Ahad, 11 September 2016

Hadis Palsu: La Haula Wa La Quwata Illa Billah menolak kefakiran


1 - وَمَنْ أَبْطَأَ عَنْهُ رِزْقُهُ فَلْيُكْثِرْ مِنْ قَوْلِ: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Sesiapa yang lambat rezekinya maka banyakkanlah menyebut ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ’.”

Ia sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath (6555) melalui jalur perawi Yunus bin Tamim daripada al-Auza’ie daripada riwayat Abu Hurairah.

Kata al-Hafiz al-Zahabi dalam Mizan al-I’tidal dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Lisan al-Mizan: “Yunus bin Tamim [meriwayatkan] daripada al-Auza’ie khabar yang batil [palsu].”

Kemudian al-Zahabi dan Ibnu Hajar menyebutkan hadis tersebut.

2 - وَمَنْ أَلَحَّ عَلَيْهِ الْفَقْرُ فَلْيُكْثِرْ مِنْ قَوْلِ لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ

“Sesiapa ditekan ke atasnya oleh kefakiran maka banyakanlah menyebut ‘لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ’.”

Ia sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (2/386) daripada Anas bin Malik.

Kata al-Khatib al-Baghdadi: “Tiga hadis ini [termasuk hadis di atas] dengan sanad ini batil [palsu].”

Penilaian al-Khatib al-Baghdadi turut dimuatkan oleh Ibnu al-Jauzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah (2/100).

Kata al-Hafiz al-Zahabi dalam Talkhis al-‘Ilal al-Mutanahiyah (hlm. 196): “Dalam sanadnya ada Muhammad bin Ismail al-Razi. Dia dituduh [memalsukannya].”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan