Selasa, 5 Mac 2019

Hadis Palsu: Pesanan Rasulullah kepada 'Aisyah/Fatimah Sebelum Tidur

Teks Hadis:

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau

kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.

Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat.

Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu.

Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Ulasan

Hadis ini ada disebutkan oleh al-Khubawi dalam Durrah al-Nasihin tetapi pesanan tersebut dikatakan kepada Saidatina Aisyah, bukan kepada Saidatina Fatimah sebagaimana yang dikongsi sebahagian orang.

Al-Khubawi menukilkannya daripada Tafsir Haqqi. Tafsir Haqqi yang beliau maksudkan ialah kitab tafsir Ruh al-Bayan karangan Isma'il Haqqi. Menurut Dr. Ahmad Lutfi Fadlullah dalam takhrij hadis kitab Durrah an-Nasihin (ms. 504), beliau mencari dalam beberapa tempat pada kitab tersebut dan hadis tersebut belum juga dapat dikesan. Menurut beliau lagi, ia mendekati palsu kerana tidak mempunyai sumber.

Menurut Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari (m. 1993 H) dalam kitab al-Fawaid al-Maqsudah (ms. 29, tahqiq: Syeikh Hasan al-Saqqaf), Syeikh Isma'il Haqqi, pengarang kitab tafsir Ruh al-Bayan, bukanlah daripada kalangan ahli hadis. Disebabkan itu beliau banyak menyebutkan hadis-hadis palsu dalam kitab tafsir beliau sebagaimana yang berlaku kepada al-Zamakhsyari (m. 538 H), al-Baidhawi (m. 685 H), Abu al-Su'ud (m. 982 H) dan ahli-ahli tafsir yang lain.

Teksnya dalam bahasa 'Arab:

 يا عائشة لا تنامي حتى تعملي أربعه أشياء: حتى تختمي القران وحتى تجعلي الأنبياء لك شفعاء يوم القيامة، وحتى تجعلي المسلمين راضين عنك، وحتى تجعلي لك حجة وعمرة. فدخل في الصلاة، فبقيت على فراشه حتى أتم الصلاة، فلما أتمها قالت: يا رسول الله، فداك أبي وأمي، أمرتني أربعه أشياء لا اقدر في هذه الساعة أن افعلها!! فتبسم رسول الله وقال: إذا قرأت قل هو الله احد ثلاثا فكأنك ختمت القران، وإذا صليت علي وعلى الأنبياء من قبلي فقد صرنا لك شفعاء يوم القيامة، وإذا استغفرت للمؤمنين فكلهم يرضون عنك، وإذا قلت : سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر فقد حجت واعتمرت.

Wallahu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan