*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.
Beliau adalah Abu Bakar Ahmad bin al-Husain bin ‘Ali bin Musa
al-Khasrujardi al-Baihaqi. Beliau dilahirkan pada bulan Sya’ban, tahun 384 H.
Beliau memiliki banyak karya tulisan, ulama yang terkemuka di zamannya dan
al-Hafiz di masanya. Beliau merupakan salah seorang murid senior Imam Abu
Abdillah al-Hakim al-Naisaburi.
Beliau merupakan seorang imam yang menguasai mazhab asy-Syafie.
Berkemungkinan sebab kecenderungannya kepada mazhab asy-Syafie kerana terkesan
dengan gurunya iaitu Imam Abu Abdillah al-Hakim al-Naisaburi. Di samping itu,
mazhab asy-Syafie turut memiliki
hujah-hujah yang kukuh. Hal ini dikatakan oleh Imam al-Baihaqi dalam kitabnya, Ma’rifat
as-Sunan Wa al-Atsar:
“Lalu aku mendapati Imam
asy-Syafie adalah orang yang paling mengikuti sunnah daripada mereka (para
ulama yang lain), paling kuat hujjahnya dan paling shahih qiyasnya…”
Di antara ulama yang beliau mengambil ilmu dalam mazhab asy-Syafi’i adalah Abu al-Fath, Nashir bin Muhammad al-‘Umari al-Mirwazi dan ulama-ulam lain.
Di antara ulama yang beliau mengambil ilmu dalam mazhab asy-Syafi’i adalah Abu al-Fath, Nashir bin Muhammad al-‘Umari al-Mirwazi dan ulama-ulam lain.
Imam al-Baihaqi adalah seorang ulama' hadith yang sangat kuat
mempertahankan aqidah ahlus sunnah wal jamaah dengan manhaj Imam al-Asy'ari. Beliau
adalah antara para ulama' asya'irah peringkat ketiga sebagaimana yang
disebutkan oleh al-Hafiz Ibn ‘Asakir dalam Tabyiin Kizb Al-Muftari.
Beliau mendalami ilmu tauhid dengan manhaj Asy'ari daripada dua guru
utama beliau iaitu:
Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim al-Isfarayini (w.
418 H)
Imam Abu Bakr bin Furak al-Asbahani asy-Syafie (w. 406 H)
Imam Abu Bakr bin Furak dan Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad al-Isfarayini
pula berguru dengan Imam Abu Al-Hasan al-Bahili, murid kepada Imam Abu al-Hasan
al-Asy'ari.
Imam Al-Baihaqi r.a. juga seorang ulama' yang rapat dengan para
ulama' sufi. Antara sahabat beliau adalah Imam al-Qusyairi, seorang ulama' sufi
bermazhab Al-Asy'ari dalam aqidah, yang sama-sama belajar ilmu tauhid daripada Imam
Abu Bakr bin Furak dan Imam Abu Ishaq al-Isfarayini. Imam al-Baihaqi juga berguru dengan seorang ulama' sufi bernama
Imam Abu Ali ar-Ruzbari as-Sufi.
Guru-guru beliau
1. Abu al-Hasan,
Muhammad bin al-Husain al-‘Alawi.
2. Abu Thahir, Muhammad
bin Muhammad bin Mahmasy az-Ziyadi.
3. Abu Abdillah
al-Hakim al-Naisaburi.
4. Abu Abdirrahman
as-Sullami.
5. Abu Bakar bin
Faurik.
6. Abu ‘Ali ar-Rudzbari.
7. Abu Bakar al-Hiri.
8. Ishaq bin Muhammad
bin Yusuf as-Susi.
9. Ali bin Muhammad bin
Ali as-Saqqa’.
10. Abu Zakaria
al-Muzakki.
11. Abu al-Husain bin
Bisyran.
12. Abdullah bin Yahya
as-Sukkari.
13. Abu al-Husain
al-Qaththan.
14. Abu Abdillah bin
Nazhif.
15. Al-Hasan bin Ahmad
bin Firas
Murid-murid beliau
Imam al-Baihaqi juga memiliki ramai murid, di antaranya:
1. Abu al-Hasan
2. Ubaidullah bin
Muhammad bin Abu Bakar
3. Abu Abdillah
al-Farawi
4. Zahir bin Thahir
asy-Syahhami
5. Abdul al-Jabbar bin Muhammad al-Hiwari
6. Abdul Hamid bin
Muhammad
7. Abu al-Ma’ali,
Muhammad bin Isma’il al-Farisi
8. Abdul Jabbar bin
Abdul Wahhab ad-Dahhan
Karya-Karyanya
Di antara buku-bukunya itu adalah:
1. Manaqib asy-Syafi’i
Kitab Manaqib al-Syafi'e |
2. Manaqib Ahmad. Dalam satu jilid.
3. Kitab al-Madkhal Ila
as-Sunan al-Kabir.
4. Kitab al-Ba’ts wa
an-Nusyur
5. Kitab az-Zuhd al-Kabir
6. Kitab al-I’tiqad
7. Kitab ad-Da’awat
al-Kabir.
8. Kitab ad-Da’awat
ash-Shaghir.
9. Kitab al-Asra.
10. Al-Qira’ah Khalf
al-Imam.
11. Kitab at-Targhib wa
at-Tarhib.
12. Kitab al-Adab.
13. Kitab al-Isra’.
14. Kitab al-Khilafiyyat.
15. Kitab al-Arba’in.
16. Sunan al-Kubra.
Kitab Sunan al-Kubra |
17. Syu’ab al-Iman.
Kitab Syu'ab al-Iman |
18. Dalail an-Nubuwwah
Kitab Dalail an-Nubuwwah |
1. Imam al-Haramain
al-Juwaini terkenal dengan ucapannya yang masyhur, “Tidak ada seorang pun
yang bermazhab asy-Syafie melainkan terhutang budi kepada Imam asy-Syafie
kecuali Abu Bakar al-Baihaqi, sebab Imam asy-Syafielah yang terhutang budi
kepadanya.”
2. Imam adz-Dzahabi
berkata, “Sesungguhnya Imam al-Baihaqi adalah orang pertama yang
mengumpulkan seluruh teks-teks Imam asy-Syafie.”
3. Imam Abdul Ghafir
berkata, “Beliau mengikuti cara para ulama, merasa cukup dengan perkara yang
sedikit di dunia, menghiasi diri dengan kezuhudan dan kewarakannya.”
4. Imam Adz-Dzahabi
berkata, “Ilmunya diberkati karena niatnya yang baik, pemahaman dan
hafalannya kuat. Beliau menulis buku-buku yang belum pernah dikupas oleh orang
sebelumnya.”
5. Ibn Nashir ad-Din
berkata, “Beliau merupakan orang unggul di zamannya, dan unggul di kalangan
sahabat-sahabatnya dari segi hafalan, ketekunan dan keterpercayaan.
6. Imam as-Subki berkata, “Imam al-Baihaqi merupakan salah seorang imam kaum Muslimin, penuntun mereka, penyeru kepada tali Allah yang kuat, ahli fiqih yang mulia, hafiz besar, ahli ushul, ahli nahu, ahli zuhud, wara’, ahli ibadah kepada Allah, pembela mazhabnya baik secara ushul maupun furu’nya dan salah satu ‘gunung’ ilmu. Beliau mengambil ilmu fiqh dari Nashir al-‘Umari, membaca tentang ilmu kalam berdasarkan mazhab al-Asy’ari, kemudian sibuk dengan aktiviti mengarang setelah menjadi salah satu orang nombor satu di masanya, satria di medannya, ahli hadits yang hebat, memiliki akal yang tajam, pemahaman yang cepat dan memiliki sifat yang baik.”
Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia pada
10 Jumadil Awal, tahun 458 H.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan