Rasulullah bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَصُومُ
وَيَقُولُ عِنْدَ إِفْطَارِهِ:
يَا عَظِيمُ يَا عَظِيمُ يَا
عَظِيمُ، أَنْتَ إِلٰهِي، لَا إِلٰهَ غَيْرُكَ، ٱغْفِرْ لِي ٱلذَّنْبَ ٱلْعَظِيمَ،
فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ ٱلذَّنْبَ ٱلْعَظِيمَ
إِلَّا ٱلْعَظِيمَ،
إِلَّا خَرَجَ مِنْ
ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ. وَقَالَ رَسُولُ ٱللّٰهِ ﷺ: عَلِّمُوهَا
عَقِبَكُمْ فَإِنَّهَا كَلِمَةٌ يُحِبُّهَا ٱللّٰهِ وَرَسُولُهُ وَيُصْلِحُ بِهَا
أَمْرَ ٱلدُّنْيَا وَٱلْآخِرَةِ.
“Tidaklah
seorang Muslim yang berpuasa dan membaca ketika berbuka puasa:
Wahai
Tuhan Yang Maha Besar! Wahai Tuhan Yang Maha Besar! Wahai Tuhan Yang Maha
Besar! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Ampunkanlah dosaku yang
besar. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa besar melainkan Tuhan
Yang Maha Besar,
melainkan
keluar dari dosa-dosanya seperti hari
dia dilahirkan oleh ibunya.
Sabda
Rasulullah ﷺ: “Ajarkanlah anak-anak kamu
kerana ia merupakan kalimah yang disukai oleh Allah dan RasulNya dan akan
membaikkan urusan dunia dan akhirat.”
Ulasan:
Hadis ini
disebutkan oleh Facebook MasyyakhahTarekat Ahmadiah Idrisiah Asia.
Hadis ini
telah diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq (54/238) daripada
hadis Anas bin Malik.
“Sangat
pelik (syaz bi marrah) dan dalam sanadnya ada perawi-perawi yang majhul.”
Al-Hafiz
al-Suyuti memuatkan hadis ini dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau
bertajuk Zail al-Laali al-Masnu’ah (no. 882) dan beliau membawakan
komentar Ibnu ‘Asakir.
Ibnu ‘Arraq
juga turut memuatkan hadis ini dalam kitab Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah
dan komen beliau:
“Dalam
sanadnya ada ‘Amru bin Jumai’ (عَمْرو بن
جُمَيْع) dan
perawi-perawi yang tidak dikenali.”
Amru bin
Jumai’ ini menurut Yahya bin Ma’in: “Seorang penipu yang buruk.” Kata
Ibnu Ma’in lagi: “Tidak boleh dipercayai.” Ibnu ‘Adi berkata: “Dituduh
memalsukan hadis.” Al-Nasa’i berkata: “Ditinggalkan hadisnya (matruk
al-hadith).” Al-Hakim berkata: “Dia meriwayatkan hadis-hadis palsu
daripada Hisyam bin ‘Urwah dan selainnya.” Al-Khatib al-Baghdadi berkata: “Dia
meriwayatkan hadis-hadis munkar daripada perawi-perawi yang masyhur dan
hadis-hadis palsu daripada perawi-perawi yang mantap.”
Selain itu,
menurut pentahqiq kitab Zail al-Laali al-Masnu’ah dalam sanadnya ada
beberapa orang lagi perawi yang bermasalah. Pertama, Ali bin Abi Talib
al-Basri. Menurut Yahya bin Ma’in, dia tiada nilai (ليس بشيء).
Kedua, Aban bin Abi ‘Ayash yang merupakan perawi yang matruk.
Kesimpulannya,
hadis ini adalah hadis yang palsu dan tidak halal untuk disebarkan.