*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.
Sumber asal
Ini merupakan ringkasan dari ceramah ilmiah yang disampaikan oleh Syeikh Usamah al-Sayyid al-Azhari dalam seminar berjudul “Hadis dan Ahli Hadith di al-Azhar asy-Syarif” (الحديث والمحدثون في الأزهر الشريف) yang diadakan di Auditorium Imam Muhammad ‘Abduh, al-Azhar pada 25 Mei 2011 lalu. Oleh karena isi kandungan ceramah beliau begitu menarik, maka saya cuba buat ringkasannya dalam bentuk tulisan ini.
Ini merupakan ringkasan dari ceramah ilmiah yang disampaikan oleh Syeikh Usamah al-Sayyid al-Azhari dalam seminar berjudul “Hadis dan Ahli Hadith di al-Azhar asy-Syarif” (الحديث والمحدثون في الأزهر الشريف) yang diadakan di Auditorium Imam Muhammad ‘Abduh, al-Azhar pada 25 Mei 2011 lalu. Oleh karena isi kandungan ceramah beliau begitu menarik, maka saya cuba buat ringkasannya dalam bentuk tulisan ini.
Di sesi ke 4, Syeikh Usamah Sayyid al-Azhari
berbicara mengenai topik “sumbangan dan khidmat ulama al-Azhar terhadap
hadith”. Di awal topik, beliau menceritakan beberapa dakwaan dan cerita-cerita
yang mengatakan bahwa al-Azhar bukanlah madrasah hadith dan bahwa al-Azhar
tidak memiliki keilmuan dalam bidang hadith serta bahwa al-Azhar tidak memiliki
kebiasaan ilmiah dalam bidang hadith yang mampu menghasilkan produk-produk
ilmiah dalam bidang hadith serta melahirkan para muhaddith.
Syeikh Usamah al-Azhari |
Menurut dakwaan tersebut, dikatakan bahwa
setelah al-Hafiz Murtadha al-Zabidi (m. 1205H) tiada lagi ulama yang memberi
tumpuan terhadap hadith di al-Azhar, Mesir. Menurut Syeikh Usamah, dakwaan
tersebut muncul akibat kurangnya pengetahuan beberapa pendakwa tentang sejarah
al-Azhar dan para tokoh-tokohnya serta tidak adanya pengetahuan tentang
produk-produk ilmiah berharga yang dihasilkan oleh al-Azhar. Boleh jadi dakwaan
itu muncul kerana al-Azhar sendiri bukanlah madrasah yang tertumpu pada satu
keilmuan saja. Padahal kalau kita lihat sejarah al-Azhar serta usaha para
tokohnya dalam bidang hadith, akan kita temui begitu banyak sumbangan al-Azhar
dalam bidang hadith, baik dalam bentuk produk-produk keilmuan yang bermacam
ragam berkaitan hadith dan ilmu-ilmunya mahupun melahirkankan para muhaddith
yang dihormati pada zamannya.
Syeikh Usamah lalu menyebutkan sebagian di antara
bukti-bukti khidmat ulama-ulama al-Azhar dalam bidang hadith. Bukti-bukti
tersebut beliau bahagikan kepada lapan poin. Lapan poin ini setidaknya cukup
untuk membuktikan bahawa tiada ada satu pun institusi pendidikan Islam yang
memberikan khidmat kepada hadith seperti yang telah dilakukan oleh al-Azhar. Lapan
poin tersebut adalah :
1.Mensyarah (memberi komentar) ke atas
kitab-kitab hadith kubra dan mu’tamad
Antara tokoh-tokoh al-Azhar dalam bidang ini:
- Syeikhul Islam ‘Ali al-Sa‘idi al-‘Adawi,
beliau mengajar Sahih al-Bukhari selama 10 tahun. Beliau mensyarahkannya secara
detail dari segi sanad dan matan. Antara muridnya ialah Syeikh al-Amir
al-Maliki al-Kabir.
- Syeikh Hasan al-‘Idwi al-Hamzawi, mengarang
kitab Syarah Sahih al-Bukhari setebal 10 jilid. Kitab beliau ini pernah dicetak
dengan huruf batu.
- Dr. Musa Syahin Lasyin mengarang
kitab Fath al-Mun’im fi Syarh Sahih Muslim dalam tempoh 20 tahun.
Fath al-Mun'im Syarh Sahih Muslim |
- Syeikh Muhammad Muhammad Abu Syahbah
mengarang Tawfiq al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari yang dikarang
dalam 15 jilid. Tapi kitab ini tidak dicetak hingga kini.
Syeikh Muhammad Abu Syahbah |
- Prof. Dr. Ahmad ‘Umar Hasyim menyusun
kitab Faidh al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari. Ia telah diterbitkan hingga
kini sebanyak 10 jilid dan masih ada 2 jilid lagi yang belum dicetak.
Prof Dr Ahmad Umar Hasyim |
- Dr. Muhammad Zakiyuddin Abu al-Qasim menyusun
kitab Jami‘ al-Bayan fi Syarh Ma Ittafaq ’Alayhi al-Syaikhan, telah
dicetak dalam 15 jilid.
- Syeikh ‘Abdu Rabbuh Sulaiman menyusun kitab
Syarah Jami‘ al-Usul oleh Ibn al-Athir. Kitab ini diberi kata
pengantar oleh para ulama al-Azhar, terutamanya Musnid al-‘Asr Syeikh Ahmad Rafi‘
at-Tahtawi.
- Syeikh Ahmad ‘Abdul al-Rahman al-Banna
al-Sa‘ati (ayah kepada Imam Hasan al-Banna) menghasilkan Bulugh al-Amani
bi Tartib Musnad Ahmad bin Hanbal al-Syaibani, dan kemudian menyusun
syarahnya al-Fath al-Rabbani. Beliau turut menyusun dan mensyarah
hadis-hadis Musnad Abi Dawud al-Tayalisi dan Musnad al-Syafi‘e.
Syeikh Ahmad ‘Abdul al-Rahman al-Banna |
Dan lain-lain.
Boleh dikatakan sangat sukar untuk menghitung
karya-karya ulama al-Azhar dalam bahagian ini secara detail kerana jumlahnya
yang begitu banyak.Bahkan, menurut Syeikh Usamah nyaris tiada satupun institusi
keilmuan islam yang menghasilkan produk-produk ilmiah dalam bidang hadith,
terutama dari segi mensyarah kitab-kitab yang besar dan mu’tamad ini yang
melebihi al-Azhar.
2. Mematangkan ilmu berkaitan Manahij al-Muhaddithin
(Metodologi Ahli Hadith)
Ilmu Manahij al-Hadith adalah ilmu yang nyaris
mati dalam beberapa kurun lampau. Namun dihidupkan kembali oleh ulama-ulama
al-Azhar. Istilah Manahij al-Muhaddithin adalah lebih kurang sama
dengan istilah Syurut al-A’immah (syarat-syarat para imam) pada masa
dahulu. Antara ulama yang mengarang mengenai Syurut al-A’immah ialah Ibn
Mandah, al-Hazimi dan al-Maqdisi. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh
‘Abdul al-Fattah Abu Ghuddah dalam tahqiqnya ke atas kitab Syurut
al-A’immah oleh al-Hazimi dan al-Maqdisi.
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah |
Antara ulama al-Azhar yang menghasilkan karya
mengenai Manahij al-Muhaddithin ini ialah:
- Syeikh Muhammad Muhammad Abu Zahw mengarang
kitab al-Hadith wa al-Muhaddithun.
- Dr. Ahmad Muharram al-Syeikh Naji menulis
kitab berjudul al-Daw’ al-Lami‘ al-Mubin ‘an Manahij al-Muhaddithin setebal
2 jilid mengenai metodologi ahli hadith sehingga kurun ke-empat hijrah.
Manahij al-Muhaddithin merupakan antara
subjek penting yang diajarkan di al-Azhar kini dan amat sangat banyak karya
yang telah dikarang mengenainya.
3. Mematangkan ilmu-ilmu istilah hadith
Antara tokoh-tokoh al-Azhar dalam bidang ini:
- Syeikh Muhammmad ‘Abd al-‘Azim al-Zurqani
menyusun kitab Manhaj al-Hadith fi ‘Ulum al-Hadith.
- Syeikh Ahmad ‘Ali Ahmadin menyusun
kitab Daw’ al-Qamar ‘ala Nukhbah al-Fikar.
- Syeikh ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Latif menyusun
kitab al-Mukhtasar fi ‘Ilm Rijal al-Atsar dan al-Mu‘tasar fi
‘Ulum al-Athar.
- Syeikh Mustafa Amin at-Tazi mengarang
kitab Maqasid al-Hadith fi al-Qadim wa al-Hadith.
- Syeikh Muhammad Muhammad al-Samahi menyusun
kitab Manhaj al-Hadis Fi ‘Ulum al-Hadith setebal 4 juz. Muridnya, Dr.
Nuruddin ‘Itr memuji kitab ini yang mengandungi bahasan yang halus dan detail.
Namun beliau sangat sedih karena kitab ini tidak disebarkan secara luas. Kitab
ini lebih padat berbanding kitab Taujih an-Nazar oleh Syeikh Tahir
al-Jazairi.
Syeikh Nuruddin 'Itr |
Syeikh ‘Ali Jum‘ah pernah bertanya kepada
Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah: Apakah kitab yang perlu dibaca oleh penuntut
ilmu hadis? Jawab beliau: Nuzhah an-Nazar dan an-Nukat oleh Ibn Hajar, Tadrib
al-Rawi karya as-Sayuti, Fath al-Mughits karya as-Sakhawi dan Taujih al-Nazar
oleh Syeikh Tahir al-Jazairi karena ia mengandungi falsafah ilmu hadith.
Dr Ali Juma'ah |
Syeikhul Muhaddithin di zaman ini, Syeikh
Dr. Ahmad Ma‘bad ‘Abd al-Karim mempelajari Fath al-Mughith secara
lengkap dari Syeikh Muhammad al-Samahi. Menurutnya, Syeikh al-Samahi boleh menjadi
lebih alim dan lebih luas perbahasan ilmunya dari al-Hafiz as-Sakhawi.
Syeikh Dr Ahmad Ma'bad Abdul Karim |
- Syeikh Muhammad Muhammad Abu Syahbah
mengarang kitab al-Wasit fi ‘Ulum Mustalah al-Hadith. Kitab ini wajar
digandingkan bersama kitab Tadrib ar-Rawi karya as-Sayuti dan Fath
al-Mughith karya as-Sakhawi.
- Syeikh Muhammad Mahmud Ahmad Bakkar mengarang
kitab Bulugh al-Amal min Mustalah al-Hadith wa ‘Ulum ar-Rijal. Terdiri
daripada 2 jilid.
Dan masih banyak lagi.
Jika dihitung saja sejak dari tahun 1930-an
hingga kini, nescaya akan ditemukan lebih dari 500 buah produk ilmiah berkaitan
bidang ini.
4. Menghasilkan produk-produk ilmiah
berkaitan ilmu Takhrij al-Hadith
Antara tokoh-tokoh al-Azhar dalam bidang ini:
- Syeikh ‘Abd al-Maujud ‘Abd al-Latif menyusun
kitab Takhrij al-Hadith berjudul Kasyf al-Litham, setebal 2 jilid.
- Dr. ‘Abd al-Muhdi ‘Abd al-Qadir menulis
kitab Turuq Takhrij al-Hadith. Beliau mengatakan bahawa kitab tersebut
adalah kitab pertama yang dikarang dalam bidang ilmu Turuq Takhrij Hadith. Meskipun
sebelumnya al-Hafiz Ahmad Shiddiq al-Ghumari telah mengarang kitab berjudul Husul
al-Tafrij bi Usul at-Takhrij, namun sayangnya kitab ini tidak diterbitkan
begitu lama dan akhir-akhir ini baru diterbitkan. Maka, boleh dikatakan beliau,
Dr. ‘Abd al-Muhdi adalah orang pertama dari kalangan ulama al-Azhar yang
menyusunnya secara lengkap.
al-Hafiz Ahmad as-Siddiq al-Ghumari |
- Syeikh Dr. Ridha Zakariyya mengarang kitab
Takhrij al-Hadith yang sangat dipuji oleh Syeikh Ahmad Ma‘bid ‘Abd al-Karim.
Takhrij al-Hadith merupakan antara subjek
penting yang diajarkan di al-Azhar kini dan amat banyak karya yang telah
dikarang mengenainya.
5. Mengadakan majlis pembacaan dan penyampaian
hadith, serta mengekalkan tradisi sanad dan ijazah.
Majlis-majlis pengajian hadith di al-Azhar pada
masa lalu hingga saat ini merupakan majlis yang sangat banyak pelaksanaannya
serta banyak dihadiri oleh para penuntut ilmu. Antara tokoh-tokohnya:
Syeikh Yusuf ad-Dijwi |
- Al-‘Allamah Syeikh Yusuf ad-Dijwi mengadakan
majlis pembacaan Sahih al-Bukhari yang dihadiri oleh banyak penuntut ilmu,
sebagaimana yang diceritakan oleh Syeikh Abu al-Hasan Zaid al-Faruqi
dalam kitab Maqamat Khayr, dalam bahasa Urdu. Bahkan ada yang mengatakan
bahawa majlis ini dihadiri oleh sekurang-kurangnya 500 orang sehingga lebih
dari 1000 orang pendengar.
Sahih al-Bukhari cetakkan Sultaniyyah |
- Syeikh Hasunah al-Nawawi, yang menjawat jawatan
Syaikh al-Azhar dan Mufti Mesir pada waktu yang sama , sebagaimana halnya
Syeikh Muhammad al-Mahdi al-‘Abbasi (kerana kebanyakan Syeikh al-Azhar dan
Mufti Mesir dijawat oleh orang yang berbeza). Beliau diperintahkan oleh Sultan
‘Abd al-Hamid al-‘Uthmani untuk membuat perkumpulan ulama yang ditugaskan untuk
meneliti dan menerbitkan kitab Sahih al-Bukhari. Beliau lalu mengumpulkan 31
orang orang ulama al-Azhar. Lalu kumpulan ulama ini mengumpulkan begitu banyak
manuskrip Sahih al-Bukhari lalu melakukan perbahasan yang mendalam serta
analisa terhadap manuskrip tersebut sehingga berjaya menghasilkan sebuah
cetakan yang mu’tamad pada tahun 1812M yang kemudiannya dikenali sebagai Sahih
al-Bukhari cetakan Sultaniyyah, dan dianggap naskah Sahih al-Bukhari yang
paling sahih dan mu’tamad kerana cetakan ini berpegang kepada naskah
Syarafuddin al-Yunini. Meskipun Syeikh ‘Abd al-Hayy al-Kattani mengatakan naskah
Ibn Sa‘adah lebih utama berbanding naskah al-Yunini.
Syeikh Abdul Hayy al-Kattani |
- Syeikh Ahmad Mahjub ar-Rifa‘i al-Fayyumi
mempelajari Sahih al-Bukhari dari Syeikh Mustafa al-Muballat yang
mempelajarinya dari Syeikh Muhammad ‘Ali al-Syanawani (m. 1246H),
penyusun ad-Durar as-Saniyyah fi Ma ‘Ala min al-Asanid
al-Syanawaniyyah. Muridnya, Syeikh Taha bin Yusuf al-Sya‘bini mempelajari Sahih
al-Bukhari dari beliau. Syeikh Ahmad Mahjub juga ikut mempelajari Sahih Muslim
dari Syeikh Muhammad ‘Ilisy al-Maliki (Pensyarah kitab Mukhtasor al-Khalil ).
Kemudian beliau mengajarkannya dan antara muridnya ialah Syeikh Muhammad al-‘Alawi
al-Maliki. Beliau juga bersungguh-sungguh dengan Sunan at-Termizi dan
menghabiskan waktunya dengan meneliti dan membanding naskah-naskhah Sunan
at-Tirmizi. Naskah Sunan at-Tirmizi miliknya merupakan naskah yang amat sahih
dan detail, hingga Syeikh Ahmad Syakir menjadikannya sebagai sandaran dalam
tahqiqnya terhadap Sunan at-Termizi.
- Syeikh Abu Hurairah Dawud al-Qal‘i
mempelajari dan kemudian mengajar kitab Sahih al-Bukhari. Antara muridnya,
Syeikh al-Azhar Hasan al-Quwaisni yang turut mengajar kitab Sahih al-Bukhari.
Antara murid al-Quwaisni ialah Syeikh Mustafa al-‘Arusi yang turut mengadakan
majlis pengajian Sahih al-Bukhari dan pembacaan kitab Awa’il
Syeikh ‘Abdullah bin Salim al-Basri. Antara murid al-‘Arusi pula
ialah Syeikh ‘Abd al-Ghani al-‘Inani. Dikatakan, majlis beliau dihadiri oleh
200 atau lebih daripada ulama al-Azhar.
- Syeikh Ahmad Bikir al-Husaini (pensyarah
kitab al-Umm ) pernah mengadakan pengajian hadith di rumahnya dan
dihadiri oleh Syeikh Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Kattani dan tokoh-tokoh
ulama lain.
Demikianlah keadaan sejak dari zaman Syeikh
Murtadha al-Zabidi hingga ke zaman Syeikh Mufti ‘Ali Jum‘ah, yang mempelajari
Sahih al-Bukhari dari Syeikh ‘Abdullah as-Siddiq al-Ghumari. Selain Sahih
al-Bukhari, Syeikh ‘Ali Jum‘ah juga mengajar kitab-kitab hadith kubra yang
lain. Maka jelaslah bahwa al-Azhar senantiasa sibuk dengan majlis pengajian
hadith dan penyampaian ijazah sanad.
Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari |
6. Memberi perhatian berkaitan ilmu Jarh wa
Ta’dil , tashih dan tadh‘if.
Antara tokoh-tokoh al-Azhar dalam bidang ini :
- Syeikh Murtadha az-Zabidi menghasilkan sebuah
kitab yang menakjubkan berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, di mana beliau
mensyarah dan mentakhrij hadith-hadith Ihya’ ‘Ulumiddin, setebal 13 jilid.
Bahkan tatkala Imam Tajuddin as-Subki dalam Thabaqat Kubra-nya membuat
sebuah fasal tentang hadith-hadith dalam kitab Ihya’ yang tidak beliau temui
sanadnya, maka Imam Murtadha az-Zabidi mengatakan bahwa beliau menemukan
sanad-sanadnya serta asal-asalnya lalu beliau melakukan takhrij atas
hadith-hadith tersebut.
- Syeikh Ahmad Syakir seorang alim al-Azhar
yang mahir tentang hadih, ‘ilal al-hadith, al-jarh wa
al-ta’dil dan lain-lain yang tiada bandingnya di zamannya.
Syeikh Ahmad Syakir |
- Al-Hafiz Syeikh ‘Abdullah al-Siddiq
al-Ghumari pernah duduk selama 40 tahun di Mesir. Beliau telah menghasilkan
kira-kira 300 karya yang kebanyakannya berkaitan dengan hadith.
Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari |
Antara tokoh-tokoh lain dalam bahagian ini
ialah Syeikh Ahmad ‘Abd al-Rahman al-Banna as-Sa’ati, Syeikh Husain ‘Abd
al-Majid Hasyim, Syeikh Ahmad Ma‘bid, syeikhul muhadditsin di zaman
ini, dan lain-lain.
7.Menyusun kitab-kitab hadis besar
berbentuk al-Jawami’.
Antara tokoh-tokoh al-Azhar dalam bidang ini:
- Syeikh Mansur ‘Ali Nasif, beliau menyusun
kitab al-Taj al-Jami’ lil Usul.
- Syeikh Husain ‘Abd al-Majid Hasyim menyusun
Ensiklopedia Hadith setebal 14 jilid. Namun, ia tidak diterbitkan hingga kini.
- Syeikh Habibullah al-Syinqiti mengarang
kitab Zad al-Muslim Fima Ittafaqa ‘Alaih al-Bukhari wa Muslim. Begitu
banyak ulama-ulama al-Azhar mempelajari Sahih Muslim daripada beliau.
8. Mentahqiq dan mentakhrij manuskrip hadis
dan dicetak ke dunia penerbitan.
Antara tokoh-tokoh al-Azhar dalam bidang ini:
- Syeikh ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Latif, seorang
alim yang giat mentahqiq kitab-kitab ilmu. Antaranya ialah mentahqiq
kitab Tadrib ar-Rawi karya as-Sayuti yang diterbitkan dengan penuh
teliti.
- Syeikh Sayyid Ahmad Saqr pula mentahqiq 3
jilid daripada kitab Fath al-Bari, Dalail an-Nubuwwah oleh
al-Baihaqi, Adab al-Syafi‘e oleh al-Baihaqi, al-Ilma‘ fi Taqyid as-Sama’ oleh
Qadhi ‘Iyadh dan lain-lain. Beliau memang seorang alim yang pakar tentang ilmu mentahqiq
manuskrip.
Kesimpulan
Sesungguhnya al-Azhar asy-Syarif adalah
madrasah hadith terbesar di dunia yang tidak ditemukan bandingannya dalam
memperhatikan dan membahas hadith daripada begitu banyak segi perbahasan
sebagaimana yang telah dilakukan oleh al-Azhar dan ulama-ulama al-Azhar. Seandainya
semua usaha tersebut dibukukan, sesungguhnya akan memerlukan penulisan yang
sangat panjang. Maka sebenarnya dakwaan bahawa pengkajian hadith sudah terhenti
di al-Azhar ataupun dakwaan bahawa kebiasaan dan budaya hadith di al-Azhar
sudah hilang adalah dakwaan yang tidak berdasar yang didakwa oleh orang yang
tidak mengetahui. Semoga Allah melindungi al-Azhar dari fitnah dan dakwaan
buruk dan semoga Allah senantiasa menjadikan al-Azhar, bukan saja sebagai institusi
yang tertumpu dalam satu bidang keilmuan saja, namun juga seluruh keilmuan yang
ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan