Selasa, 22 April 2014

Syeikh Dr Yusri Rusydi Sayyid Jabr al-Hasani


Syeikh Dr Yusri Rusydi Sayyid Jabr al-Hasani merupakan salah seorang ulama yang mengajar di masjid al-Azhar asy-Syarif dan dalam masa yang sama beliau juga merupakan seorang doktor pakar bedah. Beliau mengajar Sahih al-Bukhari di masjid al-Azhar dari waktu pagi sehingga waktu tengahari.



Nama dan kelahiran

Nama beliau ialah Yusri bin Rusydi bin as-Sayyid bin Jabr al-Hasani. Nasab belia bersambung sehingga Saidina Hasan bin Ali radiallahu ‘anhu. Beliau dilahirkan pada 23 September 1954M di Hayyu Raudhul Faraj, Kaherah, Mesir. Beliau bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asy’ari) dari segi akidah, bermazhab asy-Syafi’e dari segi fiqh dan berthariqat asy-Syazili as-Siddiqi.



Pendidikan

Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah dan mendapat pangkat ‘Jayyid Jiddan’ pada Disember 1978. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang ‘Pembedahan Am juga dari Universiti Kaherah pada November 1983 dan beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam ‘Pembedahan Am’ juga dari Universiti yang sama pada Mei 1991. Kemudian beliau meneruskan pengajian di bidang syariah (B.A) dalam kuliah Syariah wal Qanun, Universiti al-Azhar pada tahun 1992 dan mendapat pangkat ‘Jayyid Jiddan’ pada tahun 1997.



Menghafaz al-Quran

Beliau mula menghafaz al-Quran dengan riwayat Hafs ‘an ‘Asim semasa dalam pengajian di kulah perubatan melalui guru beliau Fadhilat as-Syeikh Abdul Hakim bin Abdul Salam Khatir (sekarang bertugas sebagai panel rujukan al-Quran di Madinah) dan berjaya mengkhatamkannya secara hafazan pada tahun 1985. Guru al-Quran beliau yang lain ialah Syeikh Muhammad Adam, Syeikh Muhammad Badawi as-Sayyid yang bersambung sanad mereka dengan Rasulullah s.a.w.melalui Saidina Jibril a.s. dari Luh Mahfuz dari Allah s.w.t.



Guru-guru

1. Syeikh Muhammad Hafiz at-Tijani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatta’ Imam Malik selama 2 tahun (1976-1978)



2. Syeikh Muhammad Najib al-Muti’ie rahimahullah (pelengkap kepada kitab al-Majmu’ bi Syarhi al-Muhazzab), beliau menghadiri pengajian Sahih al-Bukhari, kitab Hasyiyyah Qalyubi wa ‘Umairah ‘ala al-Minhaj (Fiqh asy-Syafi’ie) dan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karya Imam al-Ghazali dari tahun 1978 sehingga tahun 1981.

3. Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab as-Syamail al-Muhammadiyyah karya Imam at-Termizi pada bulan Ramadhan tahun 1980, al-Muwatta’ karya Imam Malik, al-Luma’ fi Ilmi al-Usul yang dibacakan oleh Syeikh Dr Ali Jum’ah. Beliau mengambil sanad tariqat as-Siddiqi ad-Darqawiyah as-Syazuliyyah dari gurunya ini.



4. Syeikh Ahmad al-Mursi an-Naqsyabandi rahimahullah, salah seorang dari ulama Al-Azhar. Beliau kerap menziarahinya dan mengambil banyak faedah darinya.

5. Syeikh Isma’il Sodiq al-Adawi rahimahullah, bekas imam besar Masjid Al-Azhar. Beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatta’ di Masjid Imam Ahmad al-Dardir dan tafsir sebahagian surah daripada al-Quran di Masjid al-Husaini. Beliau sentiasa bersama dengan gurunya ini untuk beberapa tahun dan sering bermusafir bersama ke pedalaman Mesir untuk ziarah para solihin. Beliau banyak mempelajari mengenai hakikat ilmu tasawuf darinya.



6. Syeikh Prof Dr Ali Jum’ah hafizahullah, beliau menghadiri pengajian kitab al-Waraqat karya Imam al-Juwaini, kitab Jam’u al-Jawami’, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Muqaddimah Ibnu Solah, Mughni al-Muhtaj karya al-Khatib asy-Syirbini, al-Asybah wa an-Nazair karya Imam as-Sayuthi, Kharidah al-Bahiyyah karya Imam Ahmad as-Dardir dan kitab Fath al-Qarib al-Mujib karya Imam Ibn Qasim al-Ghazi. Dr Ali Juma’ah juga merupakan sahabat seperguruan beliau dengan Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah.



7. Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim al-Husaini rahimahullah.




8. Syeikh as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani rahimahullah.



9. Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ith al-Husaini al-Kittani hafizahullah, muhaddith dan musnid Iskandariah.



10. Prof Dr Muhammad Rabi’e al-Jauhari hafizahullah (mantan Dekan Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar). Beliau menghadiri pengajian ilmu akidah.

11. Habib Ali al-Jufri hafizahullah



12. Syeikh Muhammad Hassan Osman hafizahullah, Professor Bahasa Arab di Universiti al-Azhar. Beliau menghadiri pengajian kitab al-Ajrumiyyah dan Alfiyyah Ibnu Malik dan ilmu ‘Arudh.

13. Syeikh Kamal al-‘Inani, Pensyarah Fiqh di Kuliah Syariah.  Beliau menghadiri pengajian ilmu Nahu.

Kitab-kitab yang diajar oleh Syeikh Yusri

1. Al-Syifa’ bi Ta’rif Huquq al-Mustafa karya Qadhi ‘Iyyad.

2. Asy-Syamail al-Muhammadiyyah karya Imam at-Termizi.

 3. Al-Hikam al-‘Athaiyyah karya Imam Ibnu ‘Athaillah as-Sakandari.

4. Ar-Risalah al-Qusyairiyyah karya Imam al-Qusyairi di Masjid al-Azhar.

5. Sahih al-Bukhari di Masjid al-Asyraf.

6. Sahih Muslim bi Syarhi an-Nawawi di Masjid al-Asyraf.

7. Hasyiyyah al-Baijuri ‘ala Ibnu Qasim al-Ghazi di Masjid al-Asyraf.

8. Al-Tibyan fi Adab Hamalatul Qur’an karya Imam an-Nawawi.

9. Riyadh as-Salihin karya Imam an-Nawawi di Masjid al-Husri.





Khamis, 10 April 2014

Dr Basyar ‘Awadh Ma’ruf


Dr Basyar ‘Awadh Ma’ruf al-‘Ibadi al-A’zami al-Baghdadi merupakan seorang muhaqqiq, ahli sejarah dan penulis yang berasal dari negara Iraq. Beliau banyak mentahqiq kitab-kitab sejarah, rijal dan hadith. 



Pendidikan

1. Mendapat Ijazah Sarjana Muda dari bahagian Sejarah, Kuliah Adab, Universiti Baghdad pada tahun 1964. Beliau mendapat kedudukan pertama diantara semua para pelajar.

2. Mendapat Ijazah Sarjana di bahagian Sejarah dan Arkeologi, Universiti Baghdad dan beliau mentahqiq kitab al-Takmilah li Wafyat al-Naqlah karya Zakiyuddin al-Munziri sebagai syarat mendapat Ijazah Sarjana.

3. Mendapat Ijazah Kedoktoran dari Kuliah Adab, Universiti Baghdad pada tahun 1976 dan tajuk risalah kedoktoran beliau ialah “Az-Zahabi dan Manhajnya dalam kitabnya Tarikh al-Islam”.

4. Berkesempatan mempelajari bahasa German di Universiti Hambugh ketika beliau ditugaskan mengajar bahasa Arab di universiti tersebut pada tahun 1965.

5. Mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dan German.



Jawatan Akademik

1. Ahli Akademi Bahasa Arab di Jordan.

2. Ahli Akademi Bahasa Arab di Damsyik, Syiria.

3. Penulis di Maktabah Markaz, Universiti Baghdad.

4. Pensyarah di Universiti Baghdad.

5. Pensyarah di Kuliah Imam al-A’zam dan Kuliah Pengajian Islam, Universiti al-Mustansiriyyah, Baghdad, Iraq.

6. Presiden Universiti Saddam selama tiga tahun (1989-1992).

7. Professor Hadith dan Tafsir di Universiti Oman.

8. Professor di Universiti al-Bulqa al-Tatbiqiyyah, Amman, Jordan.



Karya

a. Penulisan

1. Athar al-Hadith fi Nasyah al-Tarikh ‘Inda al-Muslimin, 1966.

2. Al-Munziri wa Kitabahu al-Takmilah, 1968.

3. Tawarikh Baghdad al-Tarajimiyyah, 1974.

4. Az-Zahabi wa Manhajuhu Fi Kitabahu Tarikh al-Islam, 1976.

5. Rihlah Fi al-Fikr wa at-Turath, 1980.

6. Dhobith an-Nas wa at-Ta’liq ‘Alaih, 1982.

7. Tarikh al-Iraq, 1983.

8. Hadarah al-Iraq, 1985.

9. Al-Islam wa al-Mustaqbal, 1986.

10. ‘Ali wa al-Khulafa’, 1988.

11. Al-Islam wa MAfhum al-Qiyadah al-‘Arabiyyah lil Ummah al-Islamiyyah, 1988.

12. Al-Bayan fi Hukm al-Taghni bi al-Quran, 1990.

13. Al-Muntaqa Min Hadith al-Musthafa, 1990.

14. Al-Huquq fi al-Islam, 1994.

15. Al-Musnad al-Jami’ li Ahadith al-Kutub as-Sittah wa Muallafat Ashabiha, 1992. 22 jilid.

16. Tahrir Taqrib at-Tahzib, ditulis bersama dengan Syeikh Syu’ib al-Arnauth. 1997.

17. Fi Tahqiq an-Nas, 2004.

18. Al-Musnad al-Musannaf al-Mu'allal, 2013. 40 jilid.

b. Tahqiq

1. Al-Wifayat karya Abi Mas’ud al-Haji (m. 556), 1966.

2. At-Takmilah li Wifayat an-Naqlah karya al-Hafiz al-Munziri (m. 656).

3. Ahl al-Miah Faso’ida karya al-Hafiz az-Zahabi (m. 748), 1973.

4. Zail Tarikh Madinah al-Islam Baghdad karya Ibn ad-Dabithi (m. 637), 1974.

5. Masyikhah an-Ni’al al-Baghdad, 1975.

6. Tahzin al-Kamal Fi Asma’ ar-Rijal karya al-Hafiz al-Mizzi (m. 742), 1998. 35 jilid. Beliau menghabiskan masa selama lebih 12 tahun untuk mentahqiq kitab ini. Kata beliau, kitab ini adalah umurnya.

7. Siyar A’lam an-Nubala’ karya al-Hafiz az-Zahabi (m. 748).

8. Ma’rifah al-Qurra’ al-Kibar ‘Ala at-Tabaqat wa al-I’tisar karya al-Hafiz az-Zahabi (m. 748).

9. Al-Muwatta’ karya Imam Malik bin Anas, berdasarkan riwayat Abi Mus’ab az-Zuhri al-Madani.

10. Tafsir at-Tabari, 1994.

11. Wajiz al-Kalam Fi az-Zail ‘Ala Dawwul al-Islam karya as-Sakhawi (m. 902), 1995.

12. Al-Muwatta’ karya Imam Malik bin Anas, berdasarkan riwayat Yahya bin Yahya al-Laithi, 1996.

13. Al-Jami’ al-Kabir karya al-Imam Abi ‘Isa at-Termizi (m. 279), 1996. 6 jilid.

14. Sunan Ibnu Majah karya al-Imam Muhammad bin Yazid al-Quzwini (m. 273), 1998. 6 jilid.

15. Al-Hawadith karya Ibnu al-Futhi, 1997.

16. Hayah as-Sahabah karya al-Kandahlawi (m. 1384), 1999.

17. Tuhfah al-Asyraf bi Ma’rifah al-Athraf karya al-Mizzi (m. 742), 1999.

18. Tarikh Madinah al-Islam karya al-Khatib al-Baghdadi (m. 463), 2000.

19. Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A’lam karya az-Zahabi (m. 748).

20. Mu’jam Syuyukh Taj ad-Din as-Subki, 2004.

21. Silah at-Takmilah li Wifayat an-Naqlah karya Izzuddin al-Husaini (m. 695).

22. Juzuk keempat daripada kitab al-‘Ibr karya Ibnu Khaldun, 2007.

Sekarang beliau sedang mentahqiq kitab al-Muhalla (15 jilid) oleh Ibnu Hazm dan kitab al-Tamhid oleh Ibnu Abdil Barr (15 jilid).

Rabu, 2 April 2014

Cara menghafal di Mauritania


Serorang ulama dan ahli bahasa yang tersohor dari negara Mauritania iaitu Syeikh Muhammad Salim al-‘Udud telah menghadiri satu perjumpaan di antara para ulama di peringkat antarabangsa di Kaherah, Mesir. Setelah perjumpaan selesai, Syeikh Muhammad Salim telah keluar bersama dengan seorang ulama Mesir untuk makan malam  dan saling berbual-bual. Dalam perbualan tersebut, mereka saling berbual mengenai perbezaan antara negara Mauritania, sebuah negara yang miskin yang terletak di Gurun Sahara dengan negara Mesir, sebuah negara yang moden. Kedua-dua ulama tersebut berbincang mengenai cara menuntut ilmu di kedua-dua buah negara tersebut dan ini menyebabkan ulama Mesir tersebut berseloroh dengan bertanya kepada ulama Mauritania tersebut: “Antara ulama Mauritania dengan ulama Mesir, yang mana satukah yang lebih alim?”

Sebagai menjawab soalan tersebut, Syeikh Muhammad Salim menjawab: “Ulama kamu lebih alim sewaktu siang hari dan ulama kami lebih alim di malam hari.”

Oleh kerana mencabarnya kehidupan di Gurun Sahara dan sukarnya untuk mendapatkan buku kerana sering dilanda ribut pasir, para ulama Mauritania telah mengamalkan satu tradisi iaitu menghafal segala pelajaran yang dipelajari. Apabila anda melawat madrasah-madrasah yang terdapat di Mauritania, anda akan mendapati di sana tidak terdapat perpustakaan yang besar di mana para pelajar melakukan kajian dan menekuni ilmu. Apabila anda membaca buku-buku bahasa Arab yang membincangkan mengenai cara-cara menuntut ilmu, anda akan mendapati bahawa terdapat dua cara menuntut ilmu yang biasa diamalkan di dalam dunia Islam iaitu :

1.    Cara tanqih dan mutala’ah iaitu dengan cara membaca dengan teliti kitab-kitab turath yang muktabar selepas menguasai ilmu-ilmu asas Islam di bawah bimbingan para ulama. Cara ini banyak dipakai di dunia Islam seperti di negara Mesir, Syiria, Jordan, Lubnan, Hijaz, India dan Indonesia. Kebanyakkan para pelajar di negara tersebut menggunakan cara ini.

2.   Cara hafiz dan itqan iaitu dengan cara menghafal dan menguasai setiap matapelajaran yang dipelajari. Cara yang kurang terkenal ini, kebanyakkannya digunakan di negara Mauritania, Senegal, Mali dan negara-negara utara Afrika. 

Kelebihan dan kekurangan

Kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Cara tanqih dan mutala’ah

Kelebihan

1.    Para pelajar dapat mengetahui banyak perkara secara teliti kerana dapat membaca banyak karya para ulama.

2.   Cara ini membolehkan para pelajar dan ulama mengkaji perkara-perkara tertentu dan dapat mengetahui hujah dan pandangan ulama silam.

3.   Cara ini dapat menghubungkan para pelajar dengan ulama silam.

 Kekurangan

1. Tanpa cara yang betul, para pelajar tidak dapat mengambil manfaat daripada buku yang dibaca.

2. Ramai orang yang membaca buku tanpa menguasai ilmu-ilmu asas yang akhirnya membuatkan mereka mempunyai kefahaman yang salah.

3. Kewujudan buku menyebabkan daya hafalan seseorang menjadi lemah. Para ulama yang alim pada waktu siang adalah ulama yang perlu merujuk pada bukunya dan jika tanpa buku, contohnya pada malam hari, mereka tidak dapat merujuk pada bukunya,

4. Dengan cara ini, para pelajar kurang menghafal pelajaran yang dipelajarinya. Jadi para pelajar memerlukan masa yang banyak untutk melakukan ulangkaji setiap pelajaran yang dipelajarinya kerana pelajaran tersebut tidak disimpan di ingatan jangka panjangnya.

Kaedah hafiz dan itqan

Kelebihan

1. Para pelajar dapat menumpukan perhatian dengan menguasai ilmu-ilmu asas dengan cara menghafal matan-matan ilmu berbanding dengan cara mengkaji berpuluh-puluh buah buku. Ini membolehkan pelajar tersebut dapat mengajar orang lain pada bila-bila masa sahaja kerana pelajaran yang dipelajarinya tersimpan di ingatan jangka panjangnya,

2. Cara ini membuatkan para pelajar mempunyai masa untuk menumpukan perhatian dan fokus pada pelajarannya.

3. Para pelajar dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu mengulang kaji kerana segalanya telah tersimpan di ingatannya.

Kekurangan

 1. Cara ini memerlukan masa yang banyak dan membosankan.

2. Para pelajar terpaksa juga bergantung kepada kitab-kitab yang mensyarah matan-matan tersebut untuk mendapat kefahaman yang lebih mendalam.

3. Kebanyakan orang terlalu lemah untuk menggunakan cara ini dalam tempoh yang lama.

Kesimpulannya, para pelajar perlu mengabungkan kedua-dua cara ini untuk mendapat manfaat yang lebih banyak.

Bagaimana cara menghafal?

Secara ringkas, kita akan menerangkan cara menghafal yang biasa digunakan di negara Mauritania supaya kita dapat mengambil manfaat.

Cara menghafal yang terdapat di Mauritania terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

1. Cara menghafal al-Quran

2. Cara menghafal matan-matan ilmu

3. Mengulangkaji secara berkumpulan sebagai bantuan untuk mengingat

Oleh kerana cara menghafal al-Quran dan matan-matan ilmu mempunyai persamaan, maka kita jelaskan dalam satu bahagian.

Bagaimana untuk mula menghafal?

Sebelum kita menerangkan cara untuk menghafal, terdapat beberapa perkara yang ingin digariskan :

1. Menghafal sebenarnya mudah. Cabaran yang sebenar ialah untuk mengingat kembali setiap perkara yang kita hafal.

2. Matlamat kita adalah untuk membolehkan kita memasukkan setiap perkara yang kita hafal, samaada ayat al-Quran mahupun matan-matan ilmu kedalam ingatan jangka panjang. Dalam bahasa yang mudah, kita mahu menghafal segalanya dan dapat mengingat segalanya dengan mudah sebagaimana kita mengingat surah al-Fatihah.

3. Kebiasaanya di Mauritania dan Afrika Utara, mereka menghafal dengan menggunakan sekeping papan kayu yang dipanggil lahwah. Jika kamu menghafal dengan cara ini, kamu akan lebih mudah untuk menghafal. Malah warna coklat papan kayu tersebut lebih membuatkan mata kita lebih rilek.

4. Cuba dapatkan kertas yang berwarna coklat dan tulis apa yang anda ingin hafal di atas kertas tersebut.

5. Anda juga memerlukan tasbih untuk memudahkan anda mengira bilangan ulangan.

Selepas anda menyediakan semuanya, maka anda sudah bersedia untuk memulakan hafalan.

Bagaimana cara untutk melakukannya

1. Tulis tiga atau empat ayat al-Quran yang anda ingin hafal di atas kertas dengan tulisan yang anda dapat baca dengan baik. Jika anda ingin menghafal matan seperti Arbain Nawawiyah(iaitu dalam bentuk hadith), maka anda hanya perlu menghafal satu hadith dalam masa sehari dan jika anda ingin menghafal matan-matan lain berkenaan fiqh atau nahu yang dalam bentuk syair, maka anda hanya perlu menghafal empat bait syair sahaja dalam  masa sehari. Untuk menghafal al-Quran dengan menggunakan kaedah ini, maka sebelum anda mula menghafal, anda perlu membaca ayat yang anda ingin hafal tersebut di hadapan seorang guru bagi mengelakkan berlakunya kesilapan.

2. Baca ayat-ayat al-Quran atau syair tersebut dengan suara yang kuat sambil anda melihat kepada tulisan tersebut. Baca dan baca sehingga anda mampu membaca tanpa melihat kepada tulisan tersebut.

3. Selepas menghafal syair tersebut, teruskan mengulang-gulang apa yang telah anda hafal tersebut sebanyak 300 kali dengan mengunakan bantuan alat pengira. Jika anda menghafal ayat-ayat al-Quran, maka anda perlu mengulangnya sebanyak 500 kali. Di Mauritania, mereka akan mengulang-gulang setiap muka surat al-Quran sebanyak 500 kali. Anda boleh mengulang-gulang ayat-ayat tersebut kurang dari 500 kali tetapi anda akan memerlukan masa yang lebih untuk mengulang kembali ayat tersebut pada masa yang lain untuk mengelakkan anda melupakan ayat tersebut.

4. Baca bait syair tersebut sambil melihat kertas tersebut beberapa kali untuk memastikan tidak ada perkataan yang anda tertinggal dan untuk mengelak berlakunya kesilapan.

5. Anda tidak perlu membaca syair tersebut sebanyak 300 kali dalam satu-satu masa. Mungkin anda boleh mengulang-gulang membaca syair tersebut sebanyak 100 kali dan anda berhenti untuk berehat kemudian sambung mengulang-gulang semula syair tersebut sehingga mencukupi bilangan 300 kali. Kebiasaanya anda memerlukan 3 jam untuk mengulang bait-bait syair tersebut sebanyak 300 kali dan anda memerlukan 4 jam setengah untuk mengulang satu muka al-Quran sebanyak 500 kali.

6. Setelah berjaya mengulang sebanyak 300 kali, anda bolehlah berehat. Anda sudah berjaya untuk hari pertama.

7. Untuk hari yang kedua, anda akan menghafal bait syair yang baru yang anda perlu ulang sebanyak 300 kali. Walaubagaimanapun, setelah anda selesai mengulang bait syair yang baru sebanyak 300 kali, anda masih perlu mengulang bait syair yang dihafal semalam sebanyak 150 kali.

8. Pada hari ketiga, anda akan menghafal bait syair yang baru sebanyak 300 kali dan anda perlu mengulang bait syair semalam(hari kedua) sebanyak 150 kali dan baik syair pada hari pertama sebanyak 50 atau 75 kali.

9. Pada hari keempat, anda akan menghafal bait syair yang baru sebanyak 300 kali dan anda juga perlu mengulang bait syair semalam(hari ketiga) sebanyak 150 kali, bait syari hari kedua sebanyak 50 atau 75 kali dan bait syair hari pertama sebanyak 10 kali.

Dengan cara ini, anda hanya memerlukan masa yang singkat untuk mengingati segala yang anda telah hafal kerana segalanya telah masuk ke dalam memori jangka panjang. Anda juga dikehendaki membaca dari awal syair sehingga ke akhir sebanyak 5 atau 10 kali untuk membolehkan anda mengaitkan antara bait syair yang anda hafal secara terpisah.

Seterusnya?

Setelah selesai menghafal, para pelajar akan duduk di hadapan syeikh untuk mendengar penerangan bagi bait syair yang telah dihafal. Kemudian, pelajar tersebut akan menulis penerangan yang telah diberikan oleh syeikh dan penerangan tersebut akan turut dihafal.

Bagaimana?

Para pelajar akan cuba memahami penerangan yang telah diberikan oleh syeikh berkenaan dengan bait-bait syair yang telah dihafal. Kemudian pelajar tersebut akan menerangkan kembali maksud bait-bait syair tersebut berdasarkan pemahamannya sendiri. Pada hari kedua, para pelajar akan mengulang bait syair yang telah dihafal pada hari yang pertama sebanyak 150 kali. Setiap kali selesai mengulang bait syair tersebut sebanyak 10 kali, pelajar tersebut akan menerangkan maksud bait syair tersebut berdasarkan pemahamannya sendiri. Cara ini akan berterusan untuk setiap syair yang telah dihafal pada hari pertama, kedua, ketiga dan keempat.






Cara menghafal al-Quran



Oleh: Syeikh Abdul Mohsin al-Qasimi (Imam Masjid an-Nabawi)

 Segala puji Bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad S.A.W. Dalam tulisan ini, kami akan kemukakan cara termudah untuk menghafal al-Quran. Keistimewaan teori ini adalah kuatnya hafalan yang akan diperoleh seseorang dam disertai cepatnya waktu yang ditempuh untuk mengkhatamkan al-Quran. Teori ini sangat mudah untuk dipraktikan dan insya Allah akan sangat membantu bagi siapa saja yang ingin menghafal al-Quran. Disini akan kami bawakan contoh praktis dalam mempraktikannya:

Misalnya saja jika anda ingin menghafalkan surat an-Nisa’, maka anda boleh mengikuti teori berikut ini:

1. Bacalah ayat pertama 20 kali.

2. Bacalah ayat kedua 20 kali.

3. Bacalah ayat ketiga 20 kali.

4. Bacalah ayat keempat 20 kali.

5. Kemudian ayat 1 hingga 4 sebanyak 20 kali.

6. Bacalah ayat kelima 20 kali.

7. Bacalah ayat keenam 20 kali.

8. Bacalah ayat ketujuh 20 kali.

9. Bacalah ayat kelapan 20 kali.

10. Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya      sebanyak 20 kali.

11. Bacalah ayat ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

Demikian seterusnya hingga selesai seluruh al Quran, dan jangan sampai menghafal dalam sehari lebih dari 2 muka surat, agar tidak berat bagi anda untuk mengulang dan menjaganya.

BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?

Jika anda ingin menambah hafalan baru pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru, maka anda harus membaca hafalan lama dari ayat pertama hingga terakhir sebanyak 20 kali juga hal ini supaya hafalan tersebut kukuh dan kuat dalam ingatan anda, kemudian anda memulai hafalan baru dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan ketika menghafal ayat-ayat sebelumnya.

BAGIMANA CARA MENGGABUNG ANTARA MENGULANG (MURAJA'AH) DAN MENAMBAH HAFALAN BARU?

Jangan sekali-kali anda menambah hafalan tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya, karena jika anda menghafal al-Quran terus-menerus tanpa mengulangnya terlebih dahulu hingga  selesai semua al-Quran, kemudian anda ingin mengulangnya dari awal nescaya hal itu akan terasa berat sekali, karena secara tidak disadari anda akan banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal dan seolah-olah menghafal dari mula, oleh kerana itu cara yang paling baik dalam meghafal al-Quran adalah dengan mengumpulkan antara murajaah (mengulang) dan menambah hafalan baru.

Anda boleh membagi seluruh mushaf menjadi tiga bagian, setiap 10 juz menjadi satu bagian, jika anda dalam sehari menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga anda dapat menyelesaikan sepuluh juz, jika anda telah menyelesaikan sepuluh juz maka berhentilah selama satu bulan penuh untuk mengulang yang telah dihafal dengan cara setiap hari anda mengulang sebanyak lapan halaman.

Setelah satu bulan anda mengulang hafalan, anda mulai kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung kemampuan, dan mengulang setiap harinya 8 halaman sehingga anda boleh menyelesaikan 20 juz, jika anda telah menghafal 20 juz maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulang, setiap hari anda harus mengulang 8 halaman, jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah menghafal kembali setiap harinya satu atau dua halaman tergantung kemampuan dan setiap harinya mengulang apa yang telah dihafal sebanyak 8 lembar, hingga anda boleh menyelesaikan seluruh al-Quran.

Jika anda telah menyelesaikan 30 juz, ulangilah 10 juz pertama selama satu bulan iaitu mengulang setengah juz sehari, kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya juga setiap harinya diulang setengah juz ditambah 8 halaman dari sepuluh juz pertama, kemudian pindahlah untuk mengulang sepuluh juz terakhir dengan cara yang hampir sama, yaitu setiap harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama dan 8 halaman dari 10 juz kedua.

BAGAIMANA CARA MENGULANG AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH MENYELESAIKAN MURAJAAH DIATAS?

Mulailah mengulang al-Quran secara keseluruhan dengan cara setiap harinya mengulang 2 juz, dengan mengulangnya 3 kali dalam sehari, dengan demikian maka anda akan boleh mengkhatamkan al-Quran setiap dua minggu sekali.

Dengan cara ini maka dalam jangka satu tahun insya Allah anda telah mutqin (kukuh) dalam menghafal al qur an, dan lakukanlah cara ini selama satu tahun.

APA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR AN SELAMA SATU TAHUN?

Setelah menguasai hafalan dan mengulangnya dengan itqan (mantap) selama satu tahun, jadikanlah al-Quran sebagai wirid harian anda hingga akhir hayat, kerana itulah yang dilakukan oleh Nabi. Semasa hidupnya, beliau membahagi al-Quran menjadi tujuh bahagian dan setiap harinya beliau mengulang setiap bagian tersebut, sehingga beliau mengkhatamkan al-Quran setiap 7 hari sekali.

Aus bin Huzaifah rahimahullah; aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah bagiamana cara mereka membagi al-Quran untuk dijadikan wirid harian? Mereka menjawab: "Kami membahagi al-Quran menjadi 3 surat, 5 surat, 7 surat, 9 surat, 11 surat, dan wirid mufashal dari surat qaaf hingga khatam (al-Quran)". (HR. Ahmad).

Jadi mereka membagi wiridnya sebagai berikut:

- Hari pertama: membaca surat "al fatihah" hingga akhir surat "an-nisa",

- Hari kedua: dari surat "al maidah" hingga akhir surat "at-taubah",

- Hari ketiga: dari surat "yunus" hingga akhir surat "an-nahl",

- Hari keempat: dari surat "al isra" hingga akhir surat "al furqan",

- Hari kelima: dari surat "asy syu'ara" hingga akhir surat "yaasin",

- Hari keenam: dari surat "ash-shafat" hingga akhir surat "al hujurat",
- Hari ketujuh: dari surat "qaaf" hingga akhir surat "an-naas".

 Para ulama menyingkat wirid nabi dengan al-Qur an menjadi kata: " Fami bisyauqin”, dari masing-masing huruf tersebut menjadi symbol dari surat yang dijadikan wirid Nabi pada setiap harinya maka:

- huruf "fa" symbol dari surat "al fatihah", sebagai awal wirid beliau hari pertama,

- huruf "mim" symbol dari surat "al maidah", sebagai awal wirid beliau hari kedua,

- huruf "ya" symbol dari surat "yunus", sebagai wirid beliau hari ketiga,

- huruf "ba" symbol dari surat "bani israil (nama lain dari surat al isra)", sebagai wirid beliau hari keempat,

- huruf "syin" symbol dari surat "asy syu'ara", sebagai awal wirid beliau hari kelima,

- huruf "wau" symbol dari surat "wa shafaat", sebagai awal wirid beliau hari keenam,

- huruf "qaaf" symbol dari surat "qaaf", sebagai awal wirid beliau hari ketujuh hingga akhir surat "an-nas".

Adapun pembagian hizib yang ada pada al-qur an sekarang ini tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi.

BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG SERUPA DALAM AL-QUR AN?

Cara terbaik untuk membezakan antara bacaan yang hampir sama (mutasyabih) adalah dengan cara membuka mushaf lalu bandingkan antara kedua ayat tersebut dan cermatilah perbezaan antara keduanya, kemudian buatlah tanda yang boleh membezakan antara keduanya, dan ketika anda melakukan murajaah hafalan perhatikan perbedaan tersebut dan ulangilah secara terus menerus sehingga anda dapat mengingatnya dengan baik dan hafalan anda menjadi kuat (mutqin).

KAEDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL:

1- Anda harus menghafal melalui seorang rakan atau guru yang boleh membetulkan bacaan anda jika anda salah membacanya.

2- Hafallah setiap hari sebanyak 2 mukasurat, 1 muka surat setelah subuh dan 1 muka surat setelah asar atau maghrib. Dengan cara ini insya Allah anda akan boleh menghafal al-Quran secara kukuh dalam waktu satu tahun, akan tetapi  jika anda menghafal lebih dari 2 muka surat, anda akan merasa sukar untuk mengingatinya. Jika anda tidak mampu menghafal 2 muka surat dalam sehari, anda boleh menghafal setengah muka surat atau tiga ayat dalam sehari. Yang penting, anda mesti istiqamah dalam menghafal al-Quran.

3- Hafallah mulai dari surat an-Nas hingga surat al-Baqarah (secara membalikkan urutan al-Quran), karena hal itu lebih mudah. Mulakan dari surah-surah yang pendek terlebih dahulu kemudian barulah menghafal surah yang panjang.

4- Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf tertentu yang baik dari segi tulisannya maupun bentuknya, hal itu agar lebih mudah untuk menguatkan hafalan dan agar lebih mudah mengingat setiap ayatnya serta permulaan dan akhir setiap halamannya.


5- Setiap yang menghafalkan al-Quran pada 2 tahun pertama biasanya akan mudah hilang apa yang telah ia hafalkan, masa ini disebut masa "tajmi'" (pengumpulan hafalan), maka jangan bersedih karena sulitnya mengulang atau banyak kelirunya dalam hafalan, ini merupakan masa ujian bagi para penghafal al-Quran, dan masa ini syaitan akann menggambil kesempatan untuk menggoda penghafal al-Quran agar memberhentikan penghafalan al-Quran, maka jangan pedulikan godaannya dan teruslah menghafal, karena meghafal al-Quran merupakan harta yang sangat berharga dan tidak tidak diberikan kecuali kepada orang yang dikurniai Allah swt, akhirnya kita memohon kepada-Nya agar kits termasuk diantara hamba-hamba-Nya yang diberi taufiq untuk menghafal dan mengamalkan kitabNya dan mengikuti sunnah nabi-Nya dalam kehidupan yang fana ini. Amin ya rabal 'alamin.