Ahad, 12 Januari 2014

Imam al-Baihaqi



*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.

Beliau adalah Abu Bakar Ahmad bin al-Husain bin ‘Ali bin Musa al-Khasrujardi al-Baihaqi. Beliau dilahirkan pada bulan Sya’ban, tahun 384 H. Beliau memiliki banyak karya tulisan, ulama yang terkemuka di zamannya dan al-Hafiz di masanya. Beliau merupakan salah seorang murid senior Imam Abu Abdillah al-Hakim al-Naisaburi.

Beliau merupakan seorang imam yang menguasai mazhab asy-Syafie. Berkemungkinan sebab kecenderungannya kepada mazhab asy-Syafie kerana terkesan dengan gurunya iaitu Imam Abu Abdillah al-Hakim al-Naisaburi. Di samping itu, mazhab asy-Syafie  turut memiliki hujah-hujah yang kukuh. Hal ini dikatakan oleh Imam al-Baihaqi dalam kitabnya, Ma’rifat as-Sunan Wa al-Atsar:

 “Lalu aku mendapati Imam asy-Syafie adalah orang yang paling mengikuti sunnah daripada mereka (para ulama yang lain), paling kuat hujjahnya dan paling shahih qiyasnya…”

Di antara ulama yang beliau mengambil ilmu dalam mazhab asy-Syafi’i adalah Abu al-Fath, Nashir bin Muhammad al-‘Umari al-Mirwazi dan ulama-ulam lain.

Imam al-Baihaqi adalah seorang ulama' hadith yang sangat kuat mempertahankan aqidah ahlus sunnah wal jamaah dengan manhaj Imam al-Asy'ari. Beliau adalah antara para ulama' asya'irah peringkat ketiga sebagaimana yang disebutkan oleh al-Hafiz Ibn ‘Asakir dalam Tabyiin Kizb Al-Muftari.

Beliau mendalami ilmu tauhid dengan manhaj Asy'ari daripada dua guru utama beliau iaitu:

Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim al-Isfarayini (w. 418 H)
Imam Abu Bakr bin Furak al-Asbahani asy-Syafie (w. 406 H)

Imam Abu Bakr bin Furak dan Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad al-Isfarayini pula berguru dengan Imam Abu Al-Hasan al-Bahili, murid kepada Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari.

Imam Al-Baihaqi r.a. juga seorang ulama' yang rapat dengan para ulama' sufi. Antara sahabat beliau adalah Imam al-Qusyairi, seorang ulama' sufi bermazhab Al-Asy'ari dalam aqidah, yang sama-sama belajar ilmu tauhid daripada Imam Abu Bakr bin Furak dan Imam Abu Ishaq al-Isfarayini. Imam al-Baihaqi  juga berguru dengan seorang ulama' sufi bernama Imam Abu Ali ar-Ruzbari as-Sufi.



Guru-guru beliau

1.         Abu al-Hasan, Muhammad bin al-Husain al-‘Alawi.

2.         Abu Thahir, Muhammad bin Muhammad bin Mahmasy az-Ziyadi.

3.         Abu Abdillah al-Hakim al-Naisaburi.

4.         Abu Abdirrahman as-Sullami.

5.         Abu Bakar bin Faurik.

6.         Abu ‘Ali ar-Rudzbari.

7.         Abu Bakar al-Hiri.

8.         Ishaq bin Muhammad bin Yusuf as-Susi.

9.         Ali bin Muhammad bin Ali as-Saqqa’.

10.       Abu Zakaria al-Muzakki.

11.       Abu al-Husain bin Bisyran.

12.       Abdullah bin Yahya as-Sukkari.

13.       Abu al-Husain al-Qaththan.

14.       Abu Abdillah bin Nazhif.

15.       Al-Hasan bin Ahmad bin Firas

Murid-murid beliau

Imam al-Baihaqi juga memiliki ramai murid, di antaranya:

1.         Abu al-Hasan

2.         Ubaidullah bin Muhammad bin Abu Bakar

3.         Abu Abdillah al-Farawi

4.         Zahir bin Thahir asy-Syahhami

5.         Abdul al-Jabbar bin Muhammad al-Hiwari

6.         Abdul Hamid bin Muhammad

7.         Abu al-Ma’ali, Muhammad bin Isma’il al-Farisi

8.         Abdul Jabbar bin Abdul Wahhab ad-Dahhan

Karya-Karyanya

Di antara buku-bukunya itu adalah:

1.         Manaqib asy-Syafi’i

Kitab Manaqib al-Syafi'e


















2.         Manaqib Ahmad. Dalam satu jilid.

3.         Kitab al-Madkhal Ila as-Sunan al-Kabir.

4.         Kitab al-Ba’ts wa an-Nusyur

5.         Kitab az-Zuhd al-Kabir

6.         Kitab al-I’tiqad

7.         Kitab ad-Da’awat al-Kabir.

8.         Kitab ad-Da’awat ash-Shaghir.

9.         Kitab al-Asra.

10.       Al-Qira’ah Khalf al-Imam.

11.       Kitab at-Targhib wa at-Tarhib.

12.       Kitab al-Adab.

13.       Kitab al-Isra’.

14.       Kitab al-Khilafiyyat.

15.       Kitab al-Arba’in.

16.       Sunan al-Kubra.

Kitab Sunan al-Kubra


















17.       Syu’ab al-Iman.

Kitab Syu'ab al-Iman



















18.       Dalail an-Nubuwwah

Kitab Dalail an-Nubuwwah


















19.       Al-Asma wa al-Sifat

Kitab al-Asma' wa al-Sifat


















V. Pujian Para Ulama Terhadapnya

1.         Imam al-Haramain al-Juwaini terkenal dengan ucapannya yang masyhur, “Tidak ada seorang pun yang bermazhab asy-Syafie melainkan terhutang budi kepada Imam asy-Syafie kecuali Abu Bakar al-Baihaqi, sebab Imam asy-Syafielah yang terhutang budi kepadanya.”

2.         Imam adz-Dzahabi berkata, “Sesungguhnya Imam al-Baihaqi adalah orang pertama yang mengumpulkan seluruh teks-teks Imam asy-Syafie.”

3.         Imam Abdul Ghafir berkata, “Beliau mengikuti cara para ulama, merasa cukup dengan perkara yang sedikit di dunia, menghiasi diri dengan kezuhudan dan kewarakannya.”

4.         Imam Adz-Dzahabi berkata, “Ilmunya diberkati karena niatnya yang baik, pemahaman dan hafalannya kuat. Beliau menulis buku-buku yang belum pernah dikupas oleh orang sebelumnya.”

5.         Ibn Nashir ad-Din berkata, “Beliau merupakan orang unggul di zamannya, dan unggul di kalangan sahabat-sahabatnya dari segi hafalan, ketekunan dan keterpercayaan.

6.         Imam as-Subki berkata, “Imam al-Baihaqi merupakan salah seorang imam kaum Muslimin, penuntun mereka, penyeru kepada tali Allah yang kuat, ahli fiqih yang mulia, hafiz besar, ahli ushul, ahli nahu, ahli zuhud, wara’, ahli ibadah kepada Allah, pembela mazhabnya baik secara ushul maupun furu’nya dan salah satu ‘gunung’ ilmu. Beliau mengambil ilmu fiqh dari Nashir al-‘Umari, membaca tentang ilmu kalam berdasarkan mazhab al-Asy’ari, kemudian sibuk dengan aktiviti mengarang setelah menjadi salah satu orang nombor satu di masanya, satria di medannya, ahli hadits yang hebat, memiliki akal yang tajam, pemahaman yang cepat dan memiliki sifat yang baik.”

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia pada  10 Jumadil Awal, tahun 458 H.