Istilah-istilah asas
ilmu hadith
1. Ilmu Mustholah Hadith : Ilmu tentang
asas-asas dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengetahui keadaan sanad dan
matan hadith sama ada diterima atau ditolak.
2. Perkara yang menjadi
perbahasan ilmu mustolah hadith : Perkara yang dijadikan perbahasan
dalam ilmu mustolah hadith adalah sanad dan matan hadith, sama ada diterima
atau ditolak.
3. Manfaat ilmu mustolah hadith : Dapat
mengetahui hadith sahih dan hadith-hadith yang lemah.
4. Hadith
a. Menurut bahasa : Al-jadid(baru)
b. Menurut istilah : Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi S.A.W, samada
perkataan, perbuatan, taqrir(diamnya) mahupun sifatnya.
5. Khabar
a. Menurut bahasa : An-Naba’(berita)
b. Menurut istilah : Terdapat tiga pendapat :
1. Maksud yang sama dengan hadith : Sesuatu yang
disandarkan kepada Nabi S.A.W, samada perkataan, perbuatan, taqrir(diamnya)
mahupun sifatnya.
2. Maksud yang berbeza dengan hadith : Hadith
berasal dari Nabi S.A.W, manakala khabar adalah selain daripada Nabi S.A.W.
3. Maksud yang lebih umum daripada hadith : Hadith
berasal daripada Nabi S.A.W sedangkan khabar adalah sesuatu yang berasal
daripada Nabi S.A.W mahupun selain daripada Nabi S.A.W.
6. Athar
a. Menurut bahasa : Sisa daripada sesuatu
b. Menurut istilah : Terdapat dua pendapat :
1. Maksud yang sama dengan hadith : Sesuatu yang
disandarkan kepada Nabi S.A.W, samada perkataan, perbuatan, taqrir(diamnya)
mahupun sifatnya.
2. Maksud yang berbeza dengan hadith : Sesuatu yang
disandarkan kepada sahabat dan tabi’in, samada perkataan mahupun perbuatan.
7. Perawi Hadis : Perawi hadith
ialah orang yang menerima dan menyampaikan hadis daripada Rasulullah S.A.W.
8. Sanad
a. Menurut bahasa : al-Mu’tamad(tempat bersandar).
Disebut seperti itu kerana hadith disandarkan kepada sanad.
b. Menurut istilah : Rangkaian para perawi hadith
yang bersambung dengan matan.
8.. Isnad
Terdapat dua maksud :
a. Mengembalikan hadith kepada yang
mengatakannya(perawi), sebagai sandaran.
b. Urutan para perawi hadith yang bersambung dengan
matan(teks hadith). Dengan makna ini, maka mas\ksud isnad adalah sama dengan
sanad.
9. Matan
a. Menurut bahasa : Tanah yang keras
b. Menurut istilah : Perkataan terakhir dari
sanad(teks hadith)
10. Musnad
a. Menurut bahasa : Menyandarkan kepada sesuatu
b. Menurut istilah : Setiap kitab yang di dalamnya
mengandungi kumpulan hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat menurut syarat
tertentu.
11. Musnid : Orang yang meriwayatkan hadith
dengan sanadnya, samada orang itu mengetahui ataupun tidak mengetahui hadith
yang diriwayatkannya.
12. Muhaddith : Orang yang menceburi bidang
hadith, samaada dari segi riwayah dan mahupun dirayah, mengetahui banyak riwayat
hadith dan keadaan para perawi hadith.
13. Al-Hafiz
Terdapat dua pendapat ;
a. Menurut ulama hadith, maksu hafiz sama dengan
muhaddith.
b. Ada yang berpendapat martabat hafiz lebih tinggi
daripada muhaddith kerana sorang hafiz lebih banyak mengetahui setiap perkara
berkenaan hadith samada dari segi sanad dan matan hadith.
14. Hakim : Orang yang mengetahui seluruh
hadith-hadith sehingga tidak ada perkara yang tidak diketahuinya melaikan amat
sedikit.
Rujukan
Taisir Mustholah al-Hadith karya Dr Mahmud Thohan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan