Hadis Nabi Musa solat di dalam
kubur
مَرَرْتُ عَلَى مُوسَى وَهُوَ يُصَلِّي
فِي قَبْرِهِ
“Aku
melalui [kubur] Nabi Musa [pada malam Israk] dan baginda sedang bersolat di
dalam kuburnya.”
Hadis
sahih riwayat Muslim (2375)
daripada Anas bin Malik.
Hadis
para nabi hidup dan solat di dalam kubur
الأَنْبِيَاءُ أَحْيَاءٌ فِي
قُبُورِهِمْ يُصَلُّونَ
“Para
nabi hidup dan bersolat dalam kubur-kubur mereka.”
Riwayat
Abu Ya’la dalam Musnad (3425) daripada Anas.
Dinilai
sahih oleh al-Baihaqi [حَيَاةِ الْأَنْبِيَاءِ],
al-Munawi [فيض القدير] dan al-Zurqani [شرح الزرقاني على موطأ]. Al-Haithami [مجمع الزوائد] menilai perawi sebagai thiqah.
Hadis
membaca surah al-Mulk dalam kubur
عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ، قَالَ: ضَرَبَ بَعْضُ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ خِبَاءَهُ عَلَى قَبْرٍ وَهُوَ لاَ يَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ، فَإِذَا
فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ حَتَّى
خَتَمَهَا، فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا
رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ
أَنَّهُ قَبْرٌ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ
حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هِيَ
الْمَانِعَةُ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.
Daripada
Ibnu ‘Abbas, beliau berkata: “Sebahagian sahabat Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam membuat khemah di atas kubur dan dia tidak menyedari bahawa di situ adalah
kubur. Tiba-tiba terdengar seseorang membaca surah al-Mulk sehinggalah tamat.
Lalu sahabat tersebut datang bertemu dengan Nabi sallahu ‘alaihi wasallam lalu
berkata: “Wahai Rasulullah, aku membuat khemah di atas kubur dan aku tidak
menyedari bahawa ia adalah kubur. Tiba-tiba terdengar orang di dalamnya membaca
surah al-Mulk sehingga tamat. Maka Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Ia [surah al-Mulk] adalah penghalang. Ia adalah penyelamat yang akan
menyelamatkan daripada azab kubur.”
Riwayat
al-Termizi (2890) daripada Ibnu ‘Abbas.
Kata
al-Baihaqi [إثبات عذاب القبر]:
“Yahya bin ‘Amru bin Malik bersendirian meriwayatkannya dan dia adalah daif.”
Kata
Ahmad al-Ghumari [المداوي]:
“Kata al-Termizi: Hadis ini gharib, yakni daif.”
Al-Sayuthi
menukilkan dalam Syarh al-Sudur bi Syarh Hal al-Mauta Wa al-Qubur bahawa
al-Imam Kamal al-Din bin al-Zamalkani berkata dalam kitab al-‘Amal al-Maqbul
Fi Ziyarah al-Rasul:
“Hadis
ini jelas sebagai dalil bahawa mayat membaca dalam kuburnya surah al-Mulk. Dan
telah berlaku pada umat ini peristiwa Allah memuliakan sebahagian wali-walinya
dengan perkara tersebut [membaca al-Quran di dalam kubur] dan memuliakan
sebahagian mereka dengan solat [di dalam kubur]. Mereka ketika hidup berdoa
kepada Allah untuk mendapatkan perkara tersebut. Antara karamah yang Allah
berikan kepada wali-waliNya adalah mungkin bagi mereka untuk melalukan ketaatan
dan ibadat di dalam kubur.”
Peristiwa
solat di dalam kubur dicatatkan berlaku kepada seorang tabi’in bernama
Thabit al-Bunani. Ketika hidupnya beliau pernah berdoa:
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ
أَعْطَيْتَ أَحَدًا أَنْ يُصَلِّي فِي قَبْرِهِ فَأَعْطِنِي الصَّلاةَ فِي
قَبْرِي.
“Ya Allah, jika Engkau memberi kepada seseorang [kemulian] untuk
bersolat di dalam kuburnya maka berikanlah kepadaku [kemulian] untuk bersolat
di dalam kuburku.”
Apabila dimasukkan ke dalam liang lahad, dilihat dia mengerjakan solat. [جامع كرمات الأولياء]
Apabila dimasukkan ke dalam liang lahad, dilihat dia mengerjakan solat. [جامع كرمات الأولياء]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan