*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.
Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din
dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah
ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan
seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga
perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran
agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran
kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang
adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala
enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal
iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin
Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang
perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.
Lebai Din juga seorang guru silat
yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak
langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai
Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz
Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan
pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.
Ustaz Haron Din menerima
pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah
al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah
al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan
pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi
Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah
Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree”
di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun
beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana)
Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams,
Universiti Cairo.
Setelah memperolehi Ijazah
Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama
di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke
Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau
memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum
Qahirah (1972-1974).
Pulang ke tanah air dan
berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah
jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM
menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.
LATAR BELAKANG TUAN GURU DATO'
DR. HARON DIN DALAM BIDANG PENGUBATAN ISLAM
Ayahanda Ustaz Haron Din berasal
dari Patani dan menetap di Kampung Bohor Mali Perlis. Dia merupakan seorang
perawat yang melibatkan diri dalam dunia perubatan dengan menggunakan ayat-ayat
suci al-Qur'an, hadith dan doa-doa. Daripada 10 orang adik beradik, hanya Ustaz
Haron Din yang menunjukkan minat dalam bidang rawatan Islam ini, menyebabkan
ayahandanya sering membawanya ketika merawat.
Pengalaman yang dilalui oleh
orang tuanya ketika merawat sama ada di rumah atau dijemput merawat pesakit
secara tidak langsung melibatkan diri Ustaz Haron Din dalam dunia perubatan
walaupun umumya ketika itu masih terlalu muda lagi. Ayahanda beliau merupakan
perawat yang disegani di kampung juga di kawasan sekitarnya. Sebagai tanda
hormat, orang kampung mengelarnya Lebai Din.
Ustaz Haron Din amat mengkagumi
kejayaan ayahnya merawat orang gila, dirasuk dan juga penyakit kronik yang
lain. Kekaguman melihat kejayaan ayahnya telah melahirkan keinginan beliau
untuk mengikuti jejak langkahnya. Setelah meningkat dewasa beliau memujuk
ayahnya supaya menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ketika itu umur beliau baru
dalam lingkungan belasan tahun dan masih menuntut di Sekolah Arab Alawiyah.
Walaupun beliau sering rnengikut bapanya merawat pesakit tetapi ayahnya tidak
begitu mudah menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ayahnya berpesan agar beliau
mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Belaiu hanya diajar ilmu perubatan ketika
berada pada akhir pengajlan sekolah menengah. Ilmu yang diajar hanyalah asas
pengubatan sahaja.
Sebagai seorang murid, Ustaz
Haron Din yakin tentang dirinya walaupun menyedari bahawa untuk mempelajari
ilmu seumpama itu bukanlah mudah. Belaiu juga berkeyakinan bahawa beliau dapat
memberi khidmat pertolongan dengan baik kepada mereka yang memerlukan. Oleh
sebab itu, di samping belajar daripada ayahnya, beliau berazam untuk terus
mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya. Selain bapanya, ahli keluarga beliau
yang lain juga mahir dalam bidang perubatan Islam. Antaranya ialah bapa saudara
beliau sendiri iaitu Ustaz Said bin Ali.
Keluarga Ustaz Haron Din memiliki
banyak khazanah ilmu perubatan. Kunjung mengunjung antara keluarga di Perlis
dan Patani terus berlaku dan mereka sering berbincang tentang kaedah dan petua
perubatan. Beliau selalu mendampingi ayahnya dan secara tidak langsung ia
memberi pendedahan kepada beliau tentang ilmu perubatan.
Ketika belajar di Mesir, Ustaz
Haron Din tertarik dengan kaedah rawatan yang diguna oleh Dr. Kamal yang
dikenali sebagai hypnotism. Setelah kembali ke tanah air beliau berpeluang
belajar dengan seorang perawat dari Sarawak iaitu Tuan Haji Mursidi. Kaedah
Haji Mursidi hampir sama dengan kaedah yang dimiliki oleh Dr. Kamal.
Selain belajar melalui kitab dan
pengalaman, Ustaz Haron Din juga mendalami ilmunya daripada 'alim ulama yang
menggunakan kaedah rawatan Islam. Di antaranya ialah al-marhum Dr. al-Sheikh
Muhammad Idris al-Marbawi seorang ulama' dari Malaysia yang menetap di Mesir.
Pemergian Ustaz Haron Din kali kedua ke Mesir untuk mendapat ljazah Doktor
Falsafah (1971-74) telah memberi peluang kepadanya untuk berdampingan dengan
Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Antara doa yang dipelajari ialah doa
penerang hati. Latar belakang doa ini ada kaitan dengan sunnah Rasulullah
s.a.w.. Selain itu beliau juga berguru dengan al-Syeikh Muhammad Bayumi,
seorang yang 'alim dan sering berada dan mengajar di Masjid al-Azhar.
Ketika di Mesir pada awal 70-an,
Ustaz Haron Din sempat berkenalan dengan Bapak Mokhtar Lintang. Pak Mokhtar
adalah perawat yang menggunakan kaedah Islam. Kesempatan tersebut telah diguna
oleh beliau untuk menimba ilmu perubatan seberapa banyak yang boleh .
Sekembalinya ke Malaysia, ketika
tinggal di Taman Bangi Kajang, Ustaz Haron Din dikunjungi oleh seorang lelaki
yang dikenali sebagai Pak Leh. Beliau mengaku sebagal seorang perawat yang
terkenal di Langkawi. Beliau telah mengajar beberapa kaedah rawatan kepada
Ustaz Haron Din. Antaranya ilmu berkaitan dengan penyakit barah, ketumbuhan,
kayap, demam panas, penyakit kulit dan sebagainya. Beliau telah tinggal bersama
dengan Ustaz Haron Din beberapa ketika.
Perlis tempat kelahiran Ustaz
Haron Din sememangnya mempunyai ramai orang yang arif tentang ilmu perubatan. Terdapat
seorang perawat bemama Tok Omar yang banyak menggunakan bahan-bahan dari
tumbuh-tumbuhan di samping ayat-ayat al-Qur'an. Ustaz Haron Din telah
berkesempatan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan daripada
beliau. Selain itu Ustaz Haron Din juga berpeluang belajar dengan Tahir
Abdullah. Beliau yang digelar dengan nama Tok Lang Kiang dintaranya telah
mengajar Ustaz Haron Din cara mengeluarkan sampah dari mata.
Perawat-perawat lain yang pernah
mengajar Ustaz Haron Din alah Pak Andak Noh dan Haji Husin atau dikenali
sebagai Tuk Chin. Pak Andak Noh telah menurunkan ilmu mengeluarkan benda tajam
dari badan manusia seperti besi, serpihan kaca, terkena racun dan sebagainya.
Ilmu yang diamalkan oleh Tuk Chin pula adalah ilmu yang dinamakan Laduni iaitu
ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT khusus kepada orang yang tertentu.
Perubatan Islam adalah
berdasarkan syariat. Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spritual.
Penekanan yang menjadi keutamaan Ustaz Haron Din ialah rawatan dengan menggunakan
doa-doa yang berdasarkan al-Qur'an, hadith Rasulullah s.a.w. dan doa-doa' lain
yang jelas maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Sungguhpun telah lama
berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Ustaz Haron Din masih lagi mencari
ilmu baru dalam merawat pesakit. Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif
dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan
pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang
bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan.
Pendidikan
• Madrasah al-Islahiah
al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah
dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej
Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah -
University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain
Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul
- Ulum Qahirah (1972-1974)
Kerjaya
• Pensyarah di Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun
1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah,
CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank
Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah,
Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri
Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis
Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat
Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis
Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah,
Muamalah Financial Consulting
Politik
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan