- Nama beliau ialah Muhammad bin Bahadur bin Abdullah. Sebahagian ahli sejarah menulis namanya sebagai Muhammad bin Abdullah bin Bahadur. Beliau digelar Badruddin al-Zarkasyi.
Ahad, 21 Januari 2018
Al-Imam Badruddin al-Zarkasyi
- Nama beliau ialah Muhammad bin Bahadur bin Abdullah. Sebahagian ahli sejarah menulis namanya sebagai Muhammad bin Abdullah bin Bahadur. Beliau digelar Badruddin al-Zarkasyi.
Jumaat, 19 Januari 2018
Bagaimana Ahli Hadis Menyelidik Perawi Hadis?
1- Melihat kepada hal ehwal perawi dari segi menjaga ketaatan dan menjauhi maksiat serta bertanya kepada orang yang mengetahui tentang hal perawi tersebut.
Rabu, 17 Januari 2018
Mu’jam al-Hadith al-Nabawi karangan Syeikh al-Albani
Rujukan:
Jumaat, 12 Januari 2018
Hadis Kelebihan Meninggal Dunia Bukan Pada Tempat Kelahiran
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، قَالَ: تُوُفِّيَ رَجُلٌ
بِالْمَدِينَةِ مِمَّنْ وُلِدَ بِهَا، فَصَلَّى عَلَيْهِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا لَيْتَهُ مَاتَ فِي غَيْرِ مَوْلِدِهِ.
فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ النَّاسِ: لِمَ يَا رَسُولَ اللهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا تُوُفِّيَ فِي غَيْرِ مَوْلِدِهِ
قِيسَ لَهُ مِنْ مَوْلِدِهِ إِلَى مُنْقَطَعِ أَثَرِهِ، فِي الْجَنَّةِ.
Daripada Abdullah bin ‘Amru, beliau berkata:
Seorang lelaki meninggal dunia di Madinah dan dia merupakan orang yang
dilahirkan di Madinah. Lalu Rasulullah sallahu
‘alaihi wasallam mensolatkan beliau. Setelah itu baginda bersabda:
“Alangkah baiknya jika dia mati pada bukan
tempat kelahirannya.”
Seseorang bertanya:
“Kenapa wahai Rasulullah?”
Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam
menjawab:
“Seseorang itu jika dia meninggal dunia
pada bukan tempat kelahirannya akan dianggarkan keluasan syurganya sebanding
dengan jarak tempat kelahirannya sehingga tempat dia meninggal dunia.”
Takhrij Hadis:
Hadis ini riwayat Ahmad (no. 6656), al-Nasa’ie
dalam al-Mujtaba (no. 1832) dan al-Sunan al-Kubra (no. 1971),
Ibnu Majah (no. 1614) dan lain-lain.
Status Hadis:
1 - Hadis ini didaifkan oleh al-Imam
al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra dan Imam al-Nawawi dalam Khulasah
al-Ahkam [(2/1068) no. 3814, terbitan: Muassasah al-Risalah].
2 - Imam al-Nasa’ie mendaifkan hadis ini
kerana dua sebab; kewujudan perawi daif dan bercanggah dengan hadis
sahih yang lain.
3 - Kata al-Imam al-Nasa’ie:
حُيَيُّ بْنُ عَبْدِ اللهِ لَيْسَ مِمَنْ يُعْتَمَدُ
عَلَيْهِ وَهَذَا الْحَدِيثُ عِنْدَنَا غَيْرُ مَحْفُوظٍ وَاللهُ أَعْلَمُ،
لِأَنَّ الصَّحِيحَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِنَ
اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ مَاتَ
بِهَا.
“Huyai bin Abdullah (salah seorang perawi
dalam sanadnya) bukanlah daripada perawi yang boleh berpegang dengannya dan
hadis ini di sisi kami adalah tidak terpelihara (yakni munkar/diriwayatkan
secara silap) - wallahu a’lam – kerana yang sahih daripada Nabi sallahu
‘alaihi wasallam ialah:
مِنَ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَمُوتَ
بِالْمَدِينَةِ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا.
“Sesiapa di antara kamu yang mampu untuk
mati di Madinah (maka usahakanlah). Sesungguhnya aku akan memberi syafaat
kepada sesiapa yang mati di Madinah.”
[Riwayat Ahmad (no. 5437), al-Termizi (no. 3917)
dan Ibnu Majah (no. 3112) daripada hadis Abdullah bin ‘Umar. Kata
al-Termizi: “Hadis ini hasan sahih gharib.”]
4 - Kata al-Imam al-Nawawi:
“Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dengan sanad
yang daif.”
Pendapat Pengkaji Hadis Moden
1 - Sebahagian pengkaji hadis moden
mensahihkan hadis ini dan ada yang menghasankannya.
2 - Syeikh Ahmad Syakir mensahihkan sanad
hadis ini dalam tahqiq Musnad Ahmad (no. 6656).
3 - Syeikh al-Albani menghasankan sanad hadis
ini dalam beberapa penulisan beliau antaranya dalam ta’liq Misykat
al-Masabih (no. 1593).
4 - Syeikh Syu’aib al-Arnauth pada mulanya
menghasankan sanad hadis ini dalam tahqiq Sahih Ibnu Hibban (no.
2934) kemudian mendaifkan sanadnya dalam tahqiq Sunan Ibnu Majah (no.
1614). Sahih Ibnu Hibban diterbitkan terlebih dahulu daripada Sunan
Ibnu Majah.
Takwilan
Imam al-Sindi
1 – Imam al-Sindi
dalam Hashiyyah ‘Ala Sunan Ibnu Majah cuba mentakwilkan hadis ini agar
tidak bercanggah dengan hadis kelebihan mati di Madinah.
2 – Menurut beliau, bukanlah Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam berharap agar lelaki tersebut mati di luar Madinah (yakni luar tempat kelahirannya) bahkan baginda mengharapkan agar lelaki tersebut adalah orang dagang/asing (yang tempat kelahirannya berada di luar Madinah) lalu dia berhijrah ke Madinah dan mati di situ.
3 – Tetapi menurut Syeikh Muhammad Ali Adam al-Athyubi dalam Syarah Sunan al-Nasa’ie, zahir hadis secara jelas menyebutkan bahawa lelaki tersebut merupakan kelahiran Madinah dan meninggal dunia di Madinah. Akan tetapi Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam tetap mengharapkan agar dia meninggal dunia di bukan tempat kelahirannya (yakni di luar Madinah). Oleh itu, takwilan al-Sindi bahawa maksud baginda adalah untuk orang yang lahir di luar Madinah lalu meninggal di Madinah adalah tidak tepat. Kesimpulannya, lebih tepat untuk mengatakan hadis kelebihan mati di Madinah lebih kuat dan lebih patut didahulukan daripada hadis ini.
Tulisan ini saya telah kemaskini semula pada 28/3/2023. Alhamdulillah.