Khamis, 19 Jun 2014

Al-Azhar dan Hadith


*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.



Sumber asal

Ini merupakan ringkasan dari ceramah ilmiah yang disampaikan oleh Syeikh Usamah al-Sayyid al-Azhari dalam seminar berjudul “Hadis dan Ahli Hadith di al-Azhar asy-Syarif” (الحديث والمحدثون في الأزهر الشريف) yang diadakan di Auditorium Imam Muhammad ‘Abduh, al-Azhar pada 25 Mei 2011 lalu. Oleh karena isi kandungan ceramah beliau begitu menarik, maka saya cuba buat ringkasannya  dalam bentuk tulisan ini.

Di sesi ke 4, Syeikh Usamah Sayyid al-Azhari berbicara mengenai  topik “sumbangan dan khidmat ulama al-Azhar terhadap hadith”. Di awal topik, beliau menceritakan beberapa dakwaan dan cerita-cerita yang mengatakan bahwa al-Azhar bukanlah madrasah hadith dan bahwa al-Azhar tidak memiliki keilmuan dalam bidang hadith serta bahwa al-Azhar tidak memiliki kebiasaan ilmiah dalam bidang hadith yang mampu menghasilkan produk-produk ilmiah dalam bidang hadith serta melahirkan para muhaddith.

Syeikh Usamah al-Azhari
Menurut dakwaan tersebut, dikatakan bahwa setelah al-Hafiz Murtadha al-Zabidi (m. 1205H) tiada lagi ulama yang memberi tumpuan terhadap hadith di al-Azhar, Mesir. Menurut Syeikh Usamah, dakwaan tersebut muncul akibat kurangnya pengetahuan beberapa pendakwa tentang sejarah al-Azhar dan para tokoh-tokohnya serta tidak adanya pengetahuan tentang produk-produk ilmiah berharga yang dihasilkan oleh al-Azhar. Boleh jadi dakwaan itu muncul kerana al-Azhar sendiri bukanlah madrasah yang tertumpu pada satu keilmuan saja. Padahal kalau kita lihat sejarah al-Azhar serta usaha para tokohnya dalam bidang hadith, akan kita temui begitu banyak sumbangan al-Azhar dalam bidang hadith, baik dalam bentuk produk-produk keilmuan yang bermacam ragam berkaitan hadith dan ilmu-ilmunya mahupun melahirkankan para muhaddith yang dihormati pada zamannya.

Syeikh Usamah lalu menyebutkan sebagian di antara  bukti-bukti khidmat ulama-ulama al-Azhar dalam bidang hadith. Bukti-bukti tersebut beliau bahagikan kepada lapan poin. Lapan poin ini setidaknya cukup untuk membuktikan bahawa tiada ada satu pun institusi pendidikan Islam yang memberikan khidmat kepada hadith seperti yang telah dilakukan oleh al-Azhar. Lapan poin tersebut adalah :  

1.Mensyarah (memberi komentar) ke atas kitab-kitab hadith kubra dan mu’tamad

 Antara tokoh-tokoh al-Azhar dalam bidang ini:

- Syeikhul Islam ‘Ali al-Sa‘idi al-‘Adawi, beliau mengajar Sahih al-Bukhari selama 10 tahun. Beliau mensyarahkannya secara detail dari segi sanad dan matan. Antara muridnya ialah Syeikh al-Amir al-Maliki al-Kabir.

- Syeikh Hasan al-‘Idwi al-Hamzawi, mengarang kitab Syarah Sahih al-Bukhari setebal 10 jilid. Kitab beliau ini pernah dicetak dengan huruf batu.

- Dr. Musa Syahin Lasyin mengarang kitab Fath al-Mun’im fi Syarh Sahih Muslim dalam tempoh 20 tahun.

Fath al-Mun'im Syarh Sahih Muslim

- Syeikh Muhammad Muhammad Abu Syahbah mengarang Tawfiq al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari yang dikarang dalam 15 jilid. Tapi kitab ini tidak dicetak hingga kini.

Syeikh Muhammad Abu Syahbah

 - Prof. Dr. Ahmad ‘Umar Hasyim menyusun kitab Faidh al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari. Ia telah diterbitkan hingga kini sebanyak 10 jilid dan masih ada 2 jilid lagi yang belum dicetak.

Prof Dr Ahmad Umar Hasyim

 - Dr. Muhammad Zakiyuddin Abu al-Qasim menyusun kitab Jami‘ al-Bayan fi Syarh Ma Ittafaq ’Alayhi al-Syaikhan, telah dicetak dalam 15 jilid.

- Syeikh ‘Abdu Rabbuh Sulaiman menyusun kitab Syarah Jami‘ al-Usul oleh Ibn al-Athir. Kitab ini diberi kata pengantar oleh para ulama al-Azhar, terutamanya Musnid al-‘Asr Syeikh Ahmad Rafi‘ at-Tahtawi.

- Syeikh Ahmad ‘Abdul al-Rahman al-Banna al-Sa‘ati (ayah kepada Imam Hasan al-Banna) menghasilkan Bulugh al-Amani bi Tartib Musnad Ahmad bin Hanbal al-Syaibani, dan kemudian menyusun syarahnya al-Fath al-Rabbani. Beliau turut menyusun dan mensyarah hadis-hadis Musnad Abi Dawud al-Tayalisi dan Musnad al-Syafi‘e.

Syeikh Ahmad ‘Abdul al-Rahman al-Banna

 Dan lain-lain.

Boleh dikatakan sangat sukar untuk menghitung karya-karya ulama al-Azhar dalam bahagian ini secara detail kerana jumlahnya yang begitu banyak.Bahkan, menurut Syeikh Usamah nyaris tiada satupun institusi  keilmuan islam yang menghasilkan produk-produk ilmiah dalam bidang hadith, terutama dari segi mensyarah kitab-kitab yang besar dan mu’tamad ini yang melebihi al-Azhar.

2. Mematangkan ilmu berkaitan Manahij al-Muhaddithin (Metodologi Ahli Hadith)

Ilmu Manahij al-Hadith adalah ilmu yang nyaris mati dalam beberapa kurun lampau. Namun dihidupkan kembali oleh ulama-ulama al-Azhar. Istilah Manahij al-Muhaddithin adalah lebih kurang sama dengan istilah Syurut al-A’immah (syarat-syarat para imam) pada masa dahulu. Antara ulama yang mengarang mengenai Syurut al-A’immah ialah Ibn Mandah, al-Hazimi dan al-Maqdisi. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh ‘Abdul al-Fattah Abu Ghuddah dalam tahqiqnya ke atas kitab Syurut al-A’immah oleh al-Hazimi dan al-Maqdisi.

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah
 Antara ulama al-Azhar yang menghasilkan karya mengenai Manahij al-Muhaddithin ini ialah:

- Syeikh Muhammad Muhammad Abu Zahw mengarang kitab al-Hadith wa al-Muhaddithun.

- Dr. Ahmad Muharram al-Syeikh Naji menulis kitab berjudul al-Daw’ al-Lami‘ al-Mubin ‘an Manahij al-Muhaddithin setebal 2 jilid mengenai metodologi ahli hadith sehingga kurun ke-empat hijrah.

Manahij al-Muhaddithin merupakan antara subjek penting yang diajarkan di al-Azhar kini dan amat sangat banyak karya yang telah dikarang mengenainya.

3. Mematangkan ilmu-ilmu istilah hadith

Antara tokoh-tokoh al-Azhar dalam bidang ini:

- Syeikh Muhammmad ‘Abd al-‘Azim al-Zurqani menyusun kitab Manhaj al-Hadith fi ‘Ulum al-Hadith.

- Syeikh Ahmad ‘Ali Ahmadin menyusun kitab Daw’ al-Qamar ‘ala Nukhbah al-Fikar.

- Syeikh ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Latif menyusun kitab al-Mukhtasar fi ‘Ilm Rijal al-Atsar dan al-Mu‘tasar fi ‘Ulum al-Athar.

- Syeikh Mustafa Amin at-Tazi mengarang kitab Maqasid al-Hadith fi al-Qadim wa al-Hadith.

- Syeikh Muhammad Muhammad al-Samahi menyusun kitab Manhaj al-Hadis Fi ‘Ulum al-Hadith setebal 4 juz. Muridnya, Dr. Nuruddin ‘Itr memuji kitab ini yang mengandungi bahasan yang halus dan detail. Namun beliau sangat sedih karena kitab ini tidak disebarkan secara luas. Kitab ini lebih padat berbanding kitab Taujih an-Nazar oleh Syeikh Tahir al-Jazairi.

Syeikh Nuruddin 'Itr
Syeikh ‘Ali Jum‘ah pernah bertanya kepada Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah: Apakah kitab yang perlu dibaca oleh penuntut ilmu hadis? Jawab beliau: Nuzhah an-Nazar dan an-Nukat oleh Ibn Hajar, Tadrib al-Rawi karya as-Sayuti, Fath al-Mughits karya as-Sakhawi dan Taujih al-Nazar oleh Syeikh Tahir al-Jazairi karena ia mengandungi falsafah ilmu hadith.

Dr Ali Juma'ah

 Syeikhul Muhaddithin di zaman ini, Syeikh Dr. Ahmad Ma‘bad ‘Abd al-Karim mempelajari Fath al-Mughith secara lengkap dari Syeikh Muhammad al-Samahi. Menurutnya, Syeikh al-Samahi boleh menjadi lebih alim dan lebih luas perbahasan ilmunya dari  al-Hafiz as-Sakhawi.


Syeikh Dr Ahmad Ma'bad Abdul Karim

- Syeikh Muhammad Muhammad Abu Syahbah mengarang kitab al-Wasit fi ‘Ulum Mustalah al-Hadith. Kitab ini wajar digandingkan bersama kitab Tadrib ar-Rawi karya as-Sayuti dan Fath al-Mughith karya as-Sakhawi.

- Syeikh Muhammad Mahmud Ahmad Bakkar mengarang kitab Bulugh al-Amal min Mustalah al-Hadith wa ‘Ulum ar-Rijal. Terdiri daripada 2 jilid.

Dan masih banyak lagi.

Jika dihitung saja sejak dari tahun 1930-an hingga kini, nescaya akan ditemukan lebih dari 500 buah produk ilmiah berkaitan bidang ini.

 4. Menghasilkan produk-produk ilmiah berkaitan ilmu Takhrij al-Hadith

 Antara tokoh-tokoh al-Azhar dalam bidang ini:

- Syeikh ‘Abd al-Maujud ‘Abd al-Latif menyusun kitab Takhrij al-Hadith berjudul Kasyf al-Litham, setebal 2 jilid.

- Dr. ‘Abd al-Muhdi ‘Abd al-Qadir menulis kitab Turuq Takhrij al-Hadith. Beliau mengatakan bahawa kitab tersebut adalah kitab pertama yang dikarang dalam bidang ilmu Turuq Takhrij Hadith. Meskipun sebelumnya al-Hafiz Ahmad Shiddiq al-Ghumari telah mengarang kitab berjudul Husul al-Tafrij bi Usul at-Takhrij, namun sayangnya kitab ini tidak diterbitkan begitu lama dan akhir-akhir ini baru diterbitkan. Maka, boleh dikatakan beliau, Dr. ‘Abd al-Muhdi adalah orang pertama dari kalangan ulama al-Azhar yang menyusunnya secara lengkap.

al-Hafiz Ahmad as-Siddiq al-Ghumari 

- Syeikh Dr. Ridha Zakariyya mengarang kitab Takhrij al-Hadith yang sangat dipuji oleh Syeikh Ahmad Ma‘bid ‘Abd al-Karim.

Takhrij al-Hadith merupakan antara subjek penting yang diajarkan di al-Azhar kini dan amat banyak karya yang telah dikarang mengenainya. 

5. Mengadakan majlis pembacaan dan penyampaian hadith, serta mengekalkan tradisi sanad dan ijazah. 

Majlis-majlis pengajian hadith di al-Azhar pada masa lalu hingga saat ini merupakan majlis yang sangat banyak pelaksanaannya serta banyak dihadiri oleh para penuntut ilmu. Antara tokoh-tokohnya:

Syeikh Yusuf ad-Dijwi

- Al-‘Allamah Syeikh Yusuf ad-Dijwi mengadakan majlis pembacaan Sahih al-Bukhari yang dihadiri oleh banyak penuntut ilmu, sebagaimana yang diceritakan  oleh Syeikh Abu al-Hasan Zaid al-Faruqi dalam kitab Maqamat Khayr, dalam bahasa Urdu. Bahkan ada yang mengatakan bahawa majlis ini dihadiri oleh sekurang-kurangnya 500 orang sehingga lebih dari 1000 orang pendengar.

Sahih al-Bukhari cetakkan Sultaniyyah

- Syeikh Hasunah al-Nawawi, yang menjawat jawatan Syaikh al-Azhar dan Mufti Mesir pada waktu yang sama , sebagaimana halnya Syeikh Muhammad al-Mahdi al-‘Abbasi (kerana kebanyakan Syeikh al-Azhar dan Mufti Mesir dijawat oleh orang yang berbeza). Beliau diperintahkan oleh Sultan ‘Abd al-Hamid al-‘Uthmani untuk membuat perkumpulan ulama yang ditugaskan untuk meneliti dan menerbitkan kitab Sahih al-Bukhari. Beliau lalu mengumpulkan 31 orang orang ulama al-Azhar. Lalu kumpulan ulama ini mengumpulkan begitu banyak manuskrip Sahih al-Bukhari lalu melakukan perbahasan yang mendalam serta analisa terhadap manuskrip tersebut sehingga berjaya menghasilkan sebuah cetakan yang mu’tamad pada tahun 1812M yang kemudiannya dikenali sebagai Sahih al-Bukhari cetakan Sultaniyyah, dan dianggap naskah Sahih al-Bukhari yang paling sahih dan mu’tamad kerana cetakan ini berpegang kepada naskah Syarafuddin al-Yunini. Meskipun Syeikh ‘Abd al-Hayy al-Kattani mengatakan naskah Ibn Sa‘adah lebih utama berbanding naskah al-Yunini.

Syeikh Abdul Hayy al-Kattani
 - Syeikhul Islam Salim al-Bisyri telah mengajar kitab hadith selama 30 tahun. Beliau sangat memberikan perhatian terhadap Sahih al-Bukhari. Muridnya, Syeikh Muhammad al-Makkawi juga sangat sungguh-sungguh dalam memberikan perhatian kepada Sahih al-Bukhari hingga beliau mampu membetulkan cetakan Sultaniyyah dalam bentuk jadual yang detail. Jadwal ini kemudian diterbitkan oleh Syeikh ‘Ali Jum‘ah sebagai lampiran kitabnya tentang Sahih al-Bukhari.

- Syeikh Ahmad Mahjub ar-Rifa‘i al-Fayyumi mempelajari Sahih al-Bukhari dari Syeikh Mustafa al-Muballat yang mempelajarinya dari Syeikh Muhammad ‘Ali al-Syanawani (m. 1246H), penyusun ad-Durar as-Saniyyah fi Ma ‘Ala min al-Asanid al-Syanawaniyyah. Muridnya, Syeikh Taha bin Yusuf al-Sya‘bini mempelajari Sahih al-Bukhari dari beliau. Syeikh Ahmad Mahjub juga ikut mempelajari Sahih Muslim dari Syeikh Muhammad ‘Ilisy al-Maliki (Pensyarah kitab Mukhtasor al-Khalil ). Kemudian beliau mengajarkannya dan antara muridnya ialah Syeikh Muhammad al-‘Alawi al-Maliki. Beliau juga bersungguh-sungguh dengan Sunan at-Termizi dan menghabiskan waktunya dengan meneliti dan membanding naskah-naskhah Sunan at-Tirmizi. Naskah Sunan at-Tirmizi miliknya merupakan naskah yang amat sahih dan detail, hingga Syeikh Ahmad Syakir menjadikannya sebagai sandaran dalam tahqiqnya terhadap Sunan at-Termizi.

- Syeikh Abu Hurairah Dawud al-Qal‘i mempelajari dan kemudian mengajar kitab Sahih al-Bukhari. Antara muridnya, Syeikh al-Azhar Hasan al-Quwaisni yang turut mengajar kitab Sahih al-Bukhari. Antara murid al-Quwaisni ialah Syeikh Mustafa al-‘Arusi yang turut mengadakan majlis pengajian Sahih al-Bukhari dan pembacaan kitab Awa’il  Syeikh ‘Abdullah bin Salim al-Basri. Antara murid al-‘Arusi pula ialah Syeikh ‘Abd al-Ghani al-‘Inani. Dikatakan, majlis beliau dihadiri oleh 200 atau lebih daripada ulama al-Azhar.

- Syeikh Ahmad Bikir al-Husaini (pensyarah kitab al-Umm ) pernah mengadakan pengajian hadith di rumahnya dan  dihadiri oleh Syeikh Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Kattani dan tokoh-tokoh ulama lain.

Demikianlah keadaan sejak dari zaman Syeikh Murtadha al-Zabidi hingga ke zaman Syeikh Mufti ‘Ali Jum‘ah, yang mempelajari Sahih al-Bukhari dari Syeikh ‘Abdullah as-Siddiq al-Ghumari. Selain Sahih al-Bukhari, Syeikh ‘Ali Jum‘ah juga mengajar kitab-kitab hadith kubra yang lain. Maka jelaslah bahwa al-Azhar senantiasa sibuk dengan majlis pengajian hadith dan penyampaian ijazah sanad.

Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari

 6. Memberi perhatian berkaitan ilmu Jarh wa Ta’dil , tashih dan tadh‘if. 
  
Antara tokoh-tokoh al-Azhar dalam bidang ini :

- Syeikh Murtadha az-Zabidi menghasilkan sebuah kitab yang menakjubkan berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, di mana beliau mensyarah dan mentakhrij hadith-hadith Ihya’ ‘Ulumiddin, setebal 13 jilid. Bahkan tatkala Imam Tajuddin as-Subki  dalam Thabaqat Kubra-nya membuat sebuah fasal tentang hadith-hadith dalam kitab Ihya’ yang tidak beliau temui sanadnya, maka Imam Murtadha az-Zabidi mengatakan bahwa beliau menemukan sanad-sanadnya serta asal-asalnya lalu beliau melakukan takhrij atas hadith-hadith tersebut.

- Syeikh Ahmad Syakir seorang alim al-Azhar yang mahir tentang hadih, ‘ilal al-hadith, al-jarh wa al-ta’dil dan lain-lain yang tiada bandingnya di zamannya.

Syeikh Ahmad Syakir
- Al-Hafiz Syeikh ‘Abdullah al-Siddiq al-Ghumari pernah duduk selama 40 tahun di Mesir. Beliau telah menghasilkan kira-kira 300 karya yang kebanyakannya berkaitan dengan  hadith.

Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari

 Antara tokoh-tokoh lain dalam bahagian ini ialah Syeikh Ahmad ‘Abd al-Rahman al-Banna as-Sa’ati, Syeikh Husain ‘Abd al-Majid Hasyim, Syeikh Ahmad Ma‘bid, syeikhul muhadditsin di zaman ini, dan lain-lain.

 7.Menyusun kitab-kitab hadis besar berbentuk al-Jawami’. 

 Antara tokoh-tokoh al-Azhar dalam bidang ini:

- Syeikh Mansur ‘Ali Nasif, beliau menyusun kitab al-Taj al-Jami’ lil Usul.

- Syeikh Husain ‘Abd al-Majid Hasyim menyusun Ensiklopedia Hadith setebal 14 jilid. Namun, ia tidak diterbitkan hingga kini.

- Syeikh Habibullah al-Syinqiti mengarang kitab Zad al-Muslim Fima Ittafaqa ‘Alaih al-Bukhari wa Muslim. Begitu banyak ulama-ulama al-Azhar mempelajari Sahih Muslim daripada beliau.

8. Mentahqiq dan mentakhrij manuskrip hadis dan dicetak ke dunia penerbitan.

Antara tokoh-tokoh al-Azhar dalam bidang ini:

- Syeikh ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Latif, seorang alim yang giat mentahqiq kitab-kitab ilmu. Antaranya ialah mentahqiq kitab Tadrib ar-Rawi karya as-Sayuti yang diterbitkan dengan penuh teliti.

- Syeikh Sayyid Ahmad Saqr pula mentahqiq 3 jilid daripada kitab Fath al-Bari, Dalail an-Nubuwwah oleh al-Baihaqi, Adab al-Syafi‘e oleh al-Baihaqi, al-Ilma‘ fi Taqyid as-Sama’ oleh Qadhi ‘Iyadh dan lain-lain. Beliau memang seorang alim yang pakar tentang ilmu mentahqiq manuskrip.

Kesimpulan

Sesungguhnya al-Azhar asy-Syarif adalah madrasah hadith terbesar di dunia yang tidak ditemukan bandingannya dalam memperhatikan dan membahas hadith daripada begitu banyak segi perbahasan sebagaimana yang telah dilakukan oleh al-Azhar dan ulama-ulama al-Azhar. Seandainya semua usaha tersebut dibukukan, sesungguhnya akan memerlukan penulisan yang sangat panjang. Maka sebenarnya dakwaan bahawa pengkajian hadith sudah terhenti di al-Azhar ataupun dakwaan bahawa kebiasaan dan budaya hadith di al-Azhar sudah hilang adalah dakwaan yang tidak berdasar yang didakwa oleh orang yang tidak mengetahui. Semoga Allah melindungi al-Azhar dari fitnah dan dakwaan buruk dan semoga Allah senantiasa menjadikan al-Azhar, bukan saja sebagai institusi yang tertumpu dalam satu bidang keilmuan saja, namun juga seluruh keilmuan yang ada.









Rabu, 18 Jun 2014

Bacalah kisah para ulama'


*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.


Ibnu Khalikan (m.681H) dalam mukaddimah kitabnya Wafayatul A’yan -yakni kitab tentang biografi para ulama' yang mulia- berkata:

“Aku ceritakan kisah sekelompok orang-orang mulia yang telah aku saksikan dan aku nukil khabar daripada mereka, atau mereka yang sezaman denganku tetapi aku belum pernah bertemu dengan mereka, adalah agar orang yang datang setelahku dapat mengetahui keadaan mereka”. (Mukaddimah Wafayahl al-A’yan).

Sesungguhnya membaca biografi ulama' adalah pengubat jiwa. Padanya terdapat kesembuhan bagi mereka yang kehausan akan suri tauladan dan padanya terdapat cahaya sebagai petunjuk jalan kebaikan. Tak lupa, mengetahui kehidupan para ulama berfungsi sebagai cermin yang akan memperlihatkan kelemahan diri yang nantinya sebagai bahan perbaikan.

Umar bin al-Khattab r.a berkata: “Hendaklah kalian mendengar cerita-cerita tentang orang-orang yang memiliki keutamaan, kerana hal itu termasuk dari kemuliaan dan padanya terdapat kedudukan dan kenikmatan bagi jiwa”. (‘Ainul Adab wa As-Siyasah).

Imam al-Baihaqi, Imam Ibnu Kathir dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menulis secara khusus tentang biografi Imam asy-Syafi’e. 

Sedangkan Imam Ibnul Jauzi menulis manaqib Imam Ahmad.

Adapula sebahagian ahli ilmu yang menempuh cara lain yakni mereka menulis biografi ulama berdasarkan thabaqat (tingkatan) ulama dari segi masa hidup, daerah, ilmu atau mazhabnya yang sama.

Thabaqat mazhab Hanafi

1. Ath-Thabaqat as-Sunniyah fi Tarajim al-Hanafiyah karya Taqiyuddin bin Abdul Qadir ad-Darimi.

2. Al-Jawahirul Madhiyyah fi Thabaat al-Hanafiyah karya al-Quraisy.

Thabaqat mazhab Maliki

1. Tartib al-Madarik wa Taqrib al-Masalik li Ma’rifah al-A’lam Mazhab al-Imam Malik karangan al-Qadhi Iyadh.

Thabaqat mazhab asy-Syafi’e

1. Thabaqat asy-Syafi’eyyah al-Kubra karangan as-Subki

2. Thabaqat asy-Syafi’eyyah karya Ibnu Hidayah al-Husaini.

Thabaqat mazhab Hanbali

1. Thabaqat al-Hanabilah oleh al-Qadi Abi Ya’la

2. Adz-Dzailu ‘ala Thabaqatil Hanabilah karangan Ibnu Rajab.

Ada juga penulisan berdasarkan disiplin ilmu tertentu seperti Thabaqat al-Mufassirin, yang mana ad-Dawudi dan as-Suyuti telah menulisnya.

Thabaqah para hafiz hadis, terdapat kitab Tadzkirah al-Huffaz karangan az-Zahabi. Az-Zahabi juga ada menulis thabaqah para qari (ahli al-Quran) yakni Ma’rifah al-Qurra’al-Kibar.

Sedangkan thabaqah ahli nahu, padanya terdapat karangan as-Suyuti berjudul Bughyah al-Wu’ah.

Adapula yang menulis secara khusus para ulama di daerah atau tempat tertentu, seperti Tarikh Baghdad karangan Khatib al-Baghdadi. Tarikh Dimasyqi oleh Ibnu Asakir. Akhbar Ashfahan karangan Abu Nu’aim. Bughyah at-Thalab fi Tarikh Halab oleh Ibnul ‘Adim dan Tarikh Irbil oleh Ibnul Mustaufi.”

Dan masih banyak lainnya.

Ali bin Abdur Rahman bin Huzail berkata: “Ketahuilah, bahawa membaca kisah-kisah dan sejarah-sejarah tentang orang yang memiliki keutamaan akan memberikan kesenangan dalam jiwa seseorang. Kisah-kisah tersebut akan melegakan hati serta mengisi kehampaan. Membentuk watak yang penuh semangat dilandasi kebaikan, serta menghilangkan rasa malas”. ('Ainul Adab wa As-Siyasah).

Oleh kerana itu wahai saudaraku, cubalah engkau membaca kisah-kisah para ulama', nescaya engkau akan mendapatkan penyejuk jiwa:

“Barangsiapa belum mencuba maka belum tahu hasilnya,
Maka cubalah, niscaya engkau akan mendapatkan bukti ucapan saya”.

(Manzumah ash-Shan’ani fil Hajj).

Khamis, 12 Jun 2014

Tuan Guru Hj. Ismail bin Omar (Baba Eil Sepanjang)


*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.


Kelahiran dan Keluarga

Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Sepanjang. Baba ialah panggilan bagi seorang Tuan Guru di Patani. Beliau dilahirkan di Kampung Dusun Sepanjang, daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Beliau merupakan anak lelaki tunggal di antara 3 orang adik-beradik beliau.



Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Sepanjang. Kemudian, beliau menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya (200 meter) ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafsir, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester, Baba Eil pergi belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.

Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der Sekam) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun. Ketika di sana, beliau bukan sekadar belajar malah beliau juga turut mengajar kepada para pelajar di pondok tersebut. Beliau juga mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala (lebih 21 tahun) dan Masjid Patani (lebih 22 tahun).

Ketika umur beliau 29 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Pengarang Kitab Misbahul Munir). Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahaya mata (2 lelaki dan 3 perempuan).Selepas itu, ketika berumur 31 tahun beliau telah pergi ke Mekah dan bermuqim di sana selama 7 bulan.


Membuka pondok

Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, barulah Baba Eil membuka pondok di Kampung Kubang Ikan, Bandar Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar. Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Sepanjang hinggalah ke hari ini.

Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelosok, dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima sebarang bayaran. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Pengajian berlangsung sepanjang tahun melainkan pada waktu cuti iaitu 15 Sya’ban hingga 15 Syawal ( 2 bulan ), cuti Raya Haji ( seminggu ) dan bulan Rabiulawal ( 1 bulan ).

Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan.



Kitab yang diajar oleh beliau

Antara kitab yang diajar oleh beliau ialah:

a. Tauhid

1. Nur az-Zolam Syarah Aqidah al-Awwam karya Syeikh Nawawi al-Bantani.

2. Tuhfah al-Murid Syarah Jauharah at-Tauhid karya Imam Ibrahim al-Bajuri.

3. Dur as-Samin fi Aqaid al-Mu’min karya Syeikh Daud al-Fathani.

4. Mizan az-Zarari karya beliau sendiri.

5. Bakurah al-Amani karya Pak Da Eil.

6. Misbah al-Munir fi Ma’rifah Allah al-Qadir karya Tuan Guru Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani, bapa mertua Baba Ismail Sepanjang.

7. Mawaiz al-Iman karya beliau sendiri.

8. Fath al-Majid Syarh Durr al-Farid fi Aqaid Ahl at-Tauhid karya Syeikh Nawawi al-Bantani.

9. Hasyiah asy-Syarqawi ‘ala al-Hudhudi karya Imam Abdullah asy-Syarqawi.

10. Mawaqif al-Marjan karya beliau sendiri.

b. Tafsir

1. Futuhat al-Ilahiyyah Syarah Tafsir al-Jalalain karya Imam Sulaiman bin Umar al-Jamal

2. Tafsir Nur al-Ihsan karya Tuan Guru Muhammad Sa’id bin Umar Khatib.

c. Hadis

1. Hasyiah al-Ajhuriy 'ala Syarh al-Zurqani 'ala al-Baiquniyyah karya Syeikh ‘Atiyyah al-Ajhuriy as-Syafi'e al-Azhari.

2. Futuhat al-Rabbaniyyah Syarah al-Azkar an-Nawawiyyah karya Imam Ibnu ‘Allan as-Siddiqi.

3. Dalil al-Falihin fi Turuqqi Riyadh as-Salihin karya Imam Ibnu ‘Allan as-Siddiqi.

e. Fiqh dan Usul fiqh

1. Hasyiah al-Bajuri ‘ala Syarah Ibnu Qassim al-Ghazi ‘ala Matan Abi Syuja’ karya Imam Ibrahim al-Bajuri.

2. Hasyiah an-Nafahat ‘ala Syarh al-Waraqat.

3. Hasyiah asy-Syarqawi ‘ala at-Tahrir karya Imam Abdullah asy-Syarqawi.

f. Tasawwuf

1. Penawar bagi hati karya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili.

2. Mukhtasar at-Tazkirah al-Qurtubi karya Imam Abdul Wahab asy-Sya’rani.


Mengarang kitab

Selain mengajar, Baba Eil memenuhi masa lapang dengan mentelaah dan mengarang kitab. Antara kitab karangan Baba Eil ialah:

1. Mizan az-Zarari

2. Hikam Jawi

3. Mawaiz al-Iman

4. Mawaqif al-Marjan

Selain itu, Baba Eil juga telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Fathoni.