- Kitab ini ialah sebuah kitab yang kecil tetapi mempunyai nilai yang besar dan banyak manfaatnya.
- Melalui kitab ini, beliau
berhasrat untuk menghimpunkan perawi-perawi yang ada kritikan pada mereka walaupun
walaupun pada hakikatnya perawi tersebut adalah thiqah (atau kedudukan
yang hampir dengannya seperti soduq, hasan al-hadith, soleh
al-hadith dan lain-lain). Manhaj beliau ini adalah sama seperti Ibnu ‘Adi (m.
365H) dalam kitab al-Kamil Fi al-Dhu’afa’.
- Kitab ini dikarang sebelum
kitab Mizan al-I’tidal yang juga menghimpunkan perawi-perawi daif.
- Kitab ini mengandungi
perawi-perawi pendusta, pemalsu hadis, perawi matruk (ditinggalkan
hadisnya) dan perawi yang binasa (هالك).
- Dalam kitab ini juga
terdapat sebahagian perawi thiqah yang ada sedikit kritikan pada mereka
dan ada juga perawi thiqah yang disenaraikan sebagai perawi daif oleh
ahli hadis yang bersikap keras dalam mengkritik perawi.
- Seterusnya disebutkan
sejumlah besar perawi majhul dan perawi-perawi yang dinaskan oleh Abi
Hatim al-Razi sebagai majhul.
- Dalam kitab ini tidak
disebutkan perawi-perawi yang dikatakan kepada mereka sebagai: محله الصدق (martabatnya
di kalangan orang yang bersifat benar), يكته حديثه (ditulis hadisnya), لا بأس به (tiada
masalah dengannya), هو شيخ (dia adalah
syeikh) dan صالح الحديث (salih
hadisnya) kerana ini termasuk dalam ucapan ta’dil (pujian terhadap perawi).
- Beliau meletakkan rumus
secara khusus bagi perawi Kutub al-Sittah seperti berikut:
1 – Huruf Kha’ (خ) bagi perawi yang dikeluarkan
hadisnya oleh al-Bukhari.
2 –
Huruf Mim (م) bagi Muslim.
3 –
Huruf Dal (د) bagi Abu Daud.
4 –
Huruf Ta’ (ت) bagi al-Termizi.
5 –
Huruf Sin (س) bagi al-Nasa’ie.
6 –
Huruf Qaf (ق) bagi Ibnu Majah.
7 – Huruf ‘Ain (ع) bagi
keenam-enam mereka.
8 – Huruf ‘Ain Ha’ (عه) bagi empat
sunan.
- Beliau benar-benar
meringkaskan dan memudahkan kitab ini agar penuntut ilmu hadis dapat mengenali
perawi-perawi daif dengan mudah.
-Keseluruhan perawi yang terdapat dalam kitab ini
ialah 7854 orang perawi.
- Kitab ini diterbitkan oleh
Dar al-Ma’arif, Halab yang ditahqiq oleh Syeikh Dr Nuruddin ‘Itr rahimahullah
pada tahun 1971 dalam dua jilid kitab bersaiz sederhana.
Rujukan:
- Masadir al-Hadith Wa
Maraji’uhu oleh Sayyid Abdul Majid al-Ghauri.
- Mukadimah tahqiq al-Mughni
Fi al-Dhu’afa’ oleh Syeikh Dr Nuruddin ‘Itr.