Jumaat, 15 Ogos 2014

Peringkat Pembelajaran Akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah Menurut Manhaj al-Asya’irah

1. Peringkat Pertama:

Mempelajari  matan-matan ilmu akidah dan syarahnya :

a. Matan Akidah al-Awam karya Syeikh Ahmad al-Marzuki (m. 1262H) dan syarahnya yang terbaik ialah kitab Nur az-Zolam Syarah Akidah al-Awam karya Syeikh Muhammad al-Nawawi al-Bantani (m. 1316H). (Muat Turun)

b. Matan Umm al-Barahain yang juga dikenali sebagai  matan al-Sanusiyyah dan al-‘Aqidah al-Sughra karya Imam al-Sanusi (m. 895H) dan antara kitab yang terbaik yang mensyarahkan matan Umm al-Barahain ialah kitab Tahzib Syarah al-Sanusiyyah karya Syeikh Sa’id Fudah yang menghimpunkan syarahan ulama-ulama terdahulu ke atas Umm al-Barahin seperti syarahan Imam al-Baijuri, Syeikh al-Makki al-Bitawari, Syeikh Ahmad bin Isa al-Ansari, Syeikh Ibrahim bin Ahmad al-Marghini dan daripada syarah al-Sowi ke atas Jauharah al-Tauhid. (Muat Turun)

c. Matan al-Kharidah al-Bahiyyah dan syarahnya, kedua-duanya ialah hasil karya Imam Ahmad al-Dardir (m. 1201H). (Muat Turun)

Syeikh Sa’id Fudah ada meringkaskan syarah Imam al-Dardir dengan membuang perbahasan yang tidak berkaitan dengan akidah. Setelah itu beliau menulis hashiyyah untuk ringkasan tersebut. (Muat Turun)

d. Matan Jauharah al-Tauhid karya Imam Ibrahim al-Laqqani (m. 1041H) dan antara syarah terbaik untuk Jauharah al-Tauhid:

i) Syarah Imam Ibrahim al-Laqqani sendiri bertajuk 'Umdah al-Murid Syarah Jauharah al-Tauhid. (Muat Turun)

ii) Syarah anak pengarang, Syeikh Abdul Salam bin Ibrahim al-Laqqani (m. 1078H) yang bertajuk  Ithaf al-Murid Syarah Jauharah al-Tauhid berserta hashiyyah yang dikarang oleh al-Amir (m. 1232H). (Muat Turun)

iii) Tuhfah al-Murid ‘Ala Jauharah at-Tauhid karya Imam al-Bajuri (m. 1277H). (Muat Turun)

iii) Syarahan ulama moden yang mudah difahami yang dikarang oleh Syeikh Dr Nuh Ali Salman al-Qudhah (m. 2010M) bertajuk al-Mukhtasar al-Mufid Fi Syarah Jauharah al-Tauhid. (Muat Turun)

Kitab ini sudah diterjemahkan ke bahasa Melayu.

e. Matan Akidah at-Tahawiyyah karya Imam Abu Ja’far at-Tahawi (m. 321H) dan kitab syarahnya yang terbaik ialah al-Syarh al-Kabir 'ala al-Aqidah at-Tahawiyyah karangan Syeikh Sa’id Fudah. (Muat Turun)

f. Matan akidah yang dikarang pada masa kini yang terbaik ialah matan Akidah al-Khatib karya Syeikh Muhammad Khalil al-Khatib (m. 1986H) dan beliau turut mengarang sebuah kitab yang mensyarahkan Matan Akidah al-Khatib yang dinamakan sebagai al-Junnah. (Muat Turun)

2. Peringkat Kedua

a. Mempelajari kitab-kitab karya Imam al-Ghazzali (m. 505H) seperti:

i. Al-Iqtisad fi al-I’tiqad (Muat Turun)

Kitab ini sudah diterjemahkan ke bahasa Melayu.

ii. Iljam al-Awwam ‘an Ilm al-Kalam (Muat Turun)

Kitab ini sudah diterjemahkan ke bahasa Melayu.

iii. Al-Arba’in fi Usul ad-Din (Muat Turun)

Kitab ini sudah diterjemahkan ke bahasa Melayu.

b. Mempelajari matan Aqidah al-Nasafiyyah karya Imam Abu Hafs al-Nasafi (m. 537H) dan syarahnya karya Imam al-Taftazani (m. 792H). (Muat Turun)

Kitab ini sudah diterjemahkan ke bahasa Melayu.

c. Kitab Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah karya Syeikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti (m. 2013M). (Muat Turun)

Kitab ini sudah diterjemahkan ke bahasa Melayu.


d. Kitab al-Aqidah al-Islamiyyah wa Asasuha karya Syeikh Abdul Rahman Hasan Habannakah (m. 2004M). (Muat Turun)

e. Kitab al-Aqidah al-Islamiyyah wa Mazahibuha karya Prof Dr Qahthan ad-Dauri. (Muat Turun)

3. Peringkat Ketiga:

Mempelajari kitab-kitab karangan Imam Abu Hasan al-Asy’ari (m. 324H), Imam Fakhruddin al-Razi (m. 606H), Imam al-Haramain al-Juwaini (m. 478H) dan para imam besar yang lain.

4. Peringkat Keempat:

Mempelajari kitab yang mempertahakan al-Aya’irah seperti:

i) Bara’ah al-Asy’ariyyin ‘an Aqaid al-Mukhallafin karya Syeikh Muhammad al-‘Arabi al-Tabani (m. 1970M). (Muat Turun)

ii) Kitab-kitab yang ditahqiq oleh Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari (m. 1952M).

Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari

iii) Kitab-kitab karangan Syeikh Dr Sa’id Fudah.

Syeikh Sa'id Fudah

iv) Kitab-kitab yang ditahqiq oleh Syeikh Dr Taha Hibisyi al-Dasuqi (m. 2020M).

Syeikh Dr Taha Hibisyi al-Dasuqi

v) Kitab al-Qaul al-Tamm Bi Ithbat al-Tafwid Mazhaban Li Salaf al-Kiram karya Syeikh Saif al-‘Asri. (Muat Turun)



vi) Kitab Tanzih Al-Haqq Al-Ma'bud 'An Al-Hayyiz Wa Al-Hudud karya Syeikh Abdul Aziz Abdul Jabbar al-Hadiri. (Muat Turun)

vii) Kitab-kitab karya Syeikh Muhammad Alawi al-Maliki (m. 2004M).

Syeikh Muhammad 'Alawi al-Maliki

Hendaklah seseorang yang mengikuti manhaj al-Asy’ari membaca kitab Tabyin Kazib al-Muftari Fi Ma  Nusiba ‘Ila al-Imam Abu Hasan al-Asy’ari karangan Imam Ibnu ‘Asakir (m. 571H) dan ia merupakan kitab yang sangat-sangat penting. (Muat Turun)

Maka inilah senarai kitab-kitab yang penting yang harus dipelajari dan ditekuni oleh seseorang yang ingin mempelajari akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah.