Khamis, 22 November 2018
Syeikh Isma’il al-Hamidi: Pengarang Hashiyyah al-Hamidi
Rabu, 21 November 2018
Syeikh Sulaiman al-Bujairimi: Pengarang Hashiyyah al-Bujairimi
Selasa, 20 November 2018
Sahabat Nabi: Dihyah al-Kalbi
Ahad, 4 November 2018
Hadis Palsu: Orang Bernama Ahmad Dan Muhammad Tidak Masuk Neraka
يُوقَفُ عَبْدَانِ بَيْنَ
يَدَيِ اللَّهِ تَعَالَى فَيَأْمُرُ بِهِمَا إِلَى الْجَنَّةِ فَيَقُولانِ
رَبَّنَا بِمَ نَسْتَأْهِلُ الْجَنَّةَ وَلَمْ نَعْمَلْ عَمَلا تُجَازِينَا بِهِ،
فَيَقُولُ لَهُمَا عَبْدَيَّ ادْخُلا الْجَنَّةَ فَإِنِّي آلَيْتُ عَلَى نَفْسِي أَنْ
لَا يَدْخُلَ النَّارَ مَنِ اسْمُهُ مُحَمَّدٌ وَلا أَحْمَدُ
“Dua orang hamba
berdiri di hadapan Allah Ta’ala. Lalu Allah menyuruh mereka berdua agar masuk
ke dalam syurga.
Lantas mereka
berdua berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa kami layak untuk masuk ke dalam
syurga sedangkan kami tidak beramal dengan amalan yang melayakkan kami masuk ke
dalam syurga?
Lalu Allah
berfirman kepada mereka berdua: Masuklah ke dalam syurga. Sesungguhnya Aku
bersumpah ke atas diriKu bahawa Aku tidak akan masukkan ke dalam neraka orang
yang bernama Muhammad dan Ahmad.”
Sumber Hadis
Riwayat Ibnu Bukair
dalam Fadhail al-Tasmiyyah Bi Ahmad Wa Muhammad, Qadhi al-Maristan
dalam Ahadith al-Shuyukh al-Thiqat dan Ibnu al-Jauzi
dalam al-Maudhu’at daripada jalur perawi:
Ahmad bin Nasr
bin Abdullah bin al-Fath daripada
Sadaqah bin Musa al-Ghanawi daripada bapanya daripada Humaid al-Thawil
daripada hadis Anas bin Malik.
Penilaian Hadis
Hadis ini palsu.
Pemalsunya ialah Ahmad bin Nasr bin Abdullah bin al-Fath al-Zira’.
Ahmad bin Nasr
al-Zira’ ini kata al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad:
“Pada hadisnya
ada nakarah (kecacatan) yang menunjukkan bahawa dia tidak thiqah.”
Kata al-Daraqutni:
“Dia dajjal
(penipu besar).”
Kata Ibnu al-Jauzi:
“Hadis ini tidak
ada asal baginya. Kata Ibnu Hibban: Sadaqah bin Musa tidak boleh berhujah
dengannya. Hadis bukanlah bidangnya. Apabila meriwayatkan hadis dia akan
tertukar (قَلَبَ الأَخْبَارَ).”
Ibnu al-Jauzi
menyangka Sadaqah bin Musa ini ialah Abu al-Mughirah Sadaqah bin Musa al-Daqiqi
al-Sulami yang disebutkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab al-Majruhin sedangkan
Sadaqah di sini ialah Abu al-‘Abbas Sadaqah bin Musa bin Tamim. Lebih aula bagi
Ibnu al-Jauzi untuk menyalahkan Ahmad bin Nasr al-Zira’ yang lebih teruk
kedudukannya daripada Sadaqah bin Musa.
Sadaqah bin Musa
bin Tamim ini kata al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad:
“Syeikh ini
majhul. Telah meriwayatkan hadis-hadis mungkar daripadanya oleh
al-Zira’. Yang bertanggungjawab melakukannya pada pendapatku ialah al-Zira’.”
Al-Dailami
dalam Musnad al-Firdaus juga meriwayatkan hadis ini daripada jalur
perawi Ahmad bin Abdullah al-Nahrawani daripada Sadaqah bin
Musa daripada bapanya daripada Abdul Aziz daripada hadis Anas bin
Malik.
Ahmad bin Abdullah
al-Nahrawani di sini ialah Ahmad bin Nasr bin Abdullah al-Zira’ di atas
sebagaimana kata al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad.
Nama dan Gelaran
Tidak Menyelamatkan Seseorang Dari Neraka
Kata Ibnu Qayyim
dalam al-Manar al-Munif:
“Hadis ini
bertentangan dengan apa yang dimaklumi daripada agama Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam bahawa neraka tidak terselamat daripadanya dengan nama dan gelaran.
Sesungguhnya terselamat daripada neraka adalah dengan iman dan amalan.”
*Saya juga temui hadis ini dalam kitab Wasail al-Wusul karangan Syeikh Yusuf al-Nabhani, di akhir bab pertama berkenaan nasab dan nama-nama Nabi sallahu ‘alaihi wasallam.
Hadis Palsu: Kelebihan Hidangan Yang Dihadiri Orang Bernama Ahmad Atau Muhammad
Al-Hafiz al-Sayuthi sebutkan hadis ini dalam kitab Zail al-Laali’ al-Masnu’ah (no. 701). Boleh lihat hadis-hadis lain hasil pemalsuan Abdullah bin Ahmad bin Amir dalam kitab tersebut, bemula hadis bernombor 696 sehingga 709.
*Saya temui hadis ini dalam kitab Wasail al-Wusul karangan Syeikh Yusuf al-Nabhani, di akhir bab pertama berkenaan nasab dan nama-nama Nabi sallahu ‘alaihi wasallam.