من أَكَلَ مَا يَسْقُطُ
مِنَ الْمَائِدَةِ خرج وَلَده صباح الْوُجُوه وَنفي عَنهُ الْفقر.
"Sesiapa
yang makan apa yang jatuh daripada makanannya, dia akan mendapat anak yang
cantik rupanya dan dia akan terhindar daripada kefakiran."
Diriwayatkan
oleh al-Dailami daripada hadis Ibnu 'Abbas.
Kata Ibnu
'Arraq dalam Tanzih al-Syari'ah al-Marfu'ah:
"Dalam
sanadnya ada Yusuf bin Abi Yusuf al-Qadhi, majhul."
Al-Khatib
al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas
dengan lafaz yang berbeza:
مَنْ أَكَلَ مِمَّا
يَسْقُطُ مِنَ الْخُوَانِ نُفِيَ عَنْهُ الْفَقْرُ وَنُفِيَ عَنْ وَلَدِهِ
الْحُمْقُ.
"Sesiapa
yang makan apa yang terjatuh daripada meja maka dihindari daripadanya kefakiran
dan dihindari daripada anaknya kebodohan."
Dalam
sanadnya terdapat Abdul Somad bin Musa al-Hasyimi.
Kata
al-Khatib al-Baghdadi:
"Mereka
(ahli hadis) mendaifkannya."
Kata
al-Zahabi dalam al-Mizan:
"Dia
meriwayatkan hadis-hadis mungkar."
Dalam
sanadnya juga terdapat perawi-perawi yang majhul.”
Dr Basyar
'Awwad Ma'ruf, pentahqiq Tarikh Baghdad cenderung
mengatakan ia palsu. Komennya:
"Sanadnya
daif dan matannya mungkar. Tanda kepalsuannya jelas padanya."
Riwayat
yang lain:
من أكل ما يسقطُ منَ
الخوانِ والقصعةِ أمِنَ منَ الفقرِ والمرضِ والجذامِ وصرِفَ عن ولدِه الحمقَ.
“Sesiapa
yang makan apa yang terjatuh daripada meja makan dan mangkuknya, maka dia aman
daripada kefakiran, penyakit, kusta dan anaknya akan terhindar daripada
kebodohan.”
Diriwayatkan
oleh Abu al-Syeikh dalam al-Thawab daripada hadis Jabir.
Dalam
sanadnya terdapat Ismail bin 'Ayyash. Riwayatnya daripada selain ahli Syam
bercampur baur, dan ini adalah salah satu daripadanya.
Menurut
al-Hafiz al-'Iraqi hadis ini sangat mungkar.
Al-Hafiz
al-Sakhawi membawakan beberapa riwayat lagi dalam kitab al-Maqasid al-Hasanah, menurutnya kesemuanya
adalah mungkar.
Menurut
beliau lagi dalam al-Ajwibah al-Mardiah, hadis-hadis seperti ini
diriwayatkan daripada Anas, Jabir, Ibnu 'Abbas dan Abu Hurairah dan riwayat-riwayat
ini tidak sunyi daripada kritikan.
Cukuplah
hadis di bawah ini menggantikan hadis-hadis di atas:
Diriwayatkan
oleh Muslim dalam Sahihnya daripada Jabir:
إِذَا وَقَعَتْ لُقْمَةُ
أَحَدِكُمْ فَلْيَأْخُذْهَا، فَلْيُمِطْ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى
وَلْيَأْكُلْهَا، وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ، وَلَا يَمْسَحْ يَدَهُ
بِالْمِنْدِيلِ حَتَّى يَلْعَقَ أَصَابِعَهُ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي فِي أَيِّ
طَعَامِهِ الْبَرَكَةُ.
“Jika makanan salah seorang daripada kamu terjatuh maka ambillah. Buanglah bahagian yang kotor lalu makanlah dan jangan biarkannya untuk syaitan. Janganlah disapu tangannya dengan sapu tangan melainkan dia telah menjilat jari-jarinya )terlebih dahulu( kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui di bahagian manakah pada makanannya yang mempunyai keberkatan.”