لا تصلوا عليّ الصلاة البتراء، قالوا: وما الصلاة
البتراء يا رسول الله؟ قال: لا تقولوا: اللهمّ صل على محمد وتمسكوا، بل قولوا:
اللهمّ صل على محمد وآل محمد.
Menurut al-Hafiz al-Sakhawi dalam al-Qaul al-Badi’ (hlm.
121, terbitan: Muassasah al-Rayyan), beliau tidak menemui sanad baginya. Begitu
juga yang disebutkan oleh Syeikh Nabil al-Ghamri dalam tahqiq beliau ke
atas kitab Syaraf al-Mustafa.
Apabila seorang ahli hadis bertaraf al-Hafiz berkata bahawa dia
tidak menemui sanad bagi sesuatu hadis itu maka sudah memadai untuk dinafikan
kewujudan hadis tersebut. Ini sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-Hafiz
al-Sayuthi dalam Tadrib al-Rawi:
“Jika seorang al-Hafiz al-Mutthali’ (yang luas telaahnya),
al-Naqid (pakar hadis) berkata pada sesuatu hadis ‘aku tidak mengetahuinya’
dipegang pada perkataanya pada menafikannya (yakni dinafikan kewujudan hadis
tersebut), sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh al-Islam (al-Hafiz Ibnu Hajar).”
Oleh itu tidak boleh dinisbahkan ucapan ini kepada Rasulullah sallahu
‘alaihi wasallam.
Walaupun hadis ini tiada asal baginya, tidaklah dinafikan kepentingan berselawat ke atas keluarga Nabi sallahu ‘alaihi wasallam berdasarkan sighah selawat Ibrahimiyyah yang diajarkan oleh Nabi sallahu ‘alaihi wasallam yang turut menyebut selawat ke atas keluarga baginda.