Sabtu, 12 Julai 2025

Cara Merawat Sihir

 

Rawatan Ilahi bagi sihir terbahagi kepada dua bahagian:

Bahagian Pertama: Cara mencegah sihir sebelum ia berlaku:

1 - Melaksanakan semua kewajipan, meninggalkan semua perkara yang diharamkan dan bertaubat daripada segala dosa.

2 - Memperbanyakkan bacaan al-Quran al-Karim, dengan menjadikannya sebagai wirid harian.

3 - Membentengi diri dengan doa-doa, permohonan perlindungan, dan zikir-zikir yang disyariatkan. Antaranya ialah:

i) Membaca:

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلاَ في السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada sesuatu pun di bumi dan di langit yang dapat mendatangkan mudarat dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang )

ii) Membaca Ayatul Kursi selepas setiap kali solat, ketika hendak tidur, serta pada waktu pagi dan petang.

iii) Membaca surah al-Ikhlas dan al-Mu’awwizatain (surah al-Falaq dan an-Nas) sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang serta ketika hendak tidur.

iv) Membaca zikir:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

(Sebanyak seratus kali setiap hari)

v) Memelihara zikir-zikir pagi dan petang, zikir-zikir selepas solat, zikir sebelum tidur dan bangun daripadanya, zikir masuk rumah dan keluar daripadanya, zikir menaiki kenderaan, zikir masuk masjid dan keluar daripadanya, doa masuk tandas dan keluar daripadanya, doa bagi orang yang melihat orang yang ditimpa ujian, dan selainnya.

Zikir-zikir ini boleh didapati dalam kitab Hisnul Muslim karangan Dr Sa’id al-Qahtan.

Terjemahan Hisnul Muslim

Tidak syak lagi bahawa memelihara amalan-amalan ini adalah antara sebab yang dapat mencegah daripada terkena sihir, penyakit 'ain, dan gangguan jin dengan izin Allah Taala. Ia juga merupakan antara rawatan yang paling hebat selepas ditimpa musibah-musibah ini dan selainnya.

4.  Memakan tujuh biji kurma 'Ajwah pada waktu pagi sebelum sarapan, sekiranya mampu; berdasarkan sabda Nabi sallahu ‘alaihi wasallam: “Sesiapa yang makan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memudaratkannya pada hari itu racun mahupun sihir." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Yang lebih sempurna ialah kurma Madinah seperti yang terdapat dalam riwayat Muslim.

Kurma 'Ajwah

Bahagian Kedua: Rawatan sihir selepas ia berlaku.

Ia terbahagi kepada beberapa jenis:

Jenis Pertama: Mengeluarkan dan membatalkannya apabila diketahui tempatnya dengan cara-cara yang dibenarkan oleh syarak. Ini adalah antara kaedah rawatan yang paling berkesan bagi orang yang disihir.

Jenis Kedua: Ruqyah Syar'iyyah.

Antaranya adalah seperti berikut:

Pertama: Tumbuk tujuh helai daun bidara yang hijau di antara dua biji batu (lesung batu) atau seumpamanya, kemudian tuangkan air ke atasnya yang cukup digunakan untuk mandi dan bacakan padanya:

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

“Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam.”

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbir (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (mereka mengetahuinya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).” (Surah al-Baqarah: 255)

﴿وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (١١٧) فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١١٨) فَغُلِبُوا هُنَالِكَ وَانْقَلَبُوا صَاغِرِينَ (١١٩) وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (١٢٠) قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ (١٢١) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ (١٢٢)﴾

“Dan Kami wahyukan kepada Musa: Lemparkanlah tongkatmu! Maka tiba-tiba ia menelan benda-benda sihir yang mereka adakan (117). Kerana itu, nyatalah yang benar, dan batallah (sihir) yang mereka kerjakan (118). Maka mereka dikalahkan di tempat itu dan jadilah mereka orang-orang yang hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu serta-merta merebahkan diri dengan bersujud (120). Mereka berkata: Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam (121), (iaitu) Tuhan Musa dan Harun" (122) (Surah al-A'raf: 117-122)

﴿وَقَالَ فِرْعَوْنُ ائْتُونِي بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ (٧٩) فَلَمَّا جَاءَ السَّحَرَةُ قَالَ لَهُمْ مُوسَى أَلْقُوا مَا أَنْتُمْ مُلْقُونَ (٨٠) فَلَمَّا أَلْقَوْا قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (٨١) وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ (٨٢)﴾

"Dan Firaun berkata (kepada orang-orangnya): Bawalah kepadaku semua ahli sihir yang pandai! (79). Maka setelah ahli-ahli sihir itu datang, Musa berkata kepada mereka: Lemparkanlah apa yang kamu hendak lemparkan! (80). Setelah mereka melemparkan, Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir, sesungguhnya Allah akan membatalkannya. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya perbuatan orang-orang yang membuat kerosakan (81). Dan Allah akan meneguhkan yang benar dengan kalimah-kalimah-Nya (perintah-Nya), walaupun orang-orang yang berdosa itu tidak menyukainya" (82) (Surah Yunus: 79-82)

﴿قَالُوا يَامُوسَى إِمَّا أَنْ تُلْقِيَ وَإِمَّا أَنْ نَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَلْقَى (٦٥) قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِنْ سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى (٦٦) فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مُوسَى (٦٧) قُلْنَا لَا تَخَفْ إِنَّكَ أَنْتَ الْأَعْلَى (٦٨) وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى (٦٩) فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى (٧٠)﴾

"Mereka berkata: Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak? (65) Nabi Musa menjawab: Bahkan kamulah campak dahulu. Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka. (66) Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. (67) Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. (68) Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada. (69) (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa. (70)” (Surah Taha: 65-70)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُونَ (١) لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (٢) وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٣) وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (٤) وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٥) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (٦)﴾

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (2). Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah (3). Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat (4). Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat (5). Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku" (6) (Surah al-Kafirun)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١) اللَّهُ الصَّمَدُ (٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (٤)﴾.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (1); Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2); Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan (3); Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya" (Surah al-Ikhlas)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (١) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (٤) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥)﴾.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh (1), daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Dia ciptakan (2); dan daripada kejahatan malam apabila ia telah gelap-gelita (3); dan daripada kejahatan perempuan-perempuan tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan (tali) (4); dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya" (5) (Surah al-Falaq)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١) مَلِكِ النَّاسِ (٢) إِلَهِ النَّاسِ (٣) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (٥) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (٦)﴾

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan Tuhan sekalian manusia (1), Raja sekalian manusia (2), Tuhan yang disembah oleh sekalian manusia (3), daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam (4), yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia (5), (iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia (6)” (Surah al-Nas)

Setelah selesai membaca ayat-ayat tersebut ke dalam air, minumlah daripadanya sebanyak tiga kali, dan mandilah dengan bakinya. Dengan cara ini, penyakit akan hilang, insya-Allah Taala.

Sekiranya perlu, ulangi kaedah ini sebanyak dua kali atau lebih sehingga penyakit itu sembuh, dan ia tidak menjadi suatu masalah.

Kaedah ini telah banyak kali dicuba dan Allah telah memberikan manfaat melaluinya. Ia juga baik untuk lelaki yang terhalang (akibat sihir) daripada menggauli isterinya.

Kedua: Membaca Surah al-Fatihah, Ayat al-Kursi, dua ayat terakhir dari Surah al-Baqarah, Surah al-Ikhlas dan al-Mu'awwidzatain sebanyak tiga kali atau lebih, berserta tiupan dan sapuan pada tempat yang sakit dengan tangan kanan.

Ketiga: Doa-doa perlindungan, ruqyah dan doa-doa yang menyeluruh:

أَسْأَلُ اللَّهَ العَظِيمَ رَبِّ العَرْشِ العَظِيمِ أنْ يَشْفِيكَ

“Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang Agung agar menyembuhkan kamu.” (Tujuh kali)

Pesakit meletakkan tangannya pada bahagian tubuhnya yang sakit dan membaca: Bismillah (tiga kali), kemudian membaca:

أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

“Aku berlindung dengan keagungan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku rasakan dan aku takutkan." (Tujuh kali)

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، أَذْهِبِ الْبَأْسَ، اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan, tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap syaitan dan haiwan berbisa dan daripada setiap pandangan mata yang jahat.”

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang Dia ciptakan.”

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ: مِنْ غَضَبِهِ، وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ، وَأَنْ يَحْضُرُونِ

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna: daripada kemurkaan-Nya, seksaan-Nya, kejahatan hamba-hamba-Nya, dan daripada bisikan-bisikan syaitan, serta daripada kehadiran mereka.”

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ، مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، وَبَرَأَ، وَذَرَأَ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا، وَمِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, yang tidak dapat ditembusi oleh orang yang baik mahupun yang jahat, daripada kejahatan apa yang Dia ciptakan, adakan dan sebarkan, daripada kejahatan apa yang turun dari langit, daripada kejahatan apa yang naik ke dalamnya, daripada kejahatan apa yang Dia sebarkan di bumi, daripada kejahatan apa yang keluar darinya, daripada kejahatan fitnah malam dan siang dan daripada kejahatan setiap yang datang pada waktu malam kecuali yang datang membawa kebaikan, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ، وَرَبَّ الأَرْضِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ، أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ.

“Ya Allah, Tuhan tujuh petala langit, Tuhan bumi, dan Tuhan Arasy yang agung. Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu. Yang membelah biji dan benih (lalu mengeluarkan daripadanya tumbuhan) dan yang menurunkan Taurat, Injil, dan al-Quran. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan setiap sesuatu yang Engkau menguasainya. Engkaulah Yang Pertama, maka tiada sesuatu pun sebelum-Mu. Engkaulah Yang Terakhir, maka tiada sesuatu pun selepas-Mu. Engkaulah Yang Zahir, maka tiada sesuatu pun di atas-Mu. Engkaulah Yang Batin, maka tiada sesuatu pun di bawah-Mu.”

بِسْمِ اللَّهِ أرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ، اللهُ يَشْفِيكَ، بِسمِ اللَّهِ أَرقِيكَ

“Dengan nama Allah aku meruqyahmu, daripada setiap sesuatu yang menyakitimu dan daripada kejahatan setiap jiwa atau pandangan mata yang dengki. Semoga Allah menyembuhkanmu. Dengan nama Allah aku meruqyahmu.”

بِسْمِ اللَّهِ يُبْرِيكَ، وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ

“Dengan nama Allah yang menyembuhkanmu, daripada setiap penyakit yang Dia menyembuhkanmu, daripada kejahatan orang yang hasad apabila dia berhasad dan daripada kejahatan setiap pemilik mata yang jahat.”

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ حَسَدِ حَاسِدٍ، وَمِنْ كُلِّ ذِي عَيْنٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ

"Dengan nama Allah aku meruqyahmu daripada setiap sesuatu yang menyakitimu, daripada hasad orang yang dengki dan daripada setiap pemilik mata (yang jahat), semoga Allah menyembuhkanmu.

Doa-doa perlindungan, doa-doa, serta ruqyah ini digunakan untuk merawat sihir, ‘ain (pandangan mata jahat), gangguan jin dan semua jenis penyakit kerana sesungguhnya ia adalah ruqyah yang menyeluruh lagi bermanfaat dengan izin Allah Taala.

Jenis Ketiga: Berbekam pada tempat atau anggota badan yang kelihatan kesan sihir padanya, sekiranya boleh dilakukan. Jika tidak boleh, maka cukuplah dengan rawatan yang telah disebutkan sebelum ini.

Jenis Keempat: Ubat-ubatan semula jadi.

Terdapat ubat-ubatan semula jadi yang bermanfaat, yang ditunjukkan oleh al-Quran al-Karim dan Sunnah yang suci. Apabila seseorang mengambilnya dengan penuh keyakinan, keikhlasan, dan tumpuan, serta beriktikad bahawa manfaatnya datang daripada Allah, nescaya Allah akan memberikan manfaat dengannya, insya-Allah Taala.

Sebagaimana terdapat juga ubat-ubatan yang terdiri daripada herba-herba dan seumpamanya dan ia berasaskan pengalaman, maka tiada halangan dari sudut syarak untuk memanfaatkannya selagi mana ia tidak haram .

Antara rawatan-rawatan semula jadi yang bermanfaat dengan izin Allah Taala ialah:

1 – Madu.

2 - Habbatus Sauda.

3 - Air Zamzam.

4 - Air hujan, berdasarkan firman-Nya Taala:

 ﴿وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا﴾

“Dan Kami turunkan dari langit air yang diberkati.” (Surah Qaf: 9)

5 - Minyak zaitun, berdasarkan sabda Nabi sallahu ‘alaihi wasallam: “Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya kerana sesungguhnya ia daripada pohon yang diberkati.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Telah terbukti berdasarkan pengalaman, penggunaan dan kajian bahawa ia adalah minyak yang terbaik.

Antara ubat-ubatan semula jadi yang lain ialah: Mandi, membersihkan diri dan memakai wangian.

Sumber:

Al-‘Ilaj Bi al-Ruqa Min al-Kitab wa al-Sunnah oleh Dr Sa’id bin Ali al-Qahtan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan