1 - Ibnu Abi Ziyad berkata: “Bapaku berkata kepadaku: Wahai anakku, lazimilah orang yang berakal dan duduklah bersama mereka serta jauhilah orang yang bodoh. Tidaklah aku duduk bersama orang yang bodoh melainkan aku terus bangun. Jika tidak nescaya aku akan mendapati akalku berkurangan.”
2 - Abdullah
bin Khubaib berkata: “Allah mewahyukan kepada Musa alaihis salam: Janganlah
kamu marah-marah kepada orang yang bodoh nescaya akan bertambah kegusaranmu.”
3 -
Al-Hasan al-Basri berkata: “Menjauhi orang yang bodoh itu satu ibadah kepada
Allah.”
4 -
Abdullah bin Daud al-Khuraibi berkata: “Setiap sahabat yang tidak berakal
maka dia lebih menyusahkan kamu daripada musuhmu sendiri.”
5 - Bisyr
bin al-Harith al-Hafi berkata: “Melihat orang bodoh itu menyakitkan mata.”
Kata beliau lagi: “Orang bodoh itu menyakitkan mata sama ada dia ada di
depanmu mahupun tiada.”
6 - Syu’bah
bin al-Hajjaj berkata: “Akal kami hanyalah sedikit. Apabila kami duduk
bersama orang yang lebih sedikit akalnya daripada kami nescaya hilanglah akal
yang sedikit itu. Aku berpandangan bahawa jika seseorang itu duduk bersama
orang yang lebih sedikit akal daripadanya maka akan hilanglah akalnya.”
[أخبار الحمقى والمغفلين
لابن الجوزي]