Pertama: Perawi yang diseliputi kehidupan mereka dengan kezuhudan sehingga lalai untuk menghafaz hadis dan meneliti riwayat. Ada di antara mereka yang hilang, terbakar atau membuang kitab catatan hadis mereka, kemudian mereka menyampaikan hadis daripada ingatan mereka sehingga mereka melakukan kesilapan. Mereka ini kadang-kala memarfu'kan hadis mursal, memusnadkan hadis mauquf, tertukar sanad hadis dan mencampur adukkan antara satu hadis dengan hadis yang lain.
Kedua: Perawi yang tidak mengambil berat tentang
ilmu naql (ilmu hadis) sehingga melakukan kesalahan yang banyak dan
teruk sebagaimana perawi jenis pertama.
Ketiga: Perawi yang thiqah tetapi akal mereka
bercampur aduk ketika akhir umur mereka (nyanyuk) lalu mereka melakukan
kesilapan dalam riwayat.
Keempat: Perawi yang ditimpa kebodohan dan kelalaian.
Mereka terbahagi kepada beberapa jenis. Ada perawi yang menerima talqin
(1). Ada sebahagian perawi anak-anaknya atau tukang tulisnya memalsukan hadis
untuknya lalu dia meriwayatkan hadis tersebut tanpa dia sedari akan
kepalsuannya. Ada juga perawi yang meriwayatkan hadis walaupun hadis tersebut
bukanlah hasil sama' (hadis yang didengari) daripada gurunya kerana
menyangka perkara tersebut boleh. Ditanya kepada sebahagian perawi yang bodoh
ini: "Adakah helaian kertas ini hasil sama' kamu?" Dia
menjawab: "Tidak, tetapi orang yang meriwayatkan hadis ini telah mati
maka saya meriwayatkannya untuk mengantikan tempatnya."
Kelima: Perawi yang sengaja berdusta.
[Al-Maudhu'at,
Ibnu al-Jauzi]
______________
(1) Seseorang berkata
kepada syeikh: "Adakah si fulan telah membacakan sekian hadis kepada
tuan?", sambil menyebutkan kepada syeikh nama si fulan tersebut sedangkan
syeikh tersebut tidak pernah mendengar hadis itu hadis daripadanya, lalu syeikh
tersebut menjawab: "Ya," tanpa memastikan terlebih dahulu hadis yang
dia dengar daripadanya. Perawi yang menerima taliqn walaupun sekali maka
gugurlah kesemua hadisnya kerana dia tidak mempunyai kefahaman tentang urusan
agama Allah dan dia tidak menghafal apa yang dia dengar. [Kamus Istilah Hadis, Sayyid Abdul Majid Ghouri]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan