Muhammad bin Wasi’ bin
Jabir al-Azdi berkata: “Ada seorang lelaki yang menangis selama 20 tahun
sedangkan isterinya yang ada bersama dengannya tidak mengetahuinya.” [Sifah
al-Sofwah oleh Ibnu al-Jauzi]
Mungkin beliau sebenarnya
sedang bercakap tentang dirinya sendiri.
__________
Muhammad bin Wasi’ merupakan
seorang faqih, warak dan zuhud daripada ahli Basrah. Beliau merupakan murid
kepada Hasan al-Basri, Salim bin Abdullah bin Umar, Sa’id bin Jubair, Tawus bin
Kaisan, Atha’ bin Abi Rabah dan lain-lain. Antara ulama yang pernah belajar
dengan beliau ialah Sufyan al-Thauri, Hammad bin Salamah dan lain-lain. Di
antara tanda tawaduk beliau ialah beliau pernah berkata: “Kalaulah dosa itu
ada bau nescaya tidak ada orang yang mahu duduk denganku (disebabkan banyak
dosaku).” Beliau meninggal dunia pada tahun 123 Hijrah.