*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.
Ibnu Khalikan
(m.681H) dalam mukaddimah kitabnya Wafayatul A’yan -yakni kitab tentang
biografi para ulama' yang mulia- berkata:
“Aku ceritakan
kisah sekelompok orang-orang mulia yang telah aku saksikan dan aku nukil khabar
daripada mereka, atau mereka yang sezaman denganku tetapi aku belum pernah
bertemu dengan mereka, adalah agar orang yang datang setelahku dapat mengetahui
keadaan mereka”. (Mukaddimah Wafayahl al-A’yan).
Sesungguhnya
membaca biografi ulama' adalah pengubat jiwa. Padanya terdapat kesembuhan bagi
mereka yang kehausan akan suri tauladan dan padanya terdapat cahaya sebagai
petunjuk jalan kebaikan. Tak lupa, mengetahui kehidupan para ulama berfungsi
sebagai cermin yang akan memperlihatkan kelemahan diri yang nantinya sebagai
bahan perbaikan.
Umar bin
al-Khattab r.a berkata: “Hendaklah kalian mendengar cerita-cerita tentang
orang-orang yang memiliki keutamaan, kerana hal itu termasuk dari kemuliaan dan
padanya terdapat kedudukan dan kenikmatan bagi jiwa”. (‘Ainul Adab wa As-Siyasah).
Imam al-Baihaqi,
Imam Ibnu Kathir dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menulis secara khusus tentang
biografi Imam asy-Syafi’e.
Sedangkan Imam Ibnul Jauzi menulis manaqib Imam
Ahmad.
Adapula
sebahagian ahli ilmu yang menempuh cara lain yakni mereka menulis biografi
ulama berdasarkan thabaqat (tingkatan) ulama dari segi masa hidup, daerah, ilmu
atau mazhabnya yang sama.
Thabaqat mazhab
Hanafi
1. Ath-Thabaqat as-Sunniyah
fi Tarajim al-Hanafiyah karya Taqiyuddin bin Abdul Qadir ad-Darimi.
2. Al-Jawahirul
Madhiyyah fi Thabaat al-Hanafiyah karya al-Quraisy.
Thabaqat mazhab
Maliki
1. Tartib al-Madarik
wa Taqrib al-Masalik li Ma’rifah al-A’lam Mazhab al-Imam Malik karangan al-Qadhi
Iyadh.
Thabaqat mazhab
asy-Syafi’e
1. Thabaqat asy-Syafi’eyyah
al-Kubra karangan as-Subki
2. Thabaqat asy-Syafi’eyyah
karya Ibnu Hidayah al-Husaini.
Thabaqat mazhab
Hanbali
1. Thabaqat al-Hanabilah
oleh al-Qadi Abi Ya’la
2. Adz-Dzailu
‘ala Thabaqatil Hanabilah karangan Ibnu Rajab.
Thabaqah para
hafiz hadis, terdapat kitab Tadzkirah al-Huffaz karangan
az-Zahabi. Az-Zahabi juga ada menulis thabaqah para qari (ahli al-Quran) yakni
Ma’rifah al-Qurra’al-Kibar.
Sedangkan
thabaqah ahli nahu, padanya terdapat karangan as-Suyuti berjudul Bughyah al-Wu’ah.
Adapula yang
menulis secara khusus para ulama di daerah atau tempat tertentu, seperti Tarikh
Baghdad karangan Khatib al-Baghdadi. Tarikh Dimasyqi oleh Ibnu Asakir. Akhbar
Ashfahan karangan Abu Nu’aim. Bughyah at-Thalab fi Tarikh Halab oleh Ibnul
‘Adim dan Tarikh Irbil
oleh Ibnul Mustaufi.”
Dan masih banyak
lainnya.
Ali bin Abdur Rahman
bin Huzail berkata: “Ketahuilah, bahawa membaca kisah-kisah dan
sejarah-sejarah tentang orang yang memiliki keutamaan akan memberikan
kesenangan dalam jiwa seseorang. Kisah-kisah tersebut akan melegakan hati serta
mengisi kehampaan. Membentuk watak yang penuh semangat dilandasi kebaikan,
serta menghilangkan rasa malas”. ('Ainul Adab wa As-Siyasah).
Oleh kerana itu
wahai saudaraku, cubalah engkau membaca kisah-kisah para ulama', nescaya engkau
akan mendapatkan penyejuk jiwa:
“Barangsiapa
belum mencuba maka belum tahu hasilnya,
Maka cubalah,
niscaya engkau akan mendapatkan bukti ucapan saya”.
(Manzumah
ash-Shan’ani fil Hajj).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan