Sebahagian ahli hikmah berkata: Antara sifat-sifat kebodohan ialah:
1)Tergesa-gesa
2) Semberono
3) Kasar
4) Angkuh
5) Tidak bermoral
6) Bodoh
7) Jahil
8) Malas
9) Khianat
10) Zalim
11) Membazir
12) Lalai
13) Gembira berlebihan
14) Sombong
15) Jahat
16) Licik
17) Jika dia kaya, dia akan berlagak.
18) Jika miskin, dia akan berputus asa.
19) Jika gembira, dia akan melampaui batas.
20) Jika bercakap, dia akan bercakap kotor.
21) Jika diminta, dia akan kedekut.
22) Jika meminta, dia akan mendesak.
23) Jika berkata-kata, tidak elok tutur katanya.
24) Jika dikatakan kepadanya, dia tidak faham.
25) Jika ketawa, dia meringkik seperti keldai.
26) Jika menangis, dia menguak seperti lembu.
Sebahagian ahli hikmah lagi berkata: Orang bodoh dapat dikenali melalui enam ciri:
1) Marah tanpa sebab.
2) Memberi kepada yang tidak berhak.
3) Bercakap tanpa faedah.
4) Terlalu mudah mempercayai semua orang.
5) Mendedahkan rahsia.
6) Tidak dapat membezakan antara kawan dan lawan.
7) Dia juga bercakap apa sahaja yang terlintas di hatinya.
8) Menyangka dirinya adalah orang yang paling bijak.
Ibnu Hibban berkata: Tanda-tanda kebodohan adalah:
1) Cepat menjawab.
2) Tidak berhati-hati.
3) Ketawa berlebihan.
4) Banyak menoleh (tidak fokus).
5) Suka mengumpat orang baik.
6) Bergaul dengan orang jahat.
7) Jika engkau menjauh darinya, dia akan sedih.
8) Jika engkau mendekatinya, dia akan sombong.
9) Jika engkau bersabar dengannya, dia memperbodohkan
engkau.
10) Jika engkau memperbodohkannya, dia akan bersabar dengan engkau.
11) Jika engkau berbuat baik kepadanya, dia akan berbuat
jahat kepada engkau.
12) Jika engkau berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat
baik kepada engkau.
13) Jika engkau menzaliminya, dia akan berlaku adil kepada engkau.
14) Jika engkau berlaku adil kepadanya, dia akan menzalimi engkau.
Maka sesiapa yang diuji bersahabat dengan orang bodoh,
hendaklah dia memperbanyakkan pujian kepada Allah atas nikmat yang telah
diberikan kepadanya yang tidak diberikan kepada orang bodoh itu.
Sumber: