Kelahiran
Syeikh Dr Nuruddin ‘Itr dilahirkan di Halab, Syria pada tahun 28 April 1937 dalam keluarga yang kuat berpegang dengan agama. Bapanya selalu membawa beliau menghadiri pengajian para ulama.
Pengajian
Beliau menyelesaikan pengajian peringkat menegah di Halab pada tahun 1954M, kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti al-Azhar. Beliau kemudiannya menjadi guru Pendidikan Islam di Halab pada tahun 1958M. Seterusnya, beliau menyambung pengajian di peringkat kedoktoran (PhD) di Kuliah Usuluddin, pengkhususan dalam bidang tafsir dan hadith di Universiti al-Azhar pada tahun 1964M.
Guru-Guru
Antara guru-guru beliau ialah Syeikh Muhammad Raghib al-Thabbakh, Syeikh Muhammad Najib Sirajuddin, Syeikh Abdullah Sirajuddin, Syeikh Abdul Wahab Abdul Lathif, Syeikh Muhammad Muhammad al-Samahi, Syeikh Muhammad Abu Syahbah dan Syeikh Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid. Manakala guru ijazah beliau pula ialah Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, Syeikh Muhammad ‘Alawi al-Maliki, Syeikh Habiburrahman al-A’zhami, Syeikh Muhammad al-Makki al-Kattani dan lain-lain.
Pekerjaan
Beliau pernah bertugas sebagai ketua bahagian Ulum al-Quran dan as-Sunnah di Kuliah Syariah di Universiti Damsyik dan Professor bidang Hadith dan Ulum Hadith di beberapa buah universiti yang lain.
Hasil Karya
Beliau juga telah menulis lebih daripada 50 buah buku dan banyak buku beliau dijadikan sebagai silibus pengajian di beberapa buah universiti, antaranya:
1 - Manhaj Al-Naqd Fi 'Ulum Al-Hadith.
2 - I'lam al-Anam Syarah Bulugh al-Maram Min Ahadith al-Ahkam.
3 - Lamahat Mujazah Fi Usul 'Ilal al-Hadith.
4 - Usul al-Jarh Wa al-Ta'dil Wa 'Ilm al-Rijal.
5 - Manahij al-Muhaddithin al-'Ammah Fi al-Riwayah Wa al-Tasnif.
6 - Al-Imam al-Termizi Wa al-Muwazanah Baina Jami'ihi Wa Baina al-Sahihain (Tesis PhD beliau).
7 - Dirasat Tathbiqiyyah Fi al-Hadith al-Nabawi.
8 - Al-Hajj Wa al-Umrah Fi al-Fiqh al-Islami.
9 - Muhadharat Fi Tafsir al-Quran al-Karim.
10 - Ulum al-Quran al-Karim.
11 - Al-Quran al-Karim Wa al-Dirasat al-Adabiyyah.
12 - Al-Mu'amalat al-Masrafiyyah wa al-Ribawiyyah wa 'Ilajuha fi al-Islam.
13 - Abghd al-Halal.
14 - Hadyu al-Nabi Muhammad fi al-Solawat al-Khassah.
15 - Maza 'an al-Mar'ah.
16 - Fikr al-Muslim Wa Tahdiyat al-Alf al-Thalithah.
Hasil Tahqiq
Beliau juga ada menyemak dan menyunting beberapa buah kitab, antaranya:
1 – Muqaddimah Ibnu al-Solah.
2 – Nuzhah Al-Nazar Fi Taudih Nukhbah Al-Fikar karangan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani.
2 – Al-Rihlah Fi Thalab al-Hadith karangan al-Khatib al-Baghdadi.
3 – Syarah 'Ilal Al-Termizi karangan Ibnu Rejab al-Hanbali.
4 – Al-Mughni Fi al-Dhu’afa’ karangan al-Hafiz al-Zahabi.
5 – Irsyad Thulab al-Haqaiq Fi Ma'rifah Sunan Khair al-Khalaiq karangan Imam al-Nawawi.
Meninggal Dunia
Beliau meninggal dunia pada 23 September 2020 ketika berusia 83 tahun. Semoga Allah merahmati beliau atas jasa beliau terhadap ilmu, khususnya ilmu hadis. Amin.