- Di dalam kitab Lisan al-Mizan karangan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani dicatatkan tentang seorang perawi pendusta yang namanya, nama bapanya, kunyahnya dan laqabnya yang sama dengan al-Imam al-Bukhari iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari.
- Dikatakan bahawa dia
merupakan seorang pemuda yang datang ke Baghdad untuk belajar hadis pada awal
tahun 500 Hijrah.
- Dia telah dituduh berdusta
oleh Imam Ibnu al-Jauzi.
- Al-Silafi mengatakan: “Aku
melihat para syeikh sepakat akan buruk perbuatannya serta keji iktikad dan
penipuannya.”
- Seseorang pernah berkata
kepadanya: “Bukankah Nabi sallahu ‘alaihi wasallam mengatakan: Sesiapa yang
berdusta atas namaku maka siaplah tempatnya di neraka?” Dia berdolak-dalik
dengan mengatakan: “Aku hanya berdusta atas nama syeikh-syeikh sahaja (bukan
atas nama nabi).”
- Al-Silafi dalam Mu’jam
al-Asbahaniyyin berkata: “Abu Abdillah, Muhammad bin Ismail bin Muhammad
al-Bukhari al-Zandani, seorang pemuda yang datang bertemu kami di Asbahan. Dia
menulis hadis daripadaku dan aku menulis hadis daripadanya. Dia mendengar
banyak hadis daripadaku. Dia seorang yang semberono dan bercelaru fikirannya.
Sangat banyak berdusta. Ditulis satu laporan tentangnya di Baghdad yang
ditandatangani oleh para huffaz Baghdad seperti Abu Ali al-Baradani, Abu Ghalib
al-Baqilani, Abu Muhammad al-Samarqandi, al-Mu’taman al-Saji, Abu ‘Amir al-‘Abdari
dan aku juga menandatanganinya. Kemudian dia mati dan Allah menyelamatkan kaum
mukminin daripada kejahatannya.”
- Abu Bakar al-Hanafi al-Makki
(yang digelar Kaka (كاك) al-Bukhari) berkata: “Namanya bukanlah Muhammad dan
bukanlah nama bapanya Ismail. Dia hanya mencipta nama tersebut supaya sama
dengan nama al-Imam (al-Bukhari), penulis kitab al-Sahih.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan