عَنْ جَابِرٌ ابْنَ عَبْدِ اللهِ، أَنَّ النَّبِيَّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَا فِي مَسْجِدِ الْفَتْحِ ثَلَاثًا: يَوْمَ
الِاثْنَيْنِ، وَيَوْمَ الثُّلَاثَاءِ، وَيَوْمَ الْأَرْبِعَاءِ، فَاسْتُجِيبَ
لَهُ يَوْمَ الْأَرْبِعَاءِ بَيْنَ الصَّلَاتَيْنِ، فَعُرِفَ الْبِشْرُ فِي
وَجْهِهِ " قَالَ جَابِرٌ: " فَلَمْ يَنْزِلْ بِي أَمْرٌ مُهِمٌّ
غَلِيظٌ، إِلَّا تَوَخَّيْتُ تِلْكَ السَّاعَةَ، فَأَدْعُو فِيهَا فَأَعْرِفُ
الْإِجَابَةَ "
Terjemahan
Daripada Jabir bin Abdillah, Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam berdoa di Masjid al-Fath pada tiga hari: hari Isnin, hari Selasa dan
hari Rabu. Dikabulkan doanya pada hari Rabu antara dua solat. Diketahui (makbulnya
doa baginda) dengan kegembiraan pada wajahnya.
Jabir berkata: “Tidaklah menimpa padaku
sesuatu urusan yang penting melainkan aku berdoa pada masa tersebut. Maka aku
berdoa pada waktu tersebut dan aku mengetahui bahawa doa aku dikabulkan.”
Riwayat Ahmad, al-Bazzar, al-Bukhari dalam
al-Adab al-Mufrad dan lain-lain.
Kata al-Munziri dalam al-Targhib Wa
al-Tarhib: “Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bazzar dan selain mereka berdua dan
sanad riwayat Ahmad baik (jayyid).”
Kata al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Diriwayatkan
oleh Ahmad dan al-Bazzar. Perawi riwayat Ahmad adalah thiqah.”
Sebahagian ahli hadis mendaifkan hadis ini
disebabkan terdapat khilaf tentang status salah seorang perawi hadis ini yang
bernama Kathir bin Zaid.
Kata al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Sunan
wa al-Ahkam: “Dalam sanadnnya terdapat Kathir bin Zaid dan padanya terdapat
perbincangan (sama ada diterima atau ditolak periwayatannya).”
Kata Ibnu Taimiyyah dalam Iqtidha’
al-Sirat al-Mustaqim: “Dalam sanadnnya terdapat Kathir bin Zaid dan padanya
terdapat perbincangan. Ibnu Ma’in menthiqahkannya suatu ketika dan
mendaifkannya pada ketika yang lain.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan