إِنَّ
الْعَالِمَ وَالْمُتَعَلِّمَ إِذَا مَرَّا عَلَى قَرْيَةٍ فَإِنَّ اللَّهَ
تَعَالَى يَرْفَعُ الْعَذَابَ عَنْ مَقْبَرَةِ تِلْكَ الْقَرْيَةِ أَرْبَعِينَ
يَوْمًا.
“Sesungguhnya jika
seorang alim dan penuntut ilmu melalui sebuah kampung Allah akan menangkat azab
daripada perkuburan kampung tersebut selama 40 hari.”
Saya temui hadis dengan makna
yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan lafaz yang disebutkan oleh Syeikh
Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani dalam kitab Matla’ al-Badrain (kitab
fadhilat ilmu):
إِذَا مَرَّ
مُتَعَلِّم عَلَى قَرْيَةٍ رَفَعَ اللهُ العَذَابَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا مِنْ مَقَابِر
تِلْكَ القَرْيَةِ.
“Jika penuntut ilmu melalui
sebuah kampung Allah akan menangkat azab selama 40 hari daripada perkuburan
kampung tersebut.”
Penilaian Hadis
1 - Imam al-Biqa'ie dalam al-Nukat Wa al-Fawaid 'Ala Syarah al-'Aqaid berkata:
"Tidak ada sumber asal baginya dan antara bukti yang menunjukkan hadith ini adalah palsu - selain daripada tidak dijumpai sumbernya - ialah kelemahan maknanya, kerana jika hadis ini sahih, ia akan membawa maksud bahawa apabila Nabi lalu di kawasan perkuburan, azab akan terangkat daripada penghuni kubur itu buat selama-lamanya."
2. Al-Hafiz al-Sayuthi dalam Takhrij Ahadith Syarh al-‘Aqaid berkata: “Tidak ada sumber asal baginya (La Asla Lahu)."
Maksud ‘tidak ada sumber asal baginya’
ialah ‘tidak ada sanad baginya.’
Penilaian al-Hafiz al-Sayuthi ini
diikuti dan dipersetujui oleh beberapa orang ulama selepasnya, antaranya:
a. Al-Mulla ‘Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfu’ah dan al-Masnu’.
b. Mar’ie al-Kirmani al-Hanbali dalam al-Fawaid al-Maudhu’ah juga menghukumnya sebagai tidak ada
asal.
c. Al-‘Ajluni dalam Kasyf
al-Khafa’.
d. Al-Qawuqji dalam al-Lu’lu’
al-Marsu’.
Oleh itu tidak boleh disandarkan kepada Nabi sallahu 'alaihi wasallam dan disebarkan melainkan untuk dinyatakan kepalsuannya.
Wallahu a’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan