1 - نِيَّةُ
الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ، وَعَمَلُ الْمُنَافِقِ خَيْرٌ مِنْ نِيَّتِهِ،
وَكُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى نِيَّتِهِ، فَإِذَا عَمِلَ الْمُؤْمِنُ عَمَلًا نَارَ فِي
قَلْبِهِ نُورٌ
“Niat
orang mukmin lebih baik daripada amalannya. Amalan orang munafik lebih baik
daripada niatnya. Setiap amalan adalah berdasarkan niat. Apabila seorang mukmin
beramal dengan suatu amalan, menyala dalam hatinya cahaya.”
Riwayat
al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (6/185, no. 5942), Abu Nu’aim
dalam Hilyah al-Auliya’ (3/255), al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh
Baghdad (7/288) dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus (6842)
daripada Sahl bin Sa’d secara marfu’.
Al-Haithami
dalam Majma’ al-Zawaid: “Diriwayatkan oleh al-Thabarani. Dalam
sanadnya ada Hatim bin ‘Abbad bin Dinar, aku tidak mengenalinya. Baki perawinya
adalah thiqah.”
Al-‘Iraqi
dalam Takhrij Ahadis al-Ihya’ turut mendaifkannya.
Dalam
sanad riwayat al-Khatib al-Baghdadi ada Sulaiman bin ‘Amr al-Nakha’ie, seorang
pendusta dan dituduh memalsukan hadis.
2 - نية المؤمن خير من علمه
, و نية الفاجر شر من عمله
“Niat
orang mukmin lebih baik daripada amalannya. Niat orang yang jahat lebih teruk
daripada amalannya.”
Riwayat
al-Qudha’ie dalam Musnad al-Syihab (148) dan al-‘Askari dalam al-Amthal
daripada al-Nawas bin Sam’an secara marfu’.
Dalam
sanadnya ada ‘Uthman bin Abdullah al-Syami, dituduh memalsukan hadis dan
Baqiyyah bin al-Walid, seorang mudallis dan dia melakukan ‘an’an.
3 - نِيَّةُ المُؤمِنِ أبلَغُ من عَمَلِهِ
“Niat
orang mukmin lebih diterima daripada amalannya.”
Riwayat
Abu al-Syeikh dalam al-Amthal (52) daripada Thabit al-Bunani secara mursal,
al-Qudha’ie dalam Musnad al-Syihab (147), Abu Thahir al-Silafi dalam al-Thuyuriyat
(665) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (6445) daripada Anas bin Malik
secara marfu’.
Dalam
sanadnya ada Yusuf bin ‘Athiyyah al-Basri, matruk [sangat lemah].
4 - نِيَّةُ
الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ ، إن اللَّه عز وجل ليعطي العبد على نيته ما لا
يعطيه على عمله
“Niat
orang mukmin lebih baik daripada amalannya. Sesungguhnya Allah
akan memberi [pahala] kepada hambaNya berdasarkan niatnya dan tidak memberi
[pahala] berdasarkan amalannya.”
Riwayat
al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus (6843) daripada Abu Musa al-Asy’ari secara marfu'.
Menurut
Muhammad Murtadha al-Zabidi dalam Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, sanadnya
daif manakala menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadis al-Dhaifah
ianya palsu.
Kesimpulan
Menurut
al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah dan Ahmad al-Ghumari dalam Fath
al-Wahab, jalur-jalur periwayatannya saling menguatkan.
Jika
tidak saling menguatkan sekalipun, hadis ‘niat orang mukmin lebih baik
daripada amalannya’ adalah daif ringan sahaja berdasarkan sanad hadis
pertama dan hadis keempat (bagi sesiapa yang menerima penilaian al-Hafiz
al-Zabidi).
Bahkan
menurut Ahmad al-Ghumari di dalam al-Mudawi, hadis ini sahih dan sabit
daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam kerana kemasyhurannya di kalangan
ulama salaf. Jika hadis ini direka-reka selepas zaman salaf nescaya hadis ini
tidak masyhur di zaman mereka.
Al-Hakim
al-Termizi meriwayatkan dalam Nawadir al-Usul daripada ‘Amr bin ‘Amr
al-Ruba’ie, beliau berkata: “Aku bertanya kepada ‘Atha, adakah amalan orang
mukmin itu lebih baik daripada amalannya?” Beliau menjawab: “Niat tidak akan
berlaku padanya riak yang akan mensia-siakannya.”
Diriwayatkan
daripada Malik bin Dinar, beliau berkata: “Aku melihat seorang lelaki di
Mekah sedang berdoa berdoa: Ya Allah, sebagaimana engkau telah menerima empat
kali hajiku, terimalah hajiku ini. Aku berasa hairan dengannya. Lalu aku bertanya
kepadanya: Bagaimana engkau mengetahui bahawa Allah telah menerima haji engkau?
Dia menjawab: Selama empat tahun aku berniat untuk menunaikan haji pada setiap
tahun dan Allah mengetahui bahawa benarnya niatku. Aku dapat menunaikan haji
pada tahun ini dan aku takut Allah tidak akan menerimannya daripadaku. Malik
berkata: “Sejak dari hari itu aku mengetahui bahawa niat lebih baik daripada
amalan.”
Huraian
hadis
Niat
orang mukmin lebih baik daripada amalannya kerana niat tempatnya di hati yang
tidak terdedah kepada riak. Manakala amalannya adalah perbuatan anggota zahir
yang mungkin terdedah kepada riak.
Ditafsirkan
juga bahawa niat tanpa beramal dikira sebagai satu bentuk ketaatan dan beramal
tanpa niat tidak dikira sebagai ketaatan.
Ada yang menafsirkan: Niat itu lebih baik daripada amalan jika niatnya ikhlas berbanding beramal dengan perasaan riak dan ujub.
Ada yang menafsirkan: Niat itu lebih baik daripada amalan jika niatnya ikhlas berbanding beramal dengan perasaan riak dan ujub.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan