Syeikh
Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari رحمه الله ditanya tentang adakah Khidr dan Ilyas عليهما السلام telah wafat ataupun mereka berdua masih hidup? Wujudkah hadis yang
mensabitkan perkara tersebut?
Beliau
menjawab:
- Perkara
tersebut ada khilaf di kalangan ulama.
- Berkenaan
Khidir, al-Bukhari dan sekumpulan daripada ahli hadis berpendapat bahawa
baginda telah wafat. Manakala sekumpulan ulama dan ahli sufi berpendapat bahawa
baginda masih hidup.
-
Sekumpulan ahli sufi menyebutkan bahawa mereka pernah bertemu dengan baginda
dan mengambil ilmu daripadanya.
- Imam
al-Sya’rani mempunyai sebuah kitab yang berjudul al-Mizan al-Khidiriyyah
yang mana beliau menyebutkan di dalam kitab tersebut bahawa beliau bertemu
dengan Khidir dan menanyakan kepada baginda tentang khilaf mazhab empat dan
punca kepada khilaf tersebut. Khidir menjawab persoalan tersebut lalu dimuatkan
jawapannya itu dalam kitab tersebut.
- Sahih
juga kisah Umar bin Abdul Aziz melihat dan bertemu dengan Khidir. Khidir
memberi berita gembira kepada beliau bahawa beliau akan menjadi khalifah.
- Adapun
berkenaan Iylas, maka berlaku juga khilaf. Sa’ad al-Taftazani dalam Syarah
al-‘Aqaid al-Nasafiyyah berkata:
“Sekumpulan besar di kalangan ulama
berpendapat bahawa terdapat empat orang nabi yang masih hidup: Khidir dan Iylas
berada di bumi manakala Isa dan Idris berada di langit.”
- Terdapat
beberapa hadis yang warid berkenaan hidupnya Khidir dan Ilyas, tetapi ianya
tidak sahih, bahkan semuanya sangat lemah ataupun palsu.
Sumber:
Mausu’ah
al-Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari, jil. 16, hlm.120-121.