Doa Pertama:
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي
أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ.
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan
kami dan kepadanyalah kami akan kembali.”
Doa Kedua:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَدَّ
عَلَيَّ رُوحِي، وَعَافَانِي فِي جَسَدِي، وَأَذِنَ لِي بِذِكْرِهِ.
“Segala puji bagi Allah yang mengembalikan rohku, menyihatkan
tubuh badanku dan mengizinkan aku untuk mengingatiNya.”
Sumber Doa:
Doa Pertama:
Diriwayatkan daripada Huzaifah radiallahu ‘anhu,
beliau berkata:
كَانَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اسْتَيْقَظَ قَالَ: الحَمْدُ
لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ.
“Nabi sallahu ‘alaihi wasallam
apabila bangun (daripada tidur) akan membaca:
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي
أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ.
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan
kami dan kepadanyalah kami akan kembali.”
Takhrij Hadis:
Riwayat al-Bukhari (no. 6312, 6314,
6324, 7394).
Doa Kedua:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu,
daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:
إِذَا اسْتَيْقَظَ
أَحَدُكُمْ، فَلْيَقُلِ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَدَّ عَلَيَّ رُوحِي،
وَعَافَانِي فِي جَسَدِي، وَأَذِنَ لِي بِذِكْرِهِ.
“Apabila kamu bangun (daripada tidur) maka bacalah:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَدَّ
عَلَيَّ رُوحِي، وَعَافَانِي فِي جَسَدِي، وَأَذِنَ لِي بِذِكْرِهِ.
“Segala puji bagi Allah yang mengembalikan rohku, menyihatkan
tubuh badanku dan mengizinkan aku untuk mengingatiNya.”
Takhrij Hadis:
Riwayat al-Tirmizi (no. 3401), al-Nasa’ie dalam Amal al-Yaum Wa al-Lailah (no. 866) dan Ibnu al-Sunni dalam Amal al-Yaum Wa al-Lailah (no. 9).
Al-Tirmizi menghasankannya. Al-Nawawi dalam al-Azkar
pula mensahihkannya tetapi dikritik oleh Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar
kerana dalam sanadnya ada perawi bernama Muhammad bin ‘Ajlan yang ada sedikit kekurangan
dari segi hafalannya khususnya ketika dia meriwayatkan hadis daripada gurunya,
Sa’id al-Maqburi dan ini salah satunya daripadanya. Namun hadisnya masih
bertaraf hasan.
Keterangan dan Hikmah Doa:
1 - Dalam doa yang pertama tersebut Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam menyamakan tidur dengan mati. Ini kerana apabila seorang manusia itu tidur maka hilanglah seluruh pancainderanya seolah-olah dia telah mati. Tidur juga memutuskan hubungan antara roh dengan badan.
Imam al-Qurtubi menyebutkan: “Tidur dan mati itu kedua-duanya memutuskan hubungan roh dengan badan. Dan ia boleh berlaku secara zahir iaitu dengan tidur. Disebabkan itu dikatakan bahawa tidur itu adalah saudara kepada mati. Terputus hubungan roh dengan badan juga boleh berlaku secara zahir dan batin iaitu mati.”
Apabila
manusia itu tidur zahir kelihatan terputus hubungan roh daripada jasadnya dan
apabila dia benar-benar mati maka hubungan roh daripada jasadnya terputus
secara zahir mahupun batin.
2 - Ini adalah salah satu petunjuk Rasulullah sallahu
‘alaihi wasallam kepada umatnya supaya sentiasa berdoa kepada Allah dengan
doa ini ketika tidur supaya dapat mengingatkan seorang mukmin itu bahawa dunia
ini bukan tempat yang kekal. Pada setiap hari manusia itu mati dan hidup
semula. Disebabkan itu tidur juga disebut sebagai kematian kecil.
3 - Hikmat menyebut zikir dan doa ketika bangun tidur supaya
pemulaan amalan seorang mukmin itu adalah dengan mengingati Allah dan menyebut
kalimah tauhid.
4 - Sentiasa mengingati mati supaya hati tidak lalai daripada
mengingati Allah.
5 - Sentiasa bersyukur atas nikmat kehidupan, sihat tubuh badan
dan dimudahkan untuk mengingati Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan