Abu Sulaiman al-Darani berkata:
"Seorang zahid yang sebenar tidak mencela dunia dan tidak juga memujinya. Dia tidak melihat kepada dunia, tidak gembira apabila dunia datang kepadanya dan tidak bersedih apabila dunia pergi daripadanya."
[Sumber: Hilyah al-Auliya' oleh Abu
Nu'aim al-Asbahani]
________________
Imam Abu Sulaiman al-Darani merupakan seorang ulama
yang masyhur dengan kezuhudan. Beliau lahir sekitar tahun 140 Hijrah. Salah
seorang guru beliau ialah Sufyan
al-Thauri. Al-Khatib al-Baghdadi memuji beliau sebagai salah seorang hamba
Allah yang soleh dan daripada kalangan zahid yang banyak beribadat. Meninggal
dunia pada tahun 215 Hijrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan