penyelidikan Pengajian Islam Dubai.
Tulisan ini cuba mengenengahkan keluarga
al-Ghumariyah khususnya Muhammad bin al-Siddiq al-Ghumari dan anak-anaknya
sebagai tokoh ilmuan Islam zaman ini yang memberi sumbangan besar dalam
penyebaran pelbagai disiplin ilmu Islam.
Latar Belakang Keluarga al-Siddiqiyah
al-Ghumariyah
Keluarga al-Siddiqiyah al-Ghumariyah berasal
dari Tangiers atau Tanjah. Ghumari merupakan antara etnik Barbar yang utama di
Maghribi dan dinisbahkan kepada Ghumarah, sebuah wilayah di di Maghribi.
Nasab keturunan keluarga Muhhamad bin al-Siddiq
yang makruf di kalangan ahli keluarga al-Ghumariyah ialah Muhammad bin
al-Siddiq bin Ahmad bin Muhammad bin Qasim bin Muhammad bin Muhammad bin ‘Abd
al-Mu’min al-Ghumari al-Tanji bin Muhammad bin ‘Abd al-Mu’min bin ‘Ali bin
al-Hasan bin Muhammad bin ‘Abd Allah bin Ahmad bin ‘Abd Allah bin ‘Isa bin
Sa’id bin Mas’ud bin al-Fudayl bin ‘Ali bin ‘Umar bin al-’Arabi bin ‘Ilal bin
Musa bin Ahmad bin Dawud bin Idris bin Idris bin ‘Abd Allah al-Kamil bin
al-Hasan al-Muthanna bin al-Hasan al-Sibt bin Ali bin Abi Talib wa Fatimah
binti Sayyiduna Rasulullah (s.a.w.).
Keluarga ini melalui Sayyid Muhammad bin
al-Siddiq bersusur galur dari keturunan Rasulullah (s.a.w) melalui Sayyiduna Hasan
bin ‘Ali. Malah isteri beliau yang pertama dan ibu kepada anak-anaknya juga
merupakan anak ulama yang terkenal iaitu al-‘Arif billah Ahmad ibn ‘Ajibah
al-Hasani, yang juga dari keturunan Sayyiduna Hasan bin ‘Ali dan terkenal
sebagai pensyarah kitab Hikam melalui karangannya, Iqaz al-humam fi sharh
al-hikam dan pengarang dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Hampir kesemua lapisan
keturunan al-Ghumariyah ini merupakan ulama Islam yang tersohor pada zaman
mereka.
Para ‘alim keluraga ini merupakan muhaddith dan
pakar dalam pelbagai ilmu Islam termasuk aqidah, tasawwuf, fiqh, usul fiqh,
bahasa Arab, tafsir, dan hadith. Mereka digelar sebagai Bukhariyun di Maghribi
kerana kepakaran mereka dalam bidang hadith di samping banyak menjawat jawatan
penting dalam bidang agama di negara tersebut.
Antara dari keluarga ini yang terkenal ialah
Syeikh Sayyid Muhammad bin al-Siddiq al-Ghumari al-Hasani dan tujuh orang
anak-anaknya iaitu Ahmad, ‘Abdullah, Muhammad al-Zamzami, ‘Abd al-Hayy, ‘Abd
al-‘Aziz, Hasan, Ibrahim, dan ramai lagi dari kalangan saudara mara
mereka. Mereka memang tersohor di kalangan ulama pada zaman ini dalam
memperjuangkan kebenaran di bawah panji Ahli Sunnah wa al-Jama’ah.
Al-Sayyid Muhammad bin al-Siddiq
Al-Sayyid Muhammad bin al-Siddiq al-Ghumari
al-Hasani dilahirkan pada malam Jumaat hari Khamis bulan Rejab 1295H di Tajikan
dari keluarga Bani Mansur al-Ghumariyah. Beliau telah menghafaz al-Quran ketika
masih kecil dengan riwayat Warash, dan kemudian menghafaznya dengan tujuh
riwayat serta mengkhatamkan al-Quran dengan riwayat al-Makki dengan saudaranya
al-Sayyid Ahmad.
Setekah menghafaz al-Quran, beliau menuntut ilmu
dengan abangnya iaitu al-‘Allamah al-Bari’ Sayyidi Muhammad al-Qadi dan juga
dengan sepupunya, al-‘Allamah al-Muhaqqiq Zayn al-‘Abidin bin Muhammad
al-Mu’azzin.
Beliau bersama bapanya, al-Siddiq kemudiannya
berhijrah ke Fas (Fes) pada tahun 1312H. Di sana beliau belajar di Madrasah
al-Sharatin. Pada ketika itu, beliau masih belum dibenarkan bapanya untuk
bersama dengannya dan ahli-ahli zawiyah bapanya yang lain agar beliau
menumpukan kepada peelajaran.
Pada suatu hari, ketika Muhammad berada di
rumahnya di madrasah tempat beliau belajar, maka datang al-Shaykh al-Imam
al-Qutb al-Rabbani Sayyidi Muhammad bin Ibrahim (r.a.) dan berkata kepadanya:
“Aku berada di Fas sedangkan kamu seorang diri di madrasah ini. Ini tidak
boleh. Bangunlah ikut bersamaku”. Maka beliau dibawa oleh Sayyid Muhammad
Ibrahim ke zawiyah dan mengajarnya. Al-Sayyid Muhammad Ibrahim menulis beberapa
matan di papan hitam dan berkata: “Jika kamu menghafaz matan-matan ini, aku
akan memberikanmu ¼ riyal”. Bilamana beliau dapat menghafaz segala yang ditulis
oleh al-Sayyid Muhammad Ibrahim, maka gurunya itu akan memberinya upah tersebut
agar menggalakkannya menghafaz matan-matan tersebut.
Di samping menuntut ilmu, Sayyid Muhammad
Ibrahim juga turut mendidik beliau dengan adab-adab tasawwuf dengan
mengajarkannya kitab al-Hikam dan al-Tanwir fi isqat al-tadbir karya Ahmad ibn
‘Ata Allah, al-‘Uhud al-Muhammadiyyah dan al-Minan al-kubra karya ‘Abd al-Wahab
al-Sha’rani, dan risalah datuknya, Sayyidi al-Haj Ahmad bin ‘Abd al-Mu’min.
Bahkan gurunya juga turut mengarahkannya supaya
menghadiri majlis-majlis ilmu para ulama di Qurawiyin. Oleh kerana Qurawiyin
terletak jauh dari zawiyahnya itu, maka beliau berpuasa setiap kali pergi
menuntut ilmu di sana supaya tidak perlu kembali ke zawiyahnya di Fas untuk
makan tengah hari.
Pada bulan Rabi’ al-Akhir pada tahun 1315,
beliau telah pulang ke Tanja dan kemudian kembali semula ke Fas untuk bersama
shaykhnya di zawiyah sehingga tahun 1318.
Antara karamah beliau adalah paras rupanya yang
sempurna dari segi jasmani dan akhlaknya. Beliau berjalan dengan pantas
sehingga jika ada seseorang yang berjalan bersamanya pasti akan merasa letih.
Cahaya kehebatan terpancar dari wajahnya sehingga menimbulkan kegerunan kepada
orang yang melihatnya sehinga apabila berjumpa dengannya, mereka terus mencium
tangannya bagi memuliakan kealiman dan kewarakannya.
Bahkan juga ketikamana beliau di Kaherah dan
Iskandariyah, orang ramai terpegun dengan personaliti beliau yang mengkagumkan
yang sentiasa mengikut sunnah Rasulullah (s.a.w.). Beliau tidak pernah merasa
takut melainkan kepada Allah Taala, sentiasa menjaga diri dari melakukan
dosa-dosa sama ada besar atau kecil serta sentiasa mentaati Allah.
Sayyid Muhammad al-Siddiq kembali ke rahmatullah
pada hari Rabu 6 Syawal 1354 akibat menderita sakit jantung. Sebelum
kematiannya, beliau sempat memberi pesanan kepada ahli keluarganya supaya
sentiasa bertaqwa dan berpegang dengan agama. Jenazah beliau disembahyangkan
oleh para muridnya dan umat Islam dari seluruh pelusuk kota Tanjah.
Al-Sayyid Al-Hafiz Ahmad bin Muhammad al-Siddiq
Sayyid Abu al-Fayd Ahmad bin Muhammad al-Siddiq
al-Ghumari al-Hasani dilahirkan di perkampungan Bani Sa’id, berhampiran dengan
perkampungan Ghumarah di Utara Maghribi pada hari Juma’at 17 Ramadan 1320H.
Setelah dua bulan kelahirannya, beliau dan bapanya kembali ke kampung mereka di
Tanjah).
Beliau banyak menulis buku-buku biografi
mengenai keluarganya sehingga beliau digelar sebagai Sahib al-tarjamah. Antara
karya biografinya ialah al-Tasawwur wa al-tasdiq bi akhbar al-Shaykh Sayyidi
Muhammad bin al-Siddiq, Bahr al-‘amiq fi marwiyat ibn al-Siddiq, al-Mu’zin bin
akhbar Sayyidi Ahmad bin ‘Abd al-Mu’min, dan Sabhat al-‘aqiq.
Bilamana beliau mencecah umur lima tahun,
bapanya telah memasukkannya ke sekolah untuk mengahafaz al-Quran dengan murid
bapanya iaitu al-‘Arabi bin Ahmad Bu Durrah di samping menghafaz matan
Ajrumiyyah dan matan-matan asas yang lain. Setelah tamat mengahafaz al-Quran,
beliau seterusnya menuntut daripada gurunya itu pelbagai ilmu termasuk nahwu,
sarf, fiqh Maliki, tawhid selain menghadiri pengajian bapanya di Masjid Besar
Tanjah dalam bidang nahw, fiqh, dan hadith.
Bapa beliau amat mengambil berat mengenai
pelajaran Sayyid Ahmad dan sentiasa menasihati dan menggalakkannya supaya gigih
menuntut ilmu dan mencontohi para ulama. Sayyid Ahmad juga berguru dengan
Shaykh Ahmad bin ‘Abd al-Salam al-‘Ibadi.
Pada tahun 1339H, beliau telah berangkat ke
Kaherah untuk belajar di al-Azhar atas nasihat bapanya. Di sana beliau berguru
dengan ramai ulama Mesir dan mendalami fiqh al-Maliki dan al-Shafi-i. Antara
mereka ialah Shaykh Muhammad Imam bin Ibrahim al-Saqa al-Shafi’i yang
mengajarnya ilmu nahw (al-Ajrumiyyah dan sharhnya oleh al-Kufrawi, sharh Ibn
‘Aqil, sharh al-Ashmuni, aqidah (al-Silm dan sharhnya oleh al-Bajuri serta
Jawharat al-tawhid), fiqh (sharh al-tahrir), hadith (musnad al-Shafi’i,
al-Bukhari, musalsal ‘Ashura dan musalsal awwaliyah), dan sebagainya.
Malah, gurunya itu begitu takjub dengan
kehebatan dan kebijaksanaan Sayyid Ahmad dan berkata: “Mesti bapa kamu
merupakan seorang yang amat soleh dan ini adalah kerana keberkatannya.
Sesungguhnya para pelajar tidak dapat memahami sharh al-Ashmuni melainkan telah
mempelajari ilmu nahw dan membaca al-Ajrumiyyah, Qatr al-nada, dan kitab-kitab
lain selama enam tahun. Sedangkan kamu dapat menguasainya hanya dalam tempoh
tiga bulan”).
Gurunya yang lain adalah Mufti al-Diyar
al-Misriyyah al-Shaykh Muhammad Bakhit al-Muti’i dalam bidang fiqh Hanafi
(sharh al-hidayah), usul fiqh (sharh al-Isnawi ‘ala al-Minhaj), hadith (Sahih
al-Bukhari), dan tafsir. Beliau juga turut berguru dengan al-Musnid
al-Muhaddith ‘Umar Hamdan al-Tunisi al-Madani. Riwayat guru-gurunya ini dan
lainnya ada disebutkan dalam bukunya iaitu Bahr al-‘amiq fi marwiyat ibn
al-Siddiq.
Sekembali ke kampungnya, beliau duduk di
rumahnya selama dua tahun untuk mentelaah hadith, menghafaz, dan mentakhrij
serta tidak keluar rumah melainkan untuk bersembahyang di masjid. Kitab bidang
hadith pertama yang ditulisnya adalah takhrij kepada Musnad Shihab al-Din dalam
dua jilid yang diberi judul Fath al-wahhab bi takhrij ahadith musnad al-Shihab.
Pada tahun 1344, beliau dan bapanya pergi
menghadiri muktamar al-Khilafah di Dimashq. Ketika di sana mereka bertemu
dengan Sayyidi Muhammad bin Ja’far al-Kittani. Sayyid Ahmad seterusnya
mengambil masa empat tahun mempelajari, meghafaz, dan mentelaah Hadith serta
mempelajari Nil al-awtar oleh al-Shawkani dan al-Shama’il al-Muhammadiyyah oleh
al-Tirmizi).
Pada masa yang sama, beliau telah menulis sebuah
kitab syarah yang besar ke atas Risalah Ibn Abi Zayd al-Qayrawani dengan
menyebutkan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah bagi setiap masalah dan
diberi judul Takhrij al-dala’il lima fi risalat al-Qayrwani fi al-furu’ wa
al-masa’il. Beliau kemudiannya menulis kitab ringkasan (mukhtasar) daripada
kitab tersebut yang diberi nama Masalik al-dilalah ‘ala matan al-risalah.
Pada tahun 1349, beliau kembali ke Kaherah dan
bersama dengan saudaranya, ‘Abd Allah, dan Muhammad al-Zamzami untuk belajar di
sana. Ketika di Mesir, beliau telah menulis banyak kitab di samping menuntut
ilmu dengan ulama al-Azhar serta mempelajari Fath al-Bari, Muqaddimah Ibn
Salah, dan belajar di Masjid al-Imam Husayn dan Masjid Kakhya.
Pada tahun 1354, beliau kembali semula ke
Maghribi kerana kematian bapanya. Beliau kemudiannya menggantikan bapanya
memimpin zawiyah dan mengajar kitab-kitab hadith dan mustalahat al-hadith serta
kitab-kitab ilmu hadith yang lain. Beliau kemudiannya telah menulis satu kitab
berjudul al-Istinfar li ghazw al-tashabbuh bi al-kufar yang menghimpunkan
hadith-hadith melarang umat Islam menyamai orang kafir.
Sayyid Ahmad bukan sahaja menumpukan hidupnya
dalam bidang keilmuan, bahkan juga turut serta berjihad memerangi penjajah
sehingga beliau pernah dipenjarakan beberapa tahun. Beliau kembali ke
rahmatullah pada hari Ahad bulan Jamadil Akhir 1380H setelah menderita sakit.
Beliau dikebumikan di Kaherah.
Beliau mempunyai banyak tulisan dan karya dalam
pelbagai bidang seperti aqidah, tafsir, hadith, fiqh, tasawwuf, sejarah,
biografi yang sebahagiannya masih dalam bentuk manuskrip. Antara keistimewaan
tulisan-tulisan beliau yang diperakui oleh para ulama sezamannya ialah bahawa
beliau mempersembahkan pendekatan dan gaya tulisan yang baru yang tidak pernah
dihasilkan sebelum ini. Penulisan beliau mencakupi aspek takhrij, istikhraj,
musnad, musalsalat, amali, mashikhat, serta isi kandungan yang disusun mengikut
abjad.
Sayyid Ahmad bukan sahaja berkecimpung dalam
penulisan biografi sahaja, beliau juga turut mendalami fiqh Maliki dan Shafi’i.
Beliau juga belajar ilmu tafsir dan sharh al-Hidayah dalam fiqh Hanafi dengan
ulama Mesir yang terkenal iaitu al-Shaykh Muhammad Bakhit al-Muti’i. Beliau
menyeru para ulama yang berkelayakan agar berijtihad dan tidak hanya bertaqlid.
Ini merupakan antara sebab beliau banyak menulis dalam bidang fiqh.
Sayyid Ahmad mempunyai lebih dari 20 buah buku
dalam bidang fiqh. Ia dapat dibahagikan kepada dua jenis penulisan. Pertamanya
ialah penulisan yang merangkumi keseluruhan aspek permasalahan fiqh seperti
Sharh al-sunan al-kubra li al-Bayhaqi yang di dalamnya disebutkan hadith-hadith
dalam mengikut bab dan disusun deng tertib, juga tentang khilaf dan tarjih,
serta dalil-dalil tanpa menentang pendapat yang khilaf.
Jenis yang kedua ialah mengkhususkan kepada
permasalahan tertentu seperti Bayan al-hukm al-mashru’ dan juga ringkasannya
nafth al-ru’ bi bayan anna al-rak’ah la tudrak bi al-ruku’,Tawjih al-anzar li
tawhid al-muslimin fi al-sawm wa al-iftar, dan Tahqiq al-amali fi ikhraj zakat
al-fitr wa al-mal dan banyak lagi. Beliau lebih terkenal dalam bidang fiqh
dengan penulisan bentuk kedua ini.
Dalam penulisan kedua ini, beliau banyak
mengemukan penghujahan, perbincangan tentang perselisihan pendapat dengan
bermula dengan perbincangan pandangan dari imam-imam mazhab satu demi satu, dan
kemudiannya membincangkan dan mengemukakan dalil-dalil serta mentarjih. Teknik
penulisan sebegini dapat dikesan dalam kebanyakan tulisan beliau.
Pada zaman beliau, ulama-ulama di Maghribi pada
masa itu hanya mendalami ilmu fiqh Maliki tanpa menyentuh pandangan mazhab lain
kecuali sedikit sahaja. Oleh kerana itu, usaha Sayyid Ahmad ini dianggap
sebagai satu pembaharuan yang memecah tradisi keilmuan di Maghribi yang memang
dikenali dalam sejarah sebagai pengikut fanatik mazhab Maliki. Usaha beliau ini
mendapat pujian oleh para ulama pada zamannya.
Al-Muhaddith al-Sayyid ‘Abd al-‘Aziz bin
al-Siddiq dalam kata-kata aluannya dalam karya Sayyid Ahmad, al-Ifdal wa
al-minah fi ru’yat al-nisa li Allah ta’ala fi al-jannah menjelaskan tentang
keistimewaan tulisan-tulisan guru dan saudaranya itu: “Karya-karya beliau ini
meliputi dalil-dalil dan hujah, kadang-kdang berhujah ke atas pandangan yang
bertentangan bagi menetapkan masalah dengan nas-nas yang jelas, dan
kadang-kadang dengan zahir nas dan kadang-kadang dengan kaedah ilzam. Akan
tetapi, penulis dengan kekuatan dan ketajaman fikiran, hafazan, dan kefahaman
yang mencapai taraf imam mujtahid dalam kesemua perbincangannya tidak menulis
masalah yang kecil atau yang besar dalam bidang hadith atau fiqh atau usul
melainkan apa yang menimbulkan ketakjuban kepada akal para pembacanya”.
Al-Faqih al-‘Allamah Mustafa al-Zarqa di dalam kitabnya, al’Aql wa al-fiqh fi fahm al-haith al-nabawi juga turut memuji karya Sayyid Ahmad, Tahqiq al-amal fi ikhraj zakat al-fitr bi al-mal sebagai karya yang membincangkan setiap tajuk secara menyeluruh dalam semua aspek dan dikutakan dengan dalil-dalil dan nas.
Ahmad ibn Muhammad ibn al-Siddiq (1320-1380H)
telah menulis lebih dari seratus buah karya. Antaranya ialah:
1. Riyad al-tanzih fi fadl al-Quran wa hamilih.
2. Al-Burhan al-jali fi tahqiq intisab
al-sufiyyah ila ‘Ali.
3. Al-Mudawi li ‘ilal al-Jami’ al-Saghir wa
sharhay al-Munawi. 6 jilid.
4. Al-Mughni ‘ala al-Hadith al-Mawdu’ah fi
al-Jami’ al-Saghir.
5. Al-Minah al-matlubah fi istihab raf’u
al-yadayn bi al-du’a ba’d al-salawat al
maktubah.
6. Birr al-walidayn.
7. Mutabaqat al-ikhtira’at al-‘asriyyah lima
akhbara bihi Sayyid al-Bariyyah salla Allah
‘alayh
wa sallam.
Al-Sayyid ‘Abd Allah bin Muhammad al-Siddiq
Al-Sayyid Abu al-Fadl ‘Abd Allah Muhammad
al-Siddiq al-Ghumari al-Hasani dilahirkan pada akhir bulan Rejab 1328H
bersamaan 1910M di Tanja, Maghribi. Sejak kecil beliau mendapat pendidikan
daripada bapanya. Semasa di bawah pendidikan bapanya beliau telah menghafal
al-Quran dengan riwayat Warash, dan setelah khatam beliau menghafaz pula dengan
riwayat Hafs.
Setelah itu beliau menghafal sesetengah matan
ilmu agama seperti Nazam al-Kharraz yang berjudul Maurid al-Zam'an serta Matan
Alfiyyah Ibn Malik, Matan Arba'in an-Nawawi, Ajrumiyyah, Bulugh al-Maram,
al-Jawhar al-maknun dan Mukhtasar al-Syeikh al-Khalil. Beliau kemudiannya
mempelajari kitab Syarh al-Azhari `Ala al-Ajrumiyyah daripada saudaranya Abu
al-Fayd selain belajar dengan sepupu sebelah bapanya, Sayyid Muhammad bin ‘Abd
al-Samad .
Setelah itu dengan perintah bapanya beliau telah
merantau ke Fes untuk menuntut ilmu di Universiti al-Qurawiyyin. Di situ beliau
belajar Syarh al-Alfiyyah karangan al-Makudi daripada al-Syeikh al-Syarif
al-Habib al-Muhaji. Beliau juga mempelajari kitab tersebut beserta hasyiahnya
(nota tepi) daripada al-Syeikh Muhammad bin al-Hajj bin al-Mahsyi. Beliau
mempelajari Syarh Ibn `Aqil dan Hasyiah al-Sija'i daripada al-Syeikh Muhammad
al-Hajj. Beliau mempelajari bahagian awal Syarh al-Kharsyi `Ala Mukhtasar
Khalil daripada al-Syeikh al-Habib al-Muhaji dan kitab al-Jinayat dalam Syarh
al-Kharsyi daripada al-Syeikh Ahmad al-Qadiri. Bab al-Buyu' dipelajari daripada
al-Syeikh Muhammad bin al-Hajj. Beliau mempelajari Syarh al-Bukhari oleh Imam
al-Qastalani daripada al-Syeikh Muhammad bin al-Hajj di Masjid Maulaya Idris.
Antara guru beliau berkaitan kitab terbabit
ialah al-Syeikh al-Husain al-`Iraqi, al-Allamah Abdul Hayy al-Kittani. Beliau
mempelajari kitab Jam' al-jawami' Syarh al-Muhalla daripada beberapa orang guru
seperti al-Syeikh Ali Husain al-`Iraqi, al-Allamah Abdullah al-Fudayli dan
al-Syeikh al-‘Abbas Bannani.
Beliau kemudiannya kenbali ke kampung halamannya
untuk mengajar di Madrasah bapanya di samping menyambung pengajian di bawah
didikan bapanya. Ketika inilah beliau mula menjinakkan diri dalam arena
penulisan. Kitab pertamanya adalah kitab yang mensyarahkan Matn Ajrumiyyah.
Kitab tersebut diberi nama oleh sepupunya, Abu al-Fayd dengan judul Tashyid
al-mabani li tawdih ma hawathu al-muqaddimah al-Ajrumiyah min al-haqa’iq wa
al-ma’ani.
Pada penghujung bulan Sya'aban 1349H/1930M,
beliau merantau ke Mesir dan menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar. Di
situ beliau mempelajari berbagai ilmu daripada ramai guru seperti al-Syeikh
Abdul Qadir al-Zantani al-Tarabulsi, al-Allamah Muhammad Hasanain Makhluf al-Adawi
al-Maliki, al-Syeikh Hamid Jad, al-Syeikh Mahmud Imam Abdul Rahman al-Mansuri
al-Hanafi.
Beliau telah mengabdikan hidupnya dalam lapangan
ilmu dengan mengajar kitab Jam' al-Jawami' Bisyarh al-Muhalla, Syarh al-Malawi
`Ala al-Silm, Sullamu al-Wusul Ila `Ilm al-Usul, al-Jauhar al-Maknun fi
al-Balaghah, Syarh al-Makudi, Tafsir al-Nasafi, al-Ahkam lil Amidi, dan Tafsir
al-Baidawi.
Antara guru-guru beliau ialah:
1. Morocco: bapanya, Sayyid Muhammad al-Siddiq
al-Ghumari dan bangnya, Sayyid Ahmad, Sayyid Ahmad ibn al-Tayyib al-Qadiri,
al-‘Allamah al-Muhaddith ‘Abd al-Hayy al-Kittani, dan al-‘Allamah al-Qadi
al-Husin al-‘Iraqi.
2. Tunisia: Shaykh Jami’ Zaytun Tahir ibn Asyur
al-Tunisi al-Maliki.
3. Mesir: Shaykh Muhammad Bakhit al-Muti’I
al-Hanafi, Musnid al-‘Asri Shyakh Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Abd al-‘Aziz ibn
Rafi’ al-Husayni al-Tahtawi, Shaykh Muhammad Imam ibn Burhan al-Din Ibrahim
al-Saqqa al-Shafi’i, Shaykh Muhammad ibn Ibrahim al-Samaluti, dan Shaykh
Muhammad Zahid ibn Hasan al-Kawthari.
4. Hijaz: al-Muhaddith ‘Umar Hamdan al-Mahrisi,
al-Muhaddith ‘Abd al-Qadir ibn Tawfiq al-Shalabi, dan Shaykh al-Mu’ammar
Muhammad al-Marzuki ibn ‘Abd al-Rahman al-Makki al-Hanafi.
5. Sham: al-‘Allamah Badr al-Din ibn Yusuf
al-Hasani, Shaykh Yusuf ibn Isma’il al-Nabhani, Shaykh Muhammad Gharib ibn
Mahmud al-Tabbakh al-Halabi, al-Hanafi, dan Umm al-Banin Aminah binti ‘Abd
al-Jalil ibn Salim al-Dimashqiyyah.
Sayyid ‘Abd Allah al-Ghumari meninggal dunia di
Tangiers, Maghribi pada hari Khamis 19 Sya'aban 1413H bersamaan 11 Febuari
1993M dan dikebumikan bersebelahan kubur bapanya.
Kitab karangan ‘Abd Allah ibn Muhammad ibn
al-Siddiq terdapat lebih daripada 70 buah kitab dalam pelbagai bidang termasuk
aqidah, tafsir, hadith, tasawwuf, usul fiqh, matiq, nahwu, balaghah, dan
sebagainya. Antara karya tersebut ialah:
1. Al-Irgham al-mubtadi’ al-ghabi bi jawaz
al-tawassul bi al-Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam.
2. Dilalat al-Quran al-Mubin ‘ala anna al-Nabi
salla Allah ‘alayh wa sallam afdal al’alamin.
3. Aqidah ahl al-Islam fi nuzul ‘Isa alayh
al-salam.
4. Ihya al-maqbur fi jawaz bina al-qibab wa
al-masajid ‘ala al-qubur.
5. Itqan al-sun’ah fi tahqiq ma’na al-bid’ah.
6. Husn al-tafahhum wa al-dark li mas’alat
al-tark.
7. Husn al-talattuf fi bayan wujub suluk al-tasawwuf.
8. Al-I’lam bi anna al-tasawwuf min shari’at
al-Islam.
9. Sharh al-irshad fi fiqh al-Malikiyyah.
10. Al-Qawl al-muqni’ fi radd ‘ala Albani
al-mubtadi’.
Al-Sayyid Muhammad al-Zamzami bin Muhammad bin
al-Siddiq al-Ghumari dilahirkan pada malam Khamis 13 Jamad al-Awwal 1330H di
Bur Sa’id, Mesir ketikamana ibu bapanya sedang dalam perjalanan menuju ke
Mekkah untuk menunaikan haji.
Ketika kecil, beliau sebagaimana adik-beradiknya
dididik oleh bapanya sendiri. Beliau mula menghafaz al-Quran sejak berumur lima
tahun sebagaimana kebiasaan penduduk Maghribi yang lain dan beliau
mengkhatamkan al-Quran dengan al-Shaykh al-Faqih Muhammad al-Andalusi
al-Musawwari. Beliau sering menghabiskan masa lapangnya dengan membaca
buku-buku di perpustakaan bapanya di samping belajar dengan abangnya, Sayyid
Ahmad.
Pada tahun 1349H, beliau berangkat ke al-Azhar
al-Sharif di Kaherah. Sepanjang perjalanannya, beliau sempat belajar dengan
abangnya, Sayyid ‘Abd Allah beberapa buah kitab seperti Alfiyah Ibn Malik, Matn
al-ajrumiyah, Waraqat al-haramayn, dan Jam’ al-jawami’. Ketika di Mesir, beliau
berguru dengan para ulama besar al-Azhar. Antara guru-guru beliau ialah:
1. Abangnya, al-Sayyid Ahmad.
2. Abangnya, al-Sayyid ‘Abd Allah.
3. Al-Shaykh Bakhit al-Muti’i.
4. Al’Allamah ‘Abd al-Salam Ghanim al-Dimyati.
5. Mufti Mesir, al-Shaykh Muhammad Hasanayn Makhluf
al-‘Adawi.
6. Al-Shayk Abu Talib Hasanayn.
7. Al-Shaykh Mahmud Imam ‘Abd al-Rahman al-Mansuri.
8. Al-Shaykh Mustafa al-Safwah.
9. Al-Shaykh ‘Abd al-Majid al-Sharqawi.
Ketikamana bapanya meninggal dunia pada tahun
1354H, beliau telah kembali ke Tanjah dan mula mengajar di zawiyah Siddiqiyah
dan seterusnya mengajar pula di Masjid Hady al-Rasul yang dibina kemudiannya
sehinggalah ke akhir hayatnya. Kehidupannya sentiasa dipenuhi dengan cahaya
ilmu, penulisan, dan dakwah sehingga beliau kembali ke rahmatullah pada hari
Jumaat 28 Zu al-Hijjah 1408H di Tanjah. Jenazah beliau disembahyangkan pada
hari Sabtu berikutnya di Masjid Besar Tanjah dan dimakamkan di masjidnya, Hady
al-Rasul selepas waktu Zohor.
Syeikh Abdul Aziz al-Ghumari
Beliau ialah al ‘Allamah al
Muhaddith al Sufi al Muhaqqiq al Mudaqqiq al Imam Maulana Sayyid Abdul Aziz bin
Muhammad bin Siddiqal-Ghumari
Kelahiran
Dilahirkan pada bulan Jamadil Awal 1338 (1920) di Tonjah (Tangiers), Morocco.
Dilahirkan pada bulan Jamadil Awal 1338 (1920) di Tonjah (Tangiers), Morocco.
Latar belakang pendidikan
Beliau memulakan pendidikan
seawal usia lima tahun dengan menghafal al Quran melalui bimbingan Syeikh
Muhammad Bu Durrah, murid ayahandanya. Setelah itu, beliau mula menumpukan
sepenuh perhatian kepada ilmu-ilmu yang lain melalui pembelajaran, pembacaan
dan kajian. Ayahandanya memberi sepenuh perhatian kepada beliau sepanjang
tempoh pendidikan dengan nasihat-nasihat yang berguna dan petunjuk-petunjuk
yang berfaedah. Ini disebabkan ayahandanya dapat mengesan bakat-bakat terpendam
yang ada pada diri beliau. Pada tahun 1355 (1937) ketika berusia 17 tahun,
beliau merantau ke Mesir bersama-sama abangnya Sayyid Abdul Hayy al Ghumari
untuk melanjutkan pelajaran di al Azhar al Syarif. Di al Azhar, beliau menuntut
ilmu daripada para ulama’ yang berwibawa dalam pelbagai lapangan ilmu. Dalam
tempoh ini juga, beliau mula berjinak-jinak dengan ilmu Hadith di samping
melakukan latihan-latihan dan kajian-kajian sekitar ilmu ini.
Bergelumang dengan ilmu Hadith
Mengenai permulaan beliau
bergelumang ilmu Hadith, Sayyid Abdul Aziz menceritakan pengalamannya bahawa
beliau mula terlibat secara serius dalam ilmu Hadith setelah menamatkan
pengajian dalam bidang Mustolah Hadith. Untuk merealisasikan apa yang telah
beliau pelajari, beliau mula menumpukan kajian terhadap kitab al Laali’ al
Masnu’ah karangan al Hafiz Jalaluddin al Suyuti. Melalui kajian beliau terhadap
kitab ini, Sayyid Abdul Aziz berjaya menghasilkan karya yang berjudul al
Jawahir al Ghawali. Beliau turut menyebut bahawa melalui kajiannya terhadap
kitab ini, beliau mempelajari methodologi kritikan terhadap para perawi hadith,
rantaian sanad dan kaedah membezakan hadith yang sohih dengan yang dho’if.
Setelah itu, beliau menumpukan kajiannya terhadap kitab-kitab hadith yang pula
yang mana beliau membaca dan mengkaji hasil kajian hadith yang dihasilkan oleh
abangnya al Hafiz Sayyid Ahmad al Ghumari. Apabila selesai mengkaji karya-karya
abangnya, beliau meneruskan usaha dengan mengkaji kitab-kitab hadith lain yang
dikarang oleh al Huffaz yang berkaliber dalam bidang ini seperti al Hafiz al
‘Iraqi, al Hafiz al Zailai’e, al Hafiz Ibnu Hajar al ‘Asqolani, al Hafiz al
Suyuti dan lain-lain lagi.
Sepanjang kajian beliau terhadap ilmu Hadith, beliau
seringkali berhubung dengan abangnya al Hafiz Sayyid Ahmad al Ghumari untuk
meminta nasihat dan petunjuk. Kemuncaknya beliau menyebut bahawa setelah beliau
merasa telah mahir dalam bidang ini dan mampu menguasainya dengan baik, maka
beliau mula mengarang sebuah kitab yang berjudul Bulugh al Amani min Maudhu’at
al Sun’ani. Setelah selesai mengarang karya ini, beliau membentangkannya kepada
abangnya al Hafiz Sayyid Ahmad al Ghumari, lalu abangnya memberi komentar:
Sepatutnya karya ini diberi judul Hazij al Aghani kerana ianya mengandungi
faedah yang boleh membuatkan pembacanya menari-nari kerana riang dan kagum!
Kepulangan ke Tonjah
Setelah 12 tahun menetap di
Mesir, akhirnya pada bulan Rabiul Awwal 1366 (1949) beliau pulang ke Tonjah
untuk menyebarkan ilmu buat anak bangsanya. Di Tonjah, beliau aktif mengajar di
Madrasah Siddiqiyyah di samping menulis dan mengadakan majlis zikir. Beliau
juga turut dilantik menjadi khatib di madrasah tersebut.
Guru-guru
Antaranya:
1. Ayahandanya Sayyid Muhammad Siddiq al Ghumari.
1. Ayahandanya Sayyid Muhammad Siddiq al Ghumari.
2. Abang-abangnya al Hafiz
Sayyid Ahmad al Ghumari dan al Hafiz Sayyid Abdullah al Ghumari.
3. Al ‘Allamah Syeikh Muhammad
Bu Durrah, murid ayahandanya.
4. Al ‘Allamah Syeikh Abdul
Mu’ti al Syarsyimi.
5. Al ‘Allamah Syeikh Mahmud
Imam.
6. Al ‘Allamah Syeikh Abdul
Salam Ghanim al Dimyati al Syafie.
7. Al ‘Allamah Syeikh Muhammad
‘Izzat dan lain-lain lagi.
Karya-karya beliau
Semuanya berjumlah 73 buah.
Kebanyakannya dalam bidang hadith. Antaranya:
1. Tashil al Mudarraj ila al Mudarraj.
1. Tashil al Mudarraj ila al Mudarraj.
2. Al Ta’nis bi Syarh Manzumah
al Zahabi fi Ahli al Tadlis.
3. Al Bughyah fi Tartib Ahadith
al Hilyah.
4. Ithaf Zawi al Himam al ‘Aaliyah
bi Syarh al ‘Asymawiyyah.
5. Al Qaul al Ma’thur bi Jawaz
Imamah al Mar’ah bi Rubat al Khudur.
6. Mafatih al Dahyan li Tartib
Tarikh Asbahan.
7. Al Tahzir Mimma Zakarahu al
Nablusi fi al Ta’bir.
8. Al Tuhfah al ‘Aziziyyah fi
al Hadith al Musalsal bi al Awwaliyyah dan lain-lain lagi.
Kewafatan
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1418 (1998) dan disemadikan di Madrasah Siddiqiyyah berhampiran pusara keluarganya. Semoga Allah merahmati beliau dan membalas jasa-jasa beliau dengan sebaik-baik pembalasan. Amin.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1418 (1998) dan disemadikan di Madrasah Siddiqiyyah berhampiran pusara keluarganya. Semoga Allah merahmati beliau dan membalas jasa-jasa beliau dengan sebaik-baik pembalasan. Amin.
Sayyid Abdul Hayy Siddiq al-Ghumari
Beliau ialah al ‘Allamah al Faqih al Usuli al
Muhaddith al Muhaqqiq al Mudaqqiq al Imam Maulana Sayyid Abdul Hayy bin
Muhammad bin Siddiq al-Ghumari
Kelahiran
Beliau dilahirkan di Tonjah (Tangiers), Morocco. Latar belakang keluarga. Sayyid Abdul Hayy al Ghumari dilahirkan di kalangan
keluarga al Ghumariyyah yang terkenal dengan keilmuan, ketaqwaan, kesolehan,
kemuliaan dan kesucian keturunan. Ayahanda beliau Sayyid Muhammad Siddiq al
Ghumari merupakan seorang ulama’ rabbani yang memainkan peranan penting dalam
mentarbiah beliau sebagaimana adik beradik beliau yang lain.
Datuk beliau
sebelah ibu, Sayyid Ibnu ‘Ajibah al Hasani adalah seorang ulama’ yang tidak
asing lagi di dunia Islam melalui karya-karya beliau yang masih wujud hingga ke
hari ini. Abang sulung beliau, Sayyid Ahmad al Ghumari merupakan tokoh hadith
yang tiada tandingannya sehingga mencapai martabat al Hafiz. Abang kedua
beliau, Sayyid Abdullah al Ghumari ialah seorang pakar rujuk dalam pelbagai
lapangan ilmu. Adik beradik beliau, Sayyid Abdul Aziz, Sayyid al Hasan, Sayyid
Ibrahim dan Sayyid Muhammad Zamzami adalah tokoh-tokoh muhaddithin dan
muhaqqiqin.
Latar belakang pendidikan
Sebagaimana adik beradik beliau yang lain,
Sayyid Abdul Hayy al Ghumari memulakan pendidikan seawal usia lima dengan
menghafal al Quran dan sebahagian besar matan-matan ilmu yang lain. Pada tahun
1355 Hijrah (1937), beliau bersama adiknya Sayyid Abdul Aziz al Ghumari
merantau ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di sana. Beliau menetap di Mesir
selama 11 tahun. Dalam tempoh ini, beliau berusaha bersungguh-sungguh tanpa
mengenal penat lelah mencari ilmu pengetahuan sehingga akhirnya beliau menjadi
seorang tokoh ilmuwan sebagaimana adik beradiknya yang lain.
Sayyid Abdul Hayy
al Ghumari merupakan seorang pakar ilmu Usul Fiqh. Ini boleh dilihat melalui
karya-karya dan kajian-kajian ilmiah yang beliau hasilkan dalam bidang ini.
Beliau juga merupakan seorang muhaddith sepertimana adik beradik beliau yang
lain di samping sebagai seorang yang mahir dalam perdebatan. Melalui
perdebatan, beliau berusaha membetulkan fahaman-fahaman salah lagi melampau
yang timbul daripada sikap taasub sebahagian pengikut mazhab-mazhab tertentu.
Kerjaya
Selesai menamatkan pengajian, beliau pulang ke
Morocco. Di sana, beliau menjadi tenaga pengajar di dalam bidang Usul Fiqh di
sebuah institut pengajian Islam yang terletak di Tonjah. Setelah itu, beliau
dilantik menjadi pengetua institut tersebut. Apabila sistem pendidikan
institut-institut pengajian di Morocco mengalami perubahan disebabkan kemasukan
unsur-unsur tertentu, beliau meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan terhadap
perubahan yang berlaku. Kemudiannya, beliau mengadakan majlis pengajian khusus
di rumahnya yang mana beliau mengajar ilmu Usul Fiqh, Fiqh, Nahu dan Balaghah.
Selain itu, beliau juga sering ke udara melalui ruangan radio Morocco di mana beliau
menjawab segala pertanyaan yang timbul dari seluruh pelusuk Morocco.
Guru-guru
Antaranya:
1. Ayahanda beliau, Sayyid Muhammad bin Siddiq
al Ghumari al Idrisi al Hasani.
2. Abang-abang beliau, Sayyid Ahmad al Ghumari
dan Sayyid Abdullah al Ghumari.
3. Syeikh Abdul Rahman Qoro’ah, mufti Kerajaan
Mesir.
4. Al Muhaddith al ‘Allamah Sayyid Badruddin al
Hasani al Dimasyqi.
5. Al ‘Allamah Syeikh Roghib al Tobbakh al
Halabi.
6. Al ‘Allamah Syeikh Khalil bin Badr al
Maqdisi.
7. Al ‘Allamah Syeikh Abdul Mu’ti al Syarsini al
Misri.
8. Al ‘Allamah Syeikh Abdul Wahhab bin al Sayyid
bin Salim al Misri.
9. Al ‘Allamah Syeikh Muhsin Nasr al Yamani dan
lain-lain lagi.
Karya-karya beliau
Sepanjang usia beliau, Sayyid Abdul Hayy telah
menghasilkan sebanyak 23 buah karya yang merangkumi pelbagai bidang ilmu
khususnya Usul Fiqh, Fiqh dan Hadith. Antaranya:
1. Tabyin al Madarik li Rujhan Sunniyyah
Tahiyyatul Masjid Waqta Khutbah al Jumu’ah fi Mazhab Malik.
2. Thubut al Ajr bi Bayan Hukm Solatil Witr
ba’ada Solatil Fajr.
3. Al Iqna’ Bi’tibar Khilaf Daud fil Ijma’.
4. Rukhos al Toharah was Solah wa Tasydidat al
Fuqaha’.
5. Hukmut Tayammum fil Kitab was Sunnah.
6. Hukmul Lahm al Mustaurid min Urubba.
7. Hukmud Dukhan wa Tobah was Solah Khalfa
Muta’atihima.
8. Al Ihlal bi Jawabis Sual ‘an Hukmi Aghlal.
9. Iqomatul Hujjah ‘ala Annal Aimmah al Arba’ah
lam Yuhitu Bis Sunnah dan lain-lain lagi.
Pesanan beliau
Sayyid Abdul Hayy al Ghumari seringkali berpesan
kepada para penuntutnya agar selalu berpegang dengan Sunnah Nabawiyyah dan
tidak berpaling daripadanya walau apapun yang berlaku serta mendahulukannya
daripada segala pendapat di samping berusaha menyebarkannya. Beliau berkata di
dalam ijazahnya yang dianugerahkan buat para pelajarnya: Saya juga berpesan
kepada beliau agar berusaha bersungguh-sungguh dalam menyebarkan dakwah supaya
kembali beramal dengan al Quran dan Sunnah Nabawiyyah kerana beramal dengan
keduanya (al Quran dan Sunnah) dan berusaha melaksanakan perintah dan larangan
keduanya merupakan jalan kearah bantuan Allah Taala buat umat ini sebagaimana
yang ditegaskan oleh-Nya menerusi Kitab-Nya…
Kewafatan
Setelah memerah usia dalam perjuangan
mempertahankan al Quran dan Sunnah Nabawiyyah, akhirnya pada bulan Sya’aban
tahun 1415 Hijrah (1995) Sayyid Abdul Hayy al Ghumari menyahut panggilan Ilahi.
Jenazah beliau disemadikan bersebelahan pusara ayahanda dan bondanya di
Madrasah Siddiqiyyah. Semoga Allah Taala merahmati beliau dan membalas
jasa-jasa beliau dalam mempertahankan Sunnah Nabawiyyah dengan sebaik-baik
pembalasan. Amin.
Syiekh Hasan al-Ghumari
Kelahiran Syeikh Hasan al-Ghumari
Syeikh al-Hasan bin Muhammad Siddiq dilahirkan di kota Tonja Maroko pada tahun 1345 Hijriyah bertepatan tahun 1926 Masihi. Beliau dibesarkan oleh orang tuanya di Zawiyah al-Shiddiqiyah. Beliau belajar agama dan menghafal al-Quran sejak dari kecil, sebagaimana anak-anak Syeikh Muhammad Shiddiq al-Ghumari yang lain. Syeikh Muhammad sangat mementingkan pendidikan anak-anak beliau, sehingga semua anak-anaknya menjadi ulama besar. Tidak ada di dunia sekarang ini keluarga yang begitu berkat seperti keluarga al-Ghumari.
Syeikh al-Hasan bin Muhammad Siddiq dilahirkan di kota Tonja Maroko pada tahun 1345 Hijriyah bertepatan tahun 1926 Masihi. Beliau dibesarkan oleh orang tuanya di Zawiyah al-Shiddiqiyah. Beliau belajar agama dan menghafal al-Quran sejak dari kecil, sebagaimana anak-anak Syeikh Muhammad Shiddiq al-Ghumari yang lain. Syeikh Muhammad sangat mementingkan pendidikan anak-anak beliau, sehingga semua anak-anaknya menjadi ulama besar. Tidak ada di dunia sekarang ini keluarga yang begitu berkat seperti keluarga al-Ghumari.
Ayahnya adalah sumber
dan pencetak para ulama besar di dunia ini, abang beliau al-Hafiz Ahmad adalah
seorang ulama besar yang sangat disegani. Beliau seorang sahaja yang digelar
al-Hafiz pada abad ke empat belas hijryah. Sementara abang beliau Abdullah,
seorang Muhaddith yang sampai ke tahap al-Mufid, seorang ahli pengkeritik
ilmu hadith dan sanad, saudaranya Abdul Hayy, seorang yang alim dalam ilmu fiqh
dan usulnya, sementara saudaranya Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad Siddiq Ghumari
seorang ulama hadith yang sungguh masyhur dari barat sampai ke timur, saudaranya
Syeikh Muhammad Zamzami juga seorang ulama yang ternama serta memiliki banyak karangan, saudaranya Syeikh Ibrahim juga seorang ulama besar yang terkenal.
Menuntut ilmu
Dimasa kecilnya beliau memasuki sekolah agama islam di Tonja, banyak matan-matan kitab yang beliau hafal, disamping itu beliau turut belajar dari abang beliau al-Hafiz Ahmad Shiddiq al-Ghumari, al-Muhaddith Abdullah Shiddiq al-Ghumari dan Syeikh Muhammad Zamzami Shiddiq al-Ghumari.
Menuntut ilmu
Dimasa kecilnya beliau memasuki sekolah agama islam di Tonja, banyak matan-matan kitab yang beliau hafal, disamping itu beliau turut belajar dari abang beliau al-Hafiz Ahmad Shiddiq al-Ghumari, al-Muhaddith Abdullah Shiddiq al-Ghumari dan Syeikh Muhammad Zamzami Shiddiq al-Ghumari.
Hasil Karangan beliau :
1 - at-Tibyan li hujjati Amali al-Ikhwan Fi Tahuhid Saumi Ramadhan.
2 - Silsilah Durus wa al-Muhadharat.
3 - at-Tasauf wa Atsaru fi Natsri Ilmu Wal Makrifah.
4 - Takrimul Islam Lil Mar`ah.
5 - Fadhlu Lailatu al-Qadar.
6 - Syafa`atul Kubra.
7 - Daiwan Khutabul Jum`ah.
8 - Dan lain-lain.
Pekerjaan
Beliau pernah menjadi penasihat bahagian pendidikan di Moroko, dan menjadi guru tetap di Zawiyah ayahnya, Syeikh Muhammad Shiddiq al-Ghumari. Sepanjang hidupnya, beliau terus berdakwa ke jalan Allah meneruskan perjuangan ayahanda dan saudara-saudaranya. Beliau turut menjadi Mursyid agung Tariqah Syadzuliyyah ash-Shiddiqiyyah dan menjalankan program Zawiyah Shiddiqiyyah di kota Tonjah sehingga wafatnya.
1 - at-Tibyan li hujjati Amali al-Ikhwan Fi Tahuhid Saumi Ramadhan.
2 - Silsilah Durus wa al-Muhadharat.
3 - at-Tasauf wa Atsaru fi Natsri Ilmu Wal Makrifah.
4 - Takrimul Islam Lil Mar`ah.
5 - Fadhlu Lailatu al-Qadar.
6 - Syafa`atul Kubra.
7 - Daiwan Khutabul Jum`ah.
8 - Dan lain-lain.
Pekerjaan
Beliau pernah menjadi penasihat bahagian pendidikan di Moroko, dan menjadi guru tetap di Zawiyah ayahnya, Syeikh Muhammad Shiddiq al-Ghumari. Sepanjang hidupnya, beliau terus berdakwa ke jalan Allah meneruskan perjuangan ayahanda dan saudara-saudaranya. Beliau turut menjadi Mursyid agung Tariqah Syadzuliyyah ash-Shiddiqiyyah dan menjalankan program Zawiyah Shiddiqiyyah di kota Tonjah sehingga wafatnya.
Kematian
Syeikh al-Hasan bin Muhammad Siddiq al-Ghumari
telah menghembuskan nafas terakhirnya menuju Allah dan meninggalkan dunia yang
fana ini pada tarikh 22 Jamadil akhir 1431 Hijriyah bertepatan dengan 7 Jun
2010 Masihi. Ribuan pelawat hadir untuk mensolati jenazah beliau.
Sheikh Dr. Ibrahim bin Siddiq al-Ghumari
Beliau ialah Ibrahim bin Siddiq al-Ghumari
al-Tanji, adik bongsu kepada ulama hadis Maghribi yang terkenal, Sheikh Ahmed
bin Siddiq. Dilahirkan di Tanger, Utara Maghribi pada 17 Rejab 1305 (1935M).
Beliau dibesarkan oleh abang sulungnya, Sheikh
Ahmad, lantaran kematian bapanya semasa beliau berusia dua bulan. Sheikh Ahmed
telah memulakan pengajian awal adiknya ini ketika usia enam tahun di
kuttab. Di sana, beliau telah mula belajar membaca, menulis dan menghafaz
al-Quran atas didikan Said al-Hauzi dan al-‘Ilmi Shabu al-Qasimi.
Suasana ilmu yang subur dalam kalangan ahli
keluarganya, tambahan pula persekitaran yang ada, turut membantu beliau
mengecapi nikmat berilmu dari sumbernya yang sebenar. Demi kecintaan yang
tinggi kepada ilmu pengetahuan telah membuka laluan untuk beliau bergerak dari
kampung halaman ke masjid Qurawiyyin di Fes. Di sana, beliau berguru dengan
Sheikh Abdullah al-Saqalli, Sheikh Abdul Hadi al-Yaaqubi, Sheikh al-Abid
al-Kharsyafi, Sheikh al-Fatimi dan ramai lagi dari kalangan ulama tersohor
ketika itu.
Dengan semangat dan azam yang tinggi, beliau
melangkah lebih jauh menuju ke bumi anbiya’, Mesir pada tahun 1957. Beliau
melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar dengar mengutip permata berharga
dari sheikh-sheikh universiti tersebut. Pada masa yang sama, beliau juga
menadah kitab hadis di hadapan abang sulungnya, Sheikh Ahmed sehinggalah
abangnya meninggal dunia pada tahun 1960.
Pada tahun 1961, beliau bergerak pula ke Iraq
untuk melanjutkan pengajian dalam bidang syariah selama setahun. Selepas itu,
beliau kembali ke bumi tanah tumpah darahnya, Maghribi. Beliau meneruskan
pengajian syariahnya di Fakulti Syariah, Fes sehinggalah memperolehi ijazah pada
tahun 1965. Kemudian beliau melanjutkan lagi pengajian di Darul Hadis, Rabat
pada tahun 1966 sehingga berjaya memperolehi ijazah sarjana dalam
bidang hadis pada tahun 1975Seterusnya, beliau melangkah lagi pengajian
hadisnya untuk memperolehi ijazah kedoktoran pada tahun 1985 dengan tajuk :
Sheikh Ibrahim memulakan khidmat jasa
kebaktiannya di Fakulti Usul al-Din di Tetuan sebelum bertugas di Darul Hadis
untuk beberapa tempoh tertentu. Beliau juga dilantik sebagai Presiden Majlis
Ilmu di Tanger semenjak tahun 1996 sehinggalah beliau meninggal dunia.
Pada hari Khamis, tanggal 6 Safar 1424 yang
bersamaan dengan 10 April 2003, di Hospital Besar Rabat, selepas diserang
penyakit kancer paru-paru beberapa tahun, maka telah dijemput Sheikh Ibrahim
menghadap Ilahi. Disemadikan di Tanger bersebelahan dengan bapanya juga
abang-abangnya, Sheikh Abdullah, Sheikh Abdul Aziz dan Sheikh Abdul Hayy.