Dihikayatkan
bahawa Bisyr al-Hafi (m. 277 H) ketika zaman lalainya beliau berada di
rumahnya. Bersama beliau ada rakan-rakanya yang sedang minum-minum dan
berhibur.
Tiba-tiba
seorang lelaki soleh melintasi mereka dan mengetuk pintu. Seorang hamba perempuan
keluar bertemu dengan lelaki soleh tersebut.
Lelaki
tersebut berkata: "Pemilik rumah ini adakah dia seorang yang merdeka
ataupun hamba?
Hamba
perempuan tersebut menjawab: “Bahkan dia seorang yang merdeka.”
Lelaki
tersebut kemudian berkata: “Kamu benar. Kalaulah dia seorang hamba nescaya
dia akan beradab sebagaimana seorang hamba dan meninggalkan kelalaian dan
hiburan.”
Bisyr
mendengar perbualan antara hamba dan lelaki tersebut dan beliau segera ke pintu
dalam keadaan tidak berkasut dan bersedih. Dia mendapati lelaki tersebut telah
pergi.
Bisyr
bertanya kepada hamba perempuan: “Siapa yang bercakap dengan kamu di pintu
itu?”
Hamba
tersebut menceritakan apa yang terjadi.
Bisyr
bertanya lagi: “Arah manakah yang dilalui oleh lelaki tersebut?”
Hamba
tersebut menjawab: “Sini.”
Bisyr
berjalan melalui arah tersebut sehingga bertemu semula dengan lelaki tersebut.
Bisyr
bertanya kepadanya: “Wahai tuanku, adakah engkau yang berdiri di pintu dan
bercakap dengan hamba perempuan tersebut?”
Lelaki itu
menjawab: “Ya.”
Bisy
berkata: “Ulang semula ucapan kamu.”
Lelaki tersebut mengulang semula apa yang
dikatakannya. Mendengar ucapan lelaki tersebut menyebabkan Bisyr jatuh ke bumi
dan berkata: “Bahkan aku hamba. Aku adalah hamba.”
Kemudian
Bisyr berlalu pergi tanpa arah tuju dalam keadaan tidak berkasut dan berduka
sehinggalah dia dikenali sebagai al-Hafi (tidak berkasut).
Beliau
pernah ditanya: “Mengapa engkau tidak memakai kasut?”
Beliau
menjawab: “Tuhanku tidak menjadikan aku baik melainkan ketika aku tidak
berkasut. Aku mahu kekal dalam keadaan ini sehingga aku mati.”
[Al-Tawwabin,
Ibnu Qudamah al-Maqdisi]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan