Isnin, 23 September 2019
Menangislah
Ahad, 15 September 2019
Syeikh Sa’ad Jawish
Ahad, 8 September 2019
Beza Antara Perawi Pendusta Dan Perawi Pemalsu Hadis
Hadis Palsu: Empat Golongan Yang Diberi Syafaat
Rasulullah صلى الله عليه
و سلم bersabda:
أَرْبَعَةٌ أَنَا لَهُمْ شَفِيعٌ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ: الْمُكْرِمُ لِذُرِّيَّتِي، وَالْقَاضِي لَهُمْ حَوَائِجَهُمْ،
وَالسَّاعِي لَهُمْ فِي أُمُورِهِمْ، ما اضْطَرُّوا إِلَيْهِ، وَالْمُحِبُّ لَهُمْ
بِقَلْبِهِ وَلِسَانِهِ.
"Aku akan memberikan Syafaat kepada empat golongan
dari umat ku kelak dihari kiamat :
1. Yang menghormati keturunanku
2. Yang membantu menyampaikan hajat mereka
3. Yang menolong mereka disaat mereka kesulitan
4. Yang mencintai mereka dengan tulus hati dan dengan
lisannya."
Ihyaul Mayyit fi Fadhli Ahlil Bait hal 52 Karya Imam
Suyuthi رحمه الله.
ULASAN:
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Dailami dalam Musnad
al-Firdaus daripada jalur perawi:
ABU AL-QASIM ABDULLAH BIN AHMAD BIN 'AMIR AL-THA'IE daripada
bapanya daripada Ali bin Musa al-Ridha daripada Musa bin Ja’far al-Sodiq
daripada Muhammad al-Baqir daripada Ali Zainal Abidin daripada daripada Hussein
daripada hadis Ali bin Abi Thalib.
Hadis ini palsu. Puncanya daripada Abu al-Qasim
Abdullah bin Ahmad bin ‘Amir al-Tha’ie.
Kata al-Hussein bin Ali al-Zuhri:
“Dia seorang yang buta huruf. Dia tidak disukai (لم
يكن بالمرضي)."
Kata al-Zahabi dalam Mizan al-I’tidal:
“)Dia meriwayatkan( daripada bapanya
daripada Ali al-Ridha daripada datuk moyangnya sebuah naskah hadis palsu lagi
batil yang berterusan dipalsukan
olehnya atau bapanya.”
Kata al-Zahabi dalam Diwan al-Dhu’afa’:
“Dia meriwayatkan
daripada bapanya daripada Ahli Bait. Baginya sebuah naskhah hadis batil.”
Dia juga dituduh memalsukan hadis berkenaan kelebihan adas
oleh Ibnu al-Jauzi dalam kitab al-Maudhu’at. Kata Ibnu al-Jauzi:
“Yang dituduh
memalsukannya ialah Abdullah bin Ahmad bin Amir dan bapanya kerana mereka
berdua meriwayatkan daripada Ahli Bait sebuah naskhah hadis yang semuanya
palsu.”
Kata Ibnu Hajar dalam al-Kafi al-Syaf:
“Dia meriwayatkan (hadis) daripada bapanya dan dia adalah
pendusta.”
Hadis ini sendiri adalah palsu di sisi al-Hafiz al-Sayuthi
walaupun beliau sebutkannya dalam kitab Ihya' al-Mayyit tanpa
sebarang komentar. Beliau sebutkan hadis ini dalam kitab Zail al-Laali’
al-Masnu’ah (no. 702) yang menghimpunkan hadis-hadis palsu menurut
pandangan beliau. Boleh lihat hadis-hadis lain hasil pemalsuan Abdullah bin
Ahmad bin Amir dalam kitab tersebut, bemula hadis bernombor 696 sehingga 709.
Ulama lain yang mengatakan ia adalah palsu ialah al-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu'ah (no. 135).