Isnin, 1 Januari 2018

Perbincangan Hadis Penguat Kepada Hadis Tawasul Nabi Adam

Syeikh Abdullah al-Ghumari al-Radd al-Muhkam al-Matin (hlm. 138, c: Mathba'ah al-Fahd al-Jadid) dan Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh dalam Raf’u al-Manarah (hlm. 247, c: al-Maktabah al-Azhariyyah Lit Turath) ada menyebutkan syahid daripada hadis Maisarah al-Fajr dengan lafaz yang panjang: 

لَمَّا خلقَ اللَّهُ الأرضَ واستوى إلى السَّماءِ ، فسَوَّاهُنَّ سبعَ سماوَاتٍ ، وخلقَ العرشَ ؛ كتَبَ على ساقِ العرشِ : مُحمَّدٌ رسولُ اللَّهِ ؛ خاتَمُ الأنبياءِ . وخلقَ الجنَّةَ التي أسكنهَا آدمَ وحوَّاءَ ، فكتبَ اسمي على الأبوابِ والأوراقِ والقِبابِ والخيامِ ؛ وآدمُ بينَ الرُّوحِ والجسَدِ ، فلمَّا أحياهُ اللَّهُ تعالى ؛ نظر إلى العرشِ فرأى اسمي ، فأخبرَهُ اللَّهُ أنَّهُ سيِّدُ ولدِكَ . فلمَّا غرَّهُما الشَّيطانُ ؛ تابا واستشفَعا باسمي إليهِ

Riwayat ini diriwayatkan oleh Abu al-Hasan bin Bisyran daripada Abu Ja’far Muhammad bin ‘Amru daripada Ahmad bin Ishaq bin Soleh daripada MUHAMMAD BIN SOLEH daripada MUHAMMAD BIN SINAN AL-‘AWAQI daripada Ibrahim bin Thahman daripada Budail bin Maisarah daripada Abdullah bin Syaqiq daripada Maisarah al-Fajr daripada Nabi.

Imam al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir [(7/374), c: Dairah al-Ma'arif al-'Uthmaniyyah] sebut secara mu’allaq yang Muhammad bin Sinan hanya riwayat dengan lafaz yang ringkas:


قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ طَهْمَانَ عَنْ بُدْيَلِ بْنِ مَيْسَرَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ عَنْ مَيْسَرَةَ الْفَجْرِ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَتَى كُنْتَ نَبِيًّا؟ قَالَ كُنْتُ نَبِيًّا وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ والجسد.

Selain itu, riwayat ini bermasalah sebab perawi selain Muhammad bin Soleh yang meriwayatkan daripada Muhammad bin Sinan al-‘Awaqi, semua meriwayatkan dengan lafaz yang ringkas [وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ]. 

Ada beberapa perawi yang meriwayatkan daripada Muhammad bin Sinan al-‘Awaqi, semuanya meriwayatkan dengan lafaz yang ringkas:

1. Riwayat perawi yang bernama Fahd [Fahd bin Sulaiman bin Yahya] sebagaimana dalam Syarah Musykil al-Athar [(15/231), no. 5977, c: Muassasah al-Risalah, tahqiq: Syu'aib al-Arnauth] oleh al-Tahawi:

حَدَّثَنَا فَهْدٌ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ الْعَوَقِيُّ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ طَهْمَانَ، عَنْ بُدَيْلِ بْنِ مَيْسَرَةَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ شَقِيق عَنْ مَيْسَرَةَ الْفَجْرِ، قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَتَى كُنْتَ نَبِيًّا؟ قَالَ: " كُنْتُ نَبِيًّا وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ

2. Riwayat Ahmad bin Daud al-Makki sebagaimana dalam al-Mu’jam al-Kabir [(20/353), no. 833, c: Maktabah Ibnu Taimiyyah, tahqiq: Hamdi Abdul Majid al-Salafi] oleh al-Thabarani:

حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ الرَّقِّيُّ، وَأَحْمَدُ بْنُ دَاوُدَ الْمَكِّيُّ، قَالَا: ثنا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ الْعَوَقِيُّ، ثنا إِبْرَاهِيمُ بْنُ طَهْمَانَ، عَنْ بُدَيْلِ بْنِ مَيْسَرَةَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ شَقِيقٍ، عَنْ مَيْسَرَةَ الْفَجْرِ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، " مَتَى كُنْتَ نَبِيًّا؟ قَالَ: «وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ»

3. Riwayat Uthman bin Sa’id al-Darimi sebagaimana dalam Dalail al-Nubuwah [(2/129), c: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, tahqiq: Abdul Mu'thi al-Qal'aji] oleh al-Baihaqi:

حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ اللهِ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ الْحَافِظُ إِمْلَاءً قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ الْفَقِيهُ، وَأَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ سَلَمَةَ الْعَنَزِيُّ، قَالَا: حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ سَعِيدٍ الدَّارِمِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ الْعَوْقِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ طَهْمَانَ، عَنْ بُدَيْلِ بْنِ مَيْسَرَةَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ شَقِيقٍ، عَنْ مَيْسَرَةَ الْفَجْرِ قَالَ: " قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ مَتَى كُنْتَ نَبِيًّا؟ قَالَ: «وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ

4. Riwayat Muhammad bin Yunus bin al-Mubarak al-Ahwal sebagaimana dalam Mu’jam al-Sahabah [(3/129), c: Maktabah al-Ghuraba' al-Athariyyah] oleh Ibnu Qani’:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُونُسَ بْنِ الْمُبَارَكِ الْأَحْوَلِ، نا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ الْعَوَقِيُّ، نا إِبْرَاهِيمُ بْنُ طَهْمَانَ، عَنْ بُدَيْلٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ، عَنْ مَيْسَرَةِ الْفَجْرِ قَالَ: قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ , مَتَى كُنْتَ نَبِيًّا؟ قَالَ: «وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ

Yang lebih pelik lagi, saya temui riwayat Abu al-Hasan bin Bisyran yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwah [(1/84), c: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, tahqiq: Abdul Mu'thi al-Qal'aji]:

أَخْبَرَنَا أَبُو الْحُسَيْنِ بْنُ بِشْرَانَ بِبَغْدَادَ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو الرَّزَّازُ قَالَ: حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِسْحَاقَ بْنِ صَالِحٍ قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ الْعَوَقِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ طَهْمَانَ عَنْ بُدَيْلِ بْنِ مَيْسَرَةَ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ شَقِيقٍ عَنْ مَيْسَرَةَ الْفَجْرِ قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ مَتَى كُتِبْتَ نَبِيًّا؟ قَالَ: «وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ»

Dalam riwayat ini Ahmad bin Ishaq bin Soleh terus meriwayatkan daripada Muhammad bin Sinan tanpa perantaraan Muhammad bin Soleh

Kalau dalam al-Wafa’ oleh Ibnu al-Jauzi, Ahmad bin Ishaq bin Soleh meriwayatkan daripada Muhammad bin Soleh daripada Muhammad bin Sinan. 

Apa yang saya nampak - wallahu a’lam - riwayat Ibnu Bisyran dengan lafaz yang panjang tersebut mungkar. Hanya Ibnu al-Jauzi dalam al-Wafa yang meriwayatkan daripada Ibnu Bisyran dengan lafaz yang panjang melalui perawi Muhammad bin Soleh. 

Saya tidak jumpa sanad Ibnu al-Jauzi sampai Ibnu Bisyran sebab naskhah kitab (PDF) al-Wafa yang ada pada saya ialah kitab al-Wafa tanpa sanad (mu'allaq). 

Penambahan lafaz yang panjang dan nama perawi Muhammad bin Soleh ini mungkin berpunca daripada perawi antara Ibnu al-Jauzi dan Ibnu Bisyran. Ini yang tidak diberi perhatian oleh orang yang ingin menggunakan riwayat ini sebagai penguat kepada hadis tawassul Nabi Adam.

Syeikh Mahmud Sa'id Mamduh nukil sanad Ibnu Bisyran melalui perawi Muhammad bin Soleh pun daripada sumber kedua iaitu Majmu' Fatawa [(2/150), c: al-Malik Fahd] oleh Ibnu Taimiyyah. 

Riwayat Ibnu Bisyran yang tepat ialah sebagaimana yang al-Baihaqi riwayat dalam Dalail al-Nubuwah iaitu tanpa perawi Muhammad bin Soleh dan dengan lafaz yang pendek. Riwayat ini mungkin lebih tepat sebab al-Baihaqi terus riwayat daripada Ibnu Bisyran berbanding sanad Ibnu al-Jauzi yang lebih panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan