Sabtu, 20 Julai 2013

Syeikh Dr Sa’id Fudah




Kelahiran

Keluarga Syeikh Sa’id Abdul Latif Fudah berasal kampung Bait Dajan, Yafa, Palestin. Keluarganya berpindah ke Jordan selepas pendudukan Israel di Palestin. Syeikh Sa’id Abdul latif Fudah dilahirkan di bandar al-Karamah, Jordan pada tahun 1967M.

Pendidikan

Keluarga Syeikh Sa’id Fudah tinggal di bandar Amman, Jordan dalam tempoh yang lama. Kemudian, keluarga beliau berpindah ke bandar al-Rasifah, Jordan dan menetap di sana. Di bandar al-Rasifah inilah beliau memulakan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

Beliay mula mempelajari ilmu-ilmu syar’ie ketika usia beliau belum mencapai 11 tahun. Beliau belajar dengan Syeikh Husain al-Zuhairi beberapa buah matan dalam fiqh mazhab al-Syafi’e. Beliau juga telah mempelajari al-Quran, ilmu bahasa Arab dan ilmu-ilmu yang lain di bawah bimbingan Syeikh Husain al-Zuhairi.

Syeikh Husain al-Zuhairi

Kemudian, Syeikh Husain al-Zuhairi meminta agar beliau belajar pula dengan Syeikh Sa’id al-‘Anabtawi di bandar al-Rasifah. Ketika itu umur beliau belum mencapai 15 tahun. 

Di bawah bimbingan Syeikh Sa’id al-‘Anabtawi, beliau mempelajari ilmu qiraat mengikut riwayat Imam Hafs dan Warsy dan turut menghafal matan Jauharah at-Tauhid dan matan al-Kharidah al-Bahiyyah (kedua-dua matan tersebut adalah matan akidah yang utama dalam Ahli Sunnah wal Jama’ah).

Syeikh Sa'id al-'Anabtawi

Beliau seterusnya menuntut ilmu dengan Syeikh Ahmad al-Jammal. Beliau membaca kepadanya tiga per empat bahagian daripada kitab al-Ikhtiyar li al-Musolli dalam fiqh mazhab Hanafi. 

Syeikh Ahmad al-Jammal

Di samping itu beliau juga belajar dengan bekas mufti Jordan, Dr Nuh al-Qudhah dan menghadiri syarahan beliau ke atas kitab al-Minhaj karya Imam al-Nawawi.

Syeikh Nuh al-Qudhah

Antara ulama lain yang  Syeikh Sa’id Abdul Latif Fudah sempat belajar ialah Prof Dr Ibrahim Khalifah yang mengijazahkan kepada beliau beberapa jenis ilmu seperti ilmu tafsir, hadith, tauhid, usul fiqh, mantiq dan balaghah.


Prof Dr Ibrahim Khalifah

Beliau seterusnya menuntut ilmu di Universiti Sains dan Teknologi dalam bidang kejuruteraan elektrik (pengkhususan komunikasi dan elektronik) di bandar Irbid, Jordan dan berkerja dengan sebuah syarikat di Oman. 

Setelah itu, beliau bertukar bidang ke bidang agama dan menuntut di Universiti Jordan sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Akidah lalu menyambung Ijazah Kedoktoran dari Universiti al-Ulum al-Islamiyyah Oman cawangan 'Amman. 

Tajuk disertasi Ijazah Sarjana beliau ialah "Ibnu Rusyd dan pandangan-pandangan falsafahnya" dan manakala tajuk disertasi kedoktoran beliau ialah "Dalil-dalil aqli (logik) atas wujudnya Allah antara ahli kalam dan ahli falsafah : kajian perbandingan".

Beliau mula mengajar di masjid-masjid ketika masih berusia 17 tahun dan mula mengarang dan mentahqiq kitab. Beliau turut menyampaikan  pelbagai ceramah yang disampaikan di Jordan, Malaysia, Mesir, Syria dan Belanda dan mempunyai hubungan baik dengan ramai ulama dan pendakwah di negara-negara Islam. Beliau juga sentiasa menyelia laman forumnya yang bertajuk Muntada al-Aslein.

Guru-Guru

1. Syeikh Abdul Hadi al-Kharsah



2. Syeikh Adib al-Khallas






3. Syeikh Dr Ali Juma'ah



4. Syeikh Wahbi Sulaiman al-Ghauji. Beliau telah menyuruh Syeikh Sa'id Fudah menulis kitab yang mempertahankan Ahli Sunnah wal Jama'ah dan Imam Fakhruddin ar-Razi.




5. Syeikh Abdul Qadir al-'Aani




6. Syeikh Dr Umar Abdullah Kamil





Penulisan

Lebih daripada 80 buah kitab telah dikarang oleh beliau dan kebanyakannya dalam bidang akidah, mantiq dan penolakkan terhadap ahli falsafah, Wahabi, Syiah dan fahaman yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Disebutkan di sini sebahagian karangan beliau:

1. Al-Kasyif al-Saghirah ‘An ‘Aqaid Ibn Taimiyyah




2. Al-Kasyif al-Saghirah ‘An Mawaqi' al-Ghalath Fi Kutub al-Failasuf Ibn Rusyd


3. Tad’im al-Mantiq




4. Al-Muyassar Fi Syarh al-Sullam al-Munawraq.



5. Buhuth Fi ‘Ilm al-Kalam


6. Tahzib Syarh al-Sanusiyyah




7. Maqalat Naqdiyyah Fi al-Hadathah Wa al-‘Ilmaniyyah



8. Mauqif al-Imam al-Ghazali Min ‘Ilm al-Kalam


9. Syarah al-‘Iqtisad Fi al-'I'tiqad karya Imam al-Ghazali (belum diterbitkan)

10. Syarh Sughra al-Sughra karya Imam al-Sanusi




11. Mukhtasar Syarh al-Kharidah al-Bahiyyah

12. Tahqiq kitab Mishab al-Arwah fi ‘Ilm Usul al-Din karya Imam al-Baidhawi




13. Naqd al-Risalah al-Tadamuriyyah





14. Ta’liqat ‘Ala al-Mahsul Fi ‘Ilm al-Usul

15. Al-Syarah al-Kabir ‘Ala al-Aqidah al-Tahawiyyah





17. Al-Farq al-‘Azim Baina al-Tanzih Wa al-Tajsim




18. Hashiyyah 'Ala al-Khamsun Fi Usul al-Din karangan Imam Fakhruddin al-Razi


 19. Hashiyyah 'Ala Mukhtasar Syarah al-Kharidah al-Bahiyyah



20. Al-Adillah al-'Aqliyyah 'Ala Wujud Allah Baina al-Mutakallimin Wa al-Falasifah



Antara video beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu :









Khamis, 18 Julai 2013

Syeikh Prof Dr Ahmad Umar Hasyim

Nama dan Nasab

Beliau ialah Ahmad bin Umar bin Ibrahim bin Ismail bin Muhammad al-Hasyimi al-‘Azzazi al-Husaini al-Syarqawi. Nasabnya bersambung kepada Sayyidina al-Husain bin Ali bin Abi Talib, semoga Allah meredhainya.

Kelahiran dan Latar Keluarga

Beliau dilahirkan di kampung Syeikh Abi Hasyim di Bani ‘Amir, salah sebuah kampung di Wilayah al-Syarqiyyah pada 10 Muharram tahun 1360 Hijrah, bersamaan 6 Februari tahun 1941 Masihi.

Ayahandanya merupakan antara mereka yang menimba ilmu di al-Azhar dan menumpukan sepenuh masanya untuk dakwah dan jalan kerohanian (tariqah). Maka, beliau membesar di dalam rumahnya yang terkenal dengan kemuliaan, kesucian, ilmu dan amal.

Pendidikan Awal dan Bakat Sastera

Beliau telah menyempurnakan hafazan al-Quran al-Karim di kuttab (pusat pengajian al-Quran) di kampungnya, kemudian beliau menyertai Maahad Agama Zaqaziq.

Pada peringkat persediaan (al-I'dadiyyah), yang dahulunya dikenali sebagai peringkat rendah (al-Ibtidai'yyah), beliau telah mengarang sebuah buku yang merupakan sebuah kisah sastera dan himpunan puisi bertajuk: Nihayat Amal (Penghujung Harapan). Pada peringkat menengah, beliau mengarang sebuah pementasan drama keagamaan dalam bentuk puisi yang diilhamkan daripada al-Quran bertajuk Ashab al-Jannah (Penghuni Syurga).

Pengajian di Fakulti Usuluddin

Setelah menamatkan peringkat menengah, beliau menyertai Fakulti Usuluddin. Beliau amat meminati pengajiannya dan tekun mendalami ilmu-ilmunya, didorong oleh cita-citanya dalam pengajian Islam dan pengajian Sunnah Nabawiyyah, serta harapan ayahandanya agar beliau menjadi salah seorang ulama Islam. Beliau memulakan pengajiannya di fakulti tersebut dengan mengarang sebuah qasidah (puisi) yang telah diterbitkan di dalam salah sebuah akhbar fakulti pada ketika itu.

Kerjaya Akademik dan Jawatan Pentadbiran

Setelah menamatkan pengajiannya di Fakulti Usuluddin, beliau telah dilantik sebagai seorang pensyarah di Maahad Agama Zaqaziq selama setahun. Kemudian, beliau dilantik sebagai pensyarah pelatih di Fakulti Usuluddin di Kaherah, kemudian penolong pensyarah, kemudian pensyarah, kemudian profesor madya, kemudian ketua Jabatan Hadis, kemudian dekan Fakulti Usuluddin di Zaqaziq, kemudian timbalan rektor Universiti al-Azhar bagi Hal Ehwal Pendidikan dan Pelajar pada 29 Jun 1989 M.

Beliau juga berkhidmat sebagai profesor di Fakulti Syariah di Makkah al-Mukarramah dalam tempoh dari tahun 1976 hingga 1980 M, dan dilantik sebagai rektor Universiti al-Azhar dari tahun 1995 hingga 2003 M. Beliau telah menyertai beberapa persidangan dan seminar keagamaan, serta telah mengembara ke banyak negara Islam.

Karya-karya Ilmiah

Antara karya-karya beliau:

1 - Fayd al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari.

2 - Al-Sunnah al-Nabawiyyah wa ‘Ulumuha.

3 - Qasas al-Sunnah.

4 - Da‘a’im al-Islam.

5 - Al-Islam wa Bina’ al-Syakhsiyyah.

6 - Manhaj al-Islam fi al-‘Aqidah wa al-‘Ibadah wa al-Akhlaq.

7 - Al-Akhlaq fi Daw’ al-Kitab wa al-Sunnah.

8 - Al-Islam wa al-Syabab.

9 - Al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Muwajahah al-Tahaddi.

10 - al-Islam wa Iqrar al-Amn.

11 - Min Hadyi al-Sunnah fi al-‘Ibadat.

12 - Min Tawjihat al-Rasul.

13 - Qabas min al-Hadith al-Nabawi.

14 - Fi Zilal al-Huda al-Nabawi.

15 - Fi Riyad al-Sirah al-Nabawiyyah.

16 - al-Manhaj al-Nabawi fi Ta‘lim al-Muslimin.

17 - Ma‘alim ‘ala Tariq al-Sunnah.

18 - Manahij al-Muhaddithin.

19 - Qawa‘id Usul al-Hadith.

20 - Al-Muhaddithun fi Misr wa al-Azhar.

21 - Min Tawjihat al-Syari‘ah al-Islamiyyah.

22 - Adwa’ min Huda al-Nubuwwah.

23 - Mabahith Fi al-Hadith al-Syarif.

24 - Manhaj al-Difa' 'An al-Hadith al-Nabawi dan lain-lain.

Guru-guru

Antara guru-guru beliau ialah:

1 - Al-‘Allamah al-Imam al-Akbar Abdul Halim Mahmud.

2 - Al-‘Allamah al-Imam al-Mufassir Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi.

3 - Al-‘Allamah Ahmad Abu Hasyim.

4 - Al-‘Allamah Mahmud Ahmad Hasyim.

5 - Al-‘Allamah al-Syeikh al-Husaini Abdul Majid Hasyim.

6 - Al-Syeikh Muhammad Mahmud Syahin.

7 - Al-‘Allamah al-Muhaddith Muhammad Yasin bin Muhammad ‘Isa al-Fadani.

8 - Al-‘Allamah al-Syeikh Muhammad ‘Alawi al-Maliki al-Makki.

Kematian

Beliau telah meninggal dunia pada hari Selasa, 15 Rabiulakhir 1447 H bersamaan 7 Oktober 2025 M, pada usia 87 tahun mengikut kalendar Hijrah.

Rabu, 17 Julai 2013

Syeikh Dr Mustafa al-Bugha - Pengarang Kitab Fiqh al-Manhaji


Kelahiran

Syeikh Dr Mustafa al-Bugha dilahirkan pada tahun 1938 di al-Maidan, Damsyik, Syria.

Menuntut ilmu

Pada peringkat pemulaan, Syeikh Dr Mustafa al-Bugha menuntut di Ma’had al-Taujih al-Islami - diasaskan oleh Syeikh Hasan Habannakah – sehingga tahun 1959. Kemudian beliau memasuki Kuliah Syariah di Universiti Damsyik dan menuntut di sana selama empat tahun sehinggalah berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1963. Kemudian beliau menyambung pengajian beliau di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di Universiti al-Azhar pada tahun 1974. Tajuk tesis PhD beliau ialah Athar al-Adillah al-Mukhtalif fiha fi al-Fiqh al-Islami (Kesan Dalil-Dalil yang Diperselisihkan dalam Fiqh Islam).

Guru beliau

1 - Syeikh Hasan Habannakah al-Maidani.

Syeikh Hasan Habannakah

2 - Syeikh Khairo Yassin. Syeikh Dr Mustafa al-Bugha membaca dan menghafal al-Quran di bawah bimbingan beliau ketika di peringkat menengah.

Syeikh Khairo Yasin

3 - Syeikh Hussein Khattab. Bekas Syeikh Qurra’ di Damsyik.

Syeikh Hussein Khattab

4 - Syeikh Muhammad Kuraim Rajih. Syeikh Qurra’ di Syria sekarang.

Syeikh Muhammad Kuraim Rajih

5 - Syeikh Mustafa al-Siba’ie.

Syeikh Mustafa al-Siba'ie

6 - Syeikh Muhammad al-Mubarak.

Syeikh Muhammad al-Mubarak

7 - Syeikh Mazin al-Mubarrak.

8 - Syeikh Muhammad Amin al-Misri

Syeikh Muhammad Amin al-Misri

9 - Syeikh Umar al-Hakim.

10 - Syeikh Wahbi Sulaiman al-Ghauji.

Syeikh Wahbi Sulaiman al-Ghauji

11 - Syeikh Muhammad Taufiq al-Shamma’.

Syeikh Muhammad Taufiq al-Shamma'

12 - Syeikh Muhammad al-Muntasir al-Kittani.

Syeikh Muhammad al-Muntasir al-Kittani

13 - Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

14 - Syeikh Mustafa Sa’id al-Khan.

Syeikh Mustafa Sa'id al-Khan

15. Syeikh Ahmad Fahmi Abu Sunnah

Syeikh Ahmad Fahmi Abu Sunnah

Keluarga

Syeikh Dr Mustafa al-Bugha telah berkahwin dengan empat orang isteri (salah satu dari isterinya telah beliau ceraikan) dan mempunyai lapan orang anak.

Kegiatan dakwah

a - Di Masjid

1 - Pernah menjadi khatib di masjid al-Ghawwas, kemudian di masjid Zainal ‘Abidin di Damsyik.

2 - Mengadakan pengajian fiqh, hadis, tafsir al-Quran dan lain-lain di beberapa buah masjid di Damsyik.

b - Di Sekolah dan Universiti

1 - Tenaga pengajar mata pelajar pendidikan Islam di peringkat menengah di wilayah al-Hasakah selama dua tahun, kemudian di wilayah al-Suwaidah juga selama dua tahun.

2 - Pensyarah di Kuliah Syariah di Universiti Damsyik dari tahun 1978M sehingga tahun 2000M.

3 - Menjadi pensyarah jemputan di Universiti Qatar selama lima tahun(2000M-2005M).

4 - Pensyarah di Kuliah Syariah di Univertiti al-Yarmouk, Jordan selama setahun(2006M).

5 - Pensyarah di Universiti al-Ulum al-Islamiyyah al-‘Alamiyyah, Jordan sejak tahun 2008 sehingga sekarang.

c - Persidangan Antarabangsa

Syeikh Dr Mustafa al-Bugha banyak menghadiri persidangan antarabangsa, antaranya :

1 - Persidangan di Mekah apabila pencerobohan Iraq ke atas Kuwait.

2 - Persidangan Perpaduan Islam di Iran.

3 - Persidangan Warisan Islam di Aden, Yaman.

Karya-Karya

1 - Penulisan

1 -  Al-Tazhib Fi Adilah Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib. (Muat Turun)

2 - Usul al-Fiqh al-Islami: Dirasah ‘Ammah.

3 - Al-Jawanib al-Tarbawiyyah Fi ‘Ilm Usul al-Fiqh.

4 - Madhamin Tarbawiyyah Fi Fiqh al-Islami.

5 - Fiqh al-Manhaji Fi al-Fiqh al-Syafi’e. Ditulis bersama Syeikh Dr Mustafa al-Khan dan Syeikh Dr Ali al-Syarbaji. (Muat Turun)

6 - Al-Wadih Fi ‘Ulum al-Quran. Ditulis bersama Syeikh Muhyiddin Misto. (Muat Turun)

7 - Al-Da’awa Wa al-Bayyinat Wa al-Qanun Fi al-Wadha’. Ditulis bersama Syeikh Abdul Karim al-Kurshi.

8 - Tashil al-Masalik Bi Syarah Wa Tahzib ‘Umdah al-Salik Wa ‘Umdah al-Nasik. (Muat Turun)

9 - Tanwir al-Masalik Bi Syarh Wa Adillah ‘Umdah al-Salik. (Muat Turun)

10 - Al-Hadiyyah al-Mardiyyah Syarah Wa Adillah al-Muqaddimah al-Hadramiyyah(Muat Turun)

11 - Al-Hawasyi al-Bughawiyyah 'Ala al-Muqaddimah al-Hadramiyyah. (Muat Turun)

10 - Al-Tuhfatul al-Radiyyah Fi Fiqh Saddah al-Malikiyyah (syarah matan al-‘Ashmawiyyah). (Muat Turun)

11 - Nizam al-Islam.



12 - Fiqh al-Mu’amalat.

13 - Buhuth Fi ‘Ulum al-Hadith Wa Nususuhu.

14 - Buhuth Fi al-Fiqh al-Maqarin.

15 - Nuzhatul al-Muttaqin Fi Syarh Riyadh al-Salihin. Ditulis bersama Syeikh Dr Mustafa al-Khan, Syeikh Muhyiddin Misto, Syeikh Dr Ali al-Syarbaji dan Syeikh Muhammad Amin Lutfi. (Muat Turun)

16 - Al-Wafi Fi Syarh al-Arbain an-Nawawiyyah. Ditulis bersama Syeikh Muhyiddin Misto. (Muat Turun)

17 - Ifadah al-Raghibin Bi Syarah Wa Adillah Minhaj al-Talibin. (Muat Turun)

b – Tahqiq (Suntingan dan Semakan):

1 - Matan al-Rahabiyyah Fi ‘Ilm al-Faraid. (Muat Turun)

2 - Mufhamat al-Aqran Fi Mubhamat al-Quran karangan Imam al-Sayuti.

3 - Al-Itqan Fi ‘Ulum al-Quran karya Imam al-Sayuti.

4 - Asbab al-Nuzul karya al-Wahidi al-Naisaburi.

5 - Sahih al-Bukhari.

6 - Sahih Muslim Bi Syarh al-Nawawi.

7 - Mukhtasar Sahih al-Bukhari karya al-Zabidi.

8 - Mukhtasar Sahih Muslim karya al-Munziri.

9 - Mukhtasar Sunan Abu Daud.

10 - Mukhtasar Sunan at-Tirmizi.

11 - Mukhtasar Sunan an-Nasaie.

12. Mukhtasar Sunan Ibnu Majah.

13 - Muqaddimah Ibnu Solah fi Ulum al-Hadith.

14 - Al-Taqrib Ila Kitab al-Targhib Wa al-Tarhib karya Ibnu al-Diri al-Nasiri. Ditahqiq bersama Syeikh Muhammad ‘Isom ‘Arar.

15 – Al-Manhaj al-Qawim Fi Masa’il al-Ta’lim karya Ibnu Hajar al-Haitami. Ditahqiq bersama Dr Mustafa al-Khan, Dr Muhyiddin Misto dan Dr Ali al-Syarbaji.