Nama
Nama beliau ialah Hasan bin Muhammad bin Abbas bin Ali bin
Abdul Wahid bin Abbas al-Masyath al-Manafi al-Quraisyi al-Makki al-Maliki. Nasab
beliau bersambung sehingga Abdul Manaf bin Qusai al-Quraisyi. Beliau bermazhab
Ahli Sunnah wal Jama’ah (Asya’irah & Maturidiyyah) dari segi akidah dan
bermazhab Maliki dari segi fiqh.
Ketika muda |
Tarikh lahir
Beliau dilahirkan pada tahun 3 Syawal 1317H bersamaan 4
Februari 1900M di Makkah al-Mukarramah.
Madrasah Saulatiyyah |
Pendidikan
Sejak kecil beliau telah dihantar oleh bapanya untuk
menghafaz al-Quran di pusat penghafazan al-Quran. Kemudian beliau menyambung
pelajaran di Madrasah Saulatiyyah pada tahun 1329H/1911M sehingga menerima
kebenaran untuk mengajar pada tahun 1336H/1918M. Setelah selesai pembelajaran
di Madrasah Saulatiyyah, beliau berkhidmat pula di madrasah tersebut sebagai
tenaga pengajar. Beliau juga turut menutut ilmu di Masjidil Haram dan mengambil
ilmu dari para ulama yang mengajar di situ.
Guru-guru beliau
1. Bapa beliau, Syeikh Muhammad al-Masyath
2. Syeikh Abdul Rahman Ahmad ad-Dahan
3. Syeikh Hamdan bin Muhammad al-Wanisi al-Jazairi
4. Syeikh Jamal al-Maliki
5. Syeikh Musytaq Ahmad
6. Syeikh Abdul Sattar ad-Dehlawi
7. Syeikh Umar Ba Junaid
8. Syeikh Muhammad Habibullah asy-Syanqiti
9. Syeikh ‘Isa Ruwas
10. Syeikh Abdullah al-Ghazi
11. Syeikh Muhammad Ali bin Hussain al-Maliki
12. Sayyid ‘Idrus bin Salim al-Bar
13. Syeikh Umar Hamdan al-Mahrisi
Syeikh Umar Hamdan al-Mahrisi |
14. Syeikh Abdul Qadir Syalbi
15. Syeikh Muhammad Hasyim al-Futi
16. Syeikh Khalifah an-Nabhani
17. Syeikh Muhammad al-Khidr bin Mayabi al-Jakani
18. Syeikh Muhammad Abdul Baqi al-Ayubi
Tugas-tugas yang disandang oleh beliau
1. Tenaga pengajar di Masjidil Haram
2. Tenaga pengajar di Madrasah Saulatiyyah
3. Mengajar di Masjid Umawi, Damsyik ketika rehlah beliau ke
sana pada tahun 1377H
4. Mengajar di Masjid Hussain, Kaherah pada tahun 1364H
5. Pengerusi Jami’ah Tahfiz al-Quran pada tahun 1391H.
Murid
Beliau telah melahirkan ramai cendekiawan yang terkemuka, di
antaranya:
1. Syeikh Muhammad Yassin al-Fadani
2. Syeikh Ismail Uthman Zain al-Yamani
3. Syeikh Muhammad Alawi al-Maliki
4. Syeikh Abdul Fattah Rawah
5. Syeikh Zakariyya Bila
6. Beliau juga merupakan guru kepada kebanyakan tuan-tuan
guru di Malaysia, Indonesia dan Fatani, seperti:
a. Tuan Guru Haji Salleh Musa, Pondok Sik, Kedah
b. Tuan Guru Haji Hasyim bin Abu Bakar, Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan
c. Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
d. Tuan Guru Haji Abdullah, Pondok Lubuk Tapah
e. Tuan Guru Haji Abdullah Sijang
Penulisan
1. Is’af Ahl al-Iman bi Wazaif Syahri Ramadhan
2. Is’af Ahl al-Islam bi Wazaif al-Hajj illa Bait Allah
al-Haram
3. Al-Bahjah as-Saniyyah Fi Syarh al-Kharidah fi ‘Im
at-Tauhid
4. Nasa’ih Diniyyah wa Wasaya Hammah
5. Inarah ad-Duja fi Maghazi Khairi al-Wara
6. Raf’u al-Istar ‘an Mahya Mukhadirat Thal’ah al-Anwar fi ‘Ilm
Athar an-Nabi al-Mukhtar
7. Ta’liqat Syarifah ‘ala Lubab al-Usul fi Usul al-Fiqh
8. Ath-Thabat a-Kabir
9. Al-Hudu al-Bahi’ah fi al-Qawa’id al-Mantiqiyyah
10. At-Tuhfah as-Saniyyah fi Ahwal al-Warithah al-Arba’iniyyah
11. Al-Taqrirat as-Saniyyah fi Syarh al-Manzumah
al-Baiquniyyah
12. Al-Jawahir ath-Thamaniyyah fi Adillah ‘Alim al-Madaniyyah
13. Al-Irsyad bi Zikr Ba’d Mali Min al-Ijazah wa al-Isnad
14. Bughyah al-Mustarsyidin bi Tarjamah al-Aimmah al-Mujtahidin
Radiyallahu ‘Anhum
15. At-Tarjamah az-Zatiyyah
Kematian
Beliau meninggal dunia pada hari Rabu 7 Syawal 1399H
bersamaan 31 Ogos 1979M dan dikebuikan di Perkuburan al-Ma’lah, Mekkah al-Mukarramah.