1 - مَنْ
سَرَّهُ أَنْ يَتَمَثَّلَ لَهُ الرِّجَالُ قِيَامًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ
مِنْ النَّارِ
“Sesiapa
yang suka orang lain berdiri untuknya maka siaplah
tempatnya di neraka.”
Riwayat
Abu Daud (5229) dan al-Termizi (2755) daripada Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Kata
al-Termizi: “Hadis ini hasan.”
Ancaman
ini adalah bagi orang yang menyuruh orang lain berdiri untuknya yang disertai perasaan
sombong dan angkuh. [مرقاة المفاتيح]
2 - مَا
كَانَ شَخْصٌ أَحَبَّ إلَيْهِمْ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلّى الله عليه
وسلّم، وَكَانُوا إذَا رَأَوْهُ لَمْ يَقُومُوا؛ لِمَا يَعْلَمُونَ مِنْ
كَرَاهِيَتِهِ لِذَلِكَ
“Tidak
ada orang yang lebih dicintai oleh para sahabat selain daripada Rasulullah
sallahu ‘alaihi wasallam. Jika mereka melihat baginda mereka tidak bangun
kerana mereka tahu bahawa baginda membenci perbuatan tersebut.”
Riwayat
al-Termizi (2754) daripada Anas bin Malik. Kata al-Termizi: “Hadis ini hasan
sahih gharib.”
Kata
Imam al-Tahawi dalam Syarah Musykil al-Athar: “Dalam hadis ini
menunjukkan bahawa sahabat Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam meninggalkan
perbuatan berdiri untuk baginda kerana mereka mengetahui bahawa baginda
membenci perbuatan tersebut. Dalam hadis ini juga menunjukkan bahawa jika
baginda tidak membenci perbuatan tersebut nescaya mereka akan berdiri untuk
baginda. Baginda membenci perbuatan tersebut disebabkan sifat tawaduk baginda
dan bukanlah kerana perbuatan tersebut haram bagi mereka. Bagaimana boleh
disangka bahawa perbuatan tersebut haram bagi mereka? Baginda telah menyuruh
mereka berdiri untuk Sa’d bin Mu’az dan berdirinya Talhah bin ‘Ubadillah - ketika
kehadiran baginda - untuk Ka’ab bin Malik untuk mengucapkan tahniah kepadannya
ketika turunnya [wahyu penerimaan] taubat Ka’ab bin Malik dan baginda tidak
melarang Talhah bin ‘Ubaidillah.”
Imam
al-Nawawi menyatatakan dalam al-Azkar:
“Adapun
berdiri untuk menghormati orang yang masuk [ke dalam majlis], pendapat yang
kami pilih adalah bahawa perbuatan tersebut digalakkan bagi orang yang
mempunyai kelebihan dari segi zahir seperti keilmuan, kesolehan, kemuliaan,
atau kekuasaan dan sebagainnya. Dan hendaklah perbuatan berdiri ini untuk
tujuan kebaikan, memuliakan dan penghormatan dan bukan untuk tujuan riyak dan
mengagung-agungkan.”
Maknanya, perbuatan bangun berdiri utk menghormati dan memuliakan seseorg yg datang ke sesuatu majlis itu bukanlah termasuk dalam sunnah Nabi saw? Jadi, bangun berdiri utk menyambut kedatangan sesorg bukan dlm sesuatu majlis itu barulah sunnah Nabi saw...
BalasPadam