Saya kumpulkan pendapat pengkaji-pengkaji
hadis moden - termasuk golongan Salafi Wahabi - berkenaan perawi yang
dipermasalahkan bagi hadis tawasul Nabi Adam iaitu Abdul Rahman bin Zaid bin
Aslam.
1. Syeikh Ahmad Syakir
(Salafi)
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
daif.
[Tahqiq Musnad Ahmad (2/398)]
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
sangat daif. (ضعيف جداً)
[Tahqiq Musnad Ahmad
(5/212)]
- Ulasan bagi sanad hadis
no. 8676 dalam Musnad Ahmad:
إن خير الكسب كسب يدي عامل إذا نصح
Kata Syeikh Ahmad Syakir: “Sanadnya
daif kerana kedaifan Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam.”
- Kata al-Termizi: “Aku
mendengar Abu Daud al-Sijzi iaitu Sulaiman bin al-Asy’ath berkata: Aku telah bertanya
kepada Ahmad bin Hanbal berkenaan Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam? Beliau
berkata: Saudaranya, Abdullah tidak ada masalah padanya (لَا بَأْسَ
بِهِ).
Syeikh Ahmad Syakir mengulas
tentang pernyataan Imam Ahmad tersebut: “Yakni beliau (Imam Ahmad) mendaifkan
Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dan dia (Abdul Rahman) adalah sangat daif.”
[Tahqiq Sunan al-Termizi (2/330)]
2. Sayyid Ahmad bin
al-Siddiq al-Ghumari
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
daif.
[Fath al-Wahab Bi Takhrij
Ahadith al-Syihab (2/171)]
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
daif bahkan anak-anak Zaid bin Aslam semuanya daif.
[Al-Mudawi (1/508)]
3.
Sayyid Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari
Sayyid Abdullah bin al-Siddiq
al-Ghumari dalam al-Radd al-Muhkam al-Matin (hlm 125) membincangkan
secara panjang lebar tentang status Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dan
menafikan tuduhan bahawa beliau berdusta dan memalsukan hadis. Abdul Rahman bin
Zaid bin Aslam hanya daif sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.
4. Sayyid Abdul Aziz bin
al-Siddiq al-Ghumari
Kata Sayyid Abdul Aziz
al-Ghumari dalam al-Tahani Fi al-Ta’qib ‘Ala Maudhu’at al-Saghani (hlm 76):
“Abdul Rahman bin Zaid bin
Aslam diriwayatkan daripadanya oleh al-Termizi dan Ibnu Majah. Dia bukan
daripada perawi yang ketara kedaifannya lagi yang masyhur (dengan kedaifan)
sehingga perlu disebut bersama perawi-perawi yang masyhur dengan kedaifan lagi
ditinggalkan hadisnya (matruk). Bahkan, kata Ibnu ‘Adi: Baginya hadis-hadis
yang baik (hisan). Manusia (ahli hadis) masih mengambil kira riwayatnya dan
sebahagian ahli hadis membenarkannya. Dia daripada perawi yang masih ditulis
hadisnya.
Menyebutkannya dalam kalangan
perawi-perawi daif adalah kesilapan al-Saghani dan ia adalah seburuk-buruk
kesilapan. Dan telah tersilap orang sebelum beliau (al-Saghani) iaitu al-Hafiz
Ibnu Thahir al-Maqdisi dalam Tazkirah al-Maudhu’at di mana beliau memasukkan di
dalamnya hadis (أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ
وَدَمَانِ) dan melemahkannya dengan sebab Abdul Rahman bin Zaid. Aku
telah terangkan kesilapan Ibnu Thahir dalam kritikan-kritikanku ke atasnya.
Bahkan aku telah tulis perkara tersebut dalam satu juzuk khas.”
5. Syeikh Muhammad bin
Muhammad Abu Syahbah
- Beliau menyenaraikan Abdul
Rahman bin Zaid bin Aslam dalam kalangan pemalsu hadis. Kata beliau:
“Abdul Rahman bin
Zaid bin Aslam meriwayatkan daripada ayahnya hadis-hadis palsu yang dialah
yang menciptakannya.”
[Al-Wasith Fi Ulum Wa
Mustholah al-Hadith, hlm 334]
6. Syeikh Muhammad
Nasiruddin al-Albani
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
sangat daif (شديد
الضعف), dituduh memalsukan hadis (متهم بالوضع),
matruk dan lain-lain.
[Mu'jam Asami al-Ruwah Allazi
Tarajama Lahum al-Albani (2/463)]
7. Syeikh Muqbil bin Hadi
al-Wadi’ie (Salafi)
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
sangat daif (ضعيف
جداً).
[Tatabbu’ Auham al-Hakim Fi
al-Mustadrak (2/689)]
8. Syeikh Hamdi Abdul Majid
al-Salafi (Salafi)
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
amat daif (واه).
[Tahqiq Fath al-Wahab Bi
Takhrij Ahadith al-Syihab (2/29)]
9. Syeikh Syu’aib al-Arnauth
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
daif.
[Tahqiq Sunan Abu Daud
(4/53), Tahqiq Sunan Ibnu Majah (hadis no. 238, 519, 1188, 2443)
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
sangat daif.
[Tahqiq Sunan Abu Daud
(1/49)]
10. Syeikh Nuruddin ‘Itr
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
daif maka tidak boleh dijadikan hujah dengannya.
[I’lam al-Anam
Syarah Bulugh al-Maram (2/325)]
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
daif, disepakati atas kedaifannya.
[I’lam al-Anam Syarah Bulugh
al-Maram (3/164)]
9. Syeikh Rifaat
Fauzi Abdul Mutalib
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
daif.
[Tahqiq Musnad al-Syafi’e
(2/1830)]
*Imam al-Syafie ada riwayatkan
sebuah hadis daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam, iaitu hadis:
أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ،
الْمَيْتَتَانِ: الْحُوتُ وَالْجَرَادِ، وَالدَّمَانِ، أَحْسِبُهُ قَالَ:
الْكَبِدُ وَالطِّحَالُ
11. Syeikh Mahmud
Sa’id Mamduh
Kata Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh
dalam Raf’u al-Manarah (hlm. 245):
“Dia adalah daif
sebagaimana kata al-Baihaqi:
Semua (ahli hadis)
mendaifkannya...(kecuali Ibnu ‘Adi)
Meskipun beliau (Ibnu ‘Adi)
meriwayatkan riwayat-riwayat mungkar bagi Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dalam
al-Kamil, beliau berkata: Baginya hadis-hadis yang baik (hisan). Manusia (ahli
hadis) masih mengambil kira riwayatnya dan sebahagian ahli hadis membenarkannya.
Dia daripada perawi yang masih ditulis hadisnya.
Dan sebahagian ahli hadis
bersikap keras pada mengkritiknya.”
13. Syeikh Abu Ishaq
al-Huwaini (Salafi)
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
sangat daif (ضعيف جداً),
amat lemah (واه),
matruk dan binasa (تالف).
[Nathl al-Nabal Bi
Mu'jam al-Rijal (2/287)]
14. Dr Basyar ‘Awadh Ma’ruf
(Salafi)
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
daif.
[Tahqiq Tarikh Baghdad (7/60,346),
Tahqiq Sunan Ibnu Majah (hadis no. 238, 519, 1188)]
15. Syeikh Hasan bin Muhammad
bin Haidar al-Waili (Salafi)
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
matruk.
[Nuzhah al-Albab Fi Qaul
al-Termizi Wa Fi al-Bab (1/317)]
16. Syeikh Hussein
Salim Asad al-Darani (Salafi)
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
daif.
[Tahqiq Majma’ al-Zawaid (1/204)]
17. Syeikh Maher Yasin al-Fahl
(Salafi)
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
daif.
[Al-Jami Fi al-‘Ilal Wa
al-Fawaid (2/215) (5/268), Tahqiq Musnad al-Syafi’e (hadis no. 1513),
Tahqiq Bulugh al-Maram (hadis no. 607, 913)]
18. Syeikh ‘Amru Abdul Mun’im
Salim (Salafi)
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
sangat daif (ضعيف
جداً) dari segi
hafalannya.
[Hadm al-Manarah (hlm.
201)]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan