Dr Basyar ‘Awadh Ma’ruf al-‘Ibadi al-A’zami al-Baghdadi
merupakan seorang muhaqqiq, ahli sejarah dan penulis yang berasal dari
negara Iraq. Beliau banyak mentahqiq kitab-kitab sejarah, rijal dan hadith.
Pendidikan
1. Mendapat Ijazah Sarjana Muda dari bahagian Sejarah, Kuliah
Adab, Universiti Baghdad pada tahun 1964. Beliau mendapat kedudukan pertama
diantara semua para pelajar.
2. Mendapat Ijazah Sarjana di bahagian Sejarah dan Arkeologi,
Universiti Baghdad dan beliau mentahqiq kitab al-Takmilah li Wafyat al-Naqlah
karya Zakiyuddin al-Munziri sebagai syarat mendapat Ijazah Sarjana.
3. Mendapat Ijazah Kedoktoran dari Kuliah Adab, Universiti
Baghdad pada tahun 1976 dan tajuk risalah kedoktoran beliau ialah “Az-Zahabi
dan Manhajnya dalam kitabnya Tarikh al-Islam”.
4. Berkesempatan mempelajari bahasa German di Universiti
Hambugh ketika beliau ditugaskan mengajar bahasa Arab di universiti tersebut
pada tahun 1965.
5. Mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dan German.
Jawatan Akademik
1. Ahli Akademi Bahasa Arab di Jordan.
2. Ahli Akademi Bahasa Arab di Damsyik, Syiria.
3. Penulis di Maktabah Markaz, Universiti Baghdad.
4. Pensyarah di Universiti Baghdad.
5. Pensyarah di Kuliah Imam al-A’zam dan Kuliah Pengajian
Islam, Universiti al-Mustansiriyyah, Baghdad, Iraq.
6. Presiden Universiti Saddam selama tiga tahun (1989-1992).
7. Professor Hadith dan Tafsir di Universiti Oman.
8. Professor di Universiti al-Bulqa al-Tatbiqiyyah, Amman,
Jordan.
Karya
a. Penulisan
1. Athar al-Hadith fi Nasyah al-Tarikh ‘Inda al-Muslimin,
1966.
2. Al-Munziri wa Kitabahu al-Takmilah, 1968.
3. Tawarikh Baghdad al-Tarajimiyyah, 1974.
4. Az-Zahabi wa Manhajuhu Fi Kitabahu Tarikh al-Islam, 1976.
5. Rihlah Fi al-Fikr wa at-Turath, 1980.
6. Dhobith an-Nas wa at-Ta’liq ‘Alaih, 1982.
7. Tarikh al-Iraq, 1983.
8. Hadarah al-Iraq, 1985.
9. Al-Islam wa al-Mustaqbal, 1986.
10. ‘Ali wa al-Khulafa’, 1988.
11. Al-Islam wa MAfhum al-Qiyadah al-‘Arabiyyah lil Ummah
al-Islamiyyah, 1988.
12. Al-Bayan fi Hukm al-Taghni bi al-Quran, 1990.
13. Al-Muntaqa Min Hadith al-Musthafa, 1990.
14. Al-Huquq fi al-Islam, 1994.
15. Al-Musnad al-Jami’ li Ahadith al-Kutub as-Sittah wa
Muallafat Ashabiha, 1992. 22 jilid.
16. Tahrir Taqrib at-Tahzib, ditulis bersama dengan Syeikh
Syu’ib al-Arnauth. 1997.
17. Fi Tahqiq an-Nas, 2004.
18. Al-Musnad al-Musannaf al-Mu'allal, 2013. 40 jilid.
18. Al-Musnad al-Musannaf al-Mu'allal, 2013. 40 jilid.
b. Tahqiq
1. Al-Wifayat karya Abi Mas’ud al-Haji (m. 556), 1966.
2. At-Takmilah li Wifayat an-Naqlah karya al-Hafiz al-Munziri
(m. 656).
3. Ahl al-Miah Faso’ida karya al-Hafiz az-Zahabi (m. 748), 1973.
4. Zail Tarikh Madinah al-Islam Baghdad karya Ibn ad-Dabithi
(m. 637), 1974.
5. Masyikhah an-Ni’al al-Baghdad, 1975.
6. Tahzin al-Kamal Fi Asma’ ar-Rijal karya al-Hafiz al-Mizzi
(m. 742), 1998. 35 jilid. Beliau menghabiskan masa selama lebih 12 tahun untuk mentahqiq kitab ini. Kata beliau, kitab ini adalah umurnya.
7. Siyar A’lam an-Nubala’ karya al-Hafiz az-Zahabi (m. 748).
8. Ma’rifah al-Qurra’ al-Kibar ‘Ala at-Tabaqat wa al-I’tisar
karya al-Hafiz az-Zahabi (m. 748).
9. Al-Muwatta’ karya Imam Malik bin Anas, berdasarkan riwayat
Abi Mus’ab az-Zuhri al-Madani.
10. Tafsir at-Tabari, 1994.
11. Wajiz al-Kalam Fi az-Zail ‘Ala Dawwul al-Islam karya
as-Sakhawi (m. 902), 1995.
12. Al-Muwatta’ karya Imam Malik bin Anas, berdasarkan riwayat
Yahya bin Yahya al-Laithi, 1996.
13. Al-Jami’ al-Kabir karya al-Imam Abi ‘Isa at-Termizi (m. 279),
1996. 6 jilid.
14. Sunan Ibnu Majah karya al-Imam Muhammad bin Yazid
al-Quzwini (m. 273), 1998. 6 jilid.
15. Al-Hawadith karya Ibnu al-Futhi, 1997.
16. Hayah as-Sahabah karya al-Kandahlawi (m. 1384), 1999.
17. Tuhfah al-Asyraf bi Ma’rifah al-Athraf karya al-Mizzi
(m. 742), 1999.
18. Tarikh Madinah al-Islam karya al-Khatib al-Baghdadi (m.
463), 2000.
19. Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A’lam karya
az-Zahabi (m. 748).
20. Mu’jam Syuyukh Taj ad-Din as-Subki, 2004.
21. Silah at-Takmilah li Wifayat an-Naqlah karya Izzuddin
al-Husaini (m. 695).
22. Juzuk keempat daripada kitab al-‘Ibr karya Ibnu Khaldun,
2007.
Sekarang beliau sedang mentahqiq kitab al-Muhalla (15 jilid) oleh Ibnu Hazm dan kitab al-Tamhid oleh Ibnu Abdil Barr (15 jilid).
Sekarang beliau sedang mentahqiq kitab al-Muhalla (15 jilid) oleh Ibnu Hazm dan kitab al-Tamhid oleh Ibnu Abdil Barr (15 jilid).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan