Hadis ‘penghafal al-Quran akan memberi syafaat kepada 10
orang ahli keluarganya’ diriwayatkan oleh 3 orang sahabat:
1. Jabir
لِحَامِلُ الْقُرْآنِ إِذَا أَحِلَ
حَلَالَهُ، وَحَرَّمَ حَرَامَهُ أَنْ يَشْفَعَ فِي عَشْرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتَهُ،
كُلُّهُمْ قَدْ وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ
“Untuk
penghafal al-Quran, jika dia menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al-Quran dan
mengharamkan apa yang diharamkan olehnya, maka dia dapat memberi syafaat kepada
10 orang ahli keluarganya yang mana [sebelum itu] telah wajib bagi mereka
neraka.”
Riwayat
al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath dan al-Baihaqi dalam Syu’ab
al-Iman dengan sanad yang daif.
Kata
al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Dalam sanadnya ada Ja’far bin
al-Harith dan dia adalah daif.”
2.
Ali bin Abi Thalib
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ
فَاسْتَظْهَرَهُ، شُفِّعَ فِي عَشْرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ قَدْ وَجَبَتْ لَهُمِ
النَّارُ
“Sesiapa
yang membaca al-Quran dan menghafalnya, dia dapat memberi syafaat kepada 10
orang ahli keluarganya yang mana mereka itu telah wajib bagi mereka neraka.”
Riwayat
al-Termizi, Ahmad dalam Musnad, Ibnu Majah dan lain-lain melalui jalur perawi
Hafs bin Sulaiman daripada hadis ‘Ali bin Abi Thalib.
Kata
al-Termizi: “Tidak ada baginya sanad yang sahih. Hafs bin Sulaiman, Abu ‘Umar
Bazzar Kufi didaifkan dalam hadis.”
Hafs
bin Sulaiman dijarh dengan berat oleh para ulama hadis:
a.
Al-Bukhari: “Ahli hadis meninggalkan hadisnya [تركوه].”
b.
Ibnu Ma’in: “Tidak thiqah [ليس بثقة].”
c.
Abu Hatim: “Matruk dan bukan seorang yang benar [متروك
لا يصدق].”
d.
Ibnu Hajar: “Matruk al-Hadis walaupun diakui keilmuannya dalam qiraat [متروك الحديث مع إمامته فى القراءة].”
Maka
sanad ini sangat daif.
3.
Aisyah
مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَحَفِظَهُ
أَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ، وَشَفَّعَهُ فِي عَشَرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ
كُلٌّ قَدْ أُوجِبَ النَّارَ
“Sesiapa
yang mempelajari al-Quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam
syurga dan dia dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang mana
mereka itu telah wajib bagi mereka neraka.”
Riwayat
al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad melalui jalur perawi Ahmad
bin Muhammad bin al-Hussein al-Saqathi daripada hadis ‘Aisyah.
Kata
al-Khatib al-Baghdadi: “Isnadnya semua [perawinya] adalah thiqah kecuali
al-Saqathi dan hadis [ini] tidak sabit [palsu].”
Penilaian
al-Khatib al-Baghdadi diakui oleh Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyyah
dan al-Sayuthi dalam al-Ziyadat ‘ala al-Maudhu’at.”
Kesimpulannya,
hadis tersebut hanya daif sahaja berdasarkan riwayat Jabir.
Syukran sayyidi
BalasPadam