Sabda baginda Nabi صلى الله عليه واله وصحبه وسلم:
Barangsiapa yang membaca selepas solat Jumaat:
1 - Surah Al-Ikhlas sebanyak 100x.
2 - Berselawat kepada baginda Nabi sebanyak
100x.
3 - اللهم
اكفني بحلالك عن حرامك وأغنني بفضلك عمن
sebanyak 70x.
Belum sampai Jumaat seterusnya, sehinggalah
dikayakan oleh Allah.
Tambahan dalam satu riwayat:
Ditunaikan baginya 100 hajat, 70 hajat
akhirat dan 30 hajat dunia.
Ulasan:
Riwayat ini saya tidak temui dalam kitab-kitab
hadis bersanad karangan ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah, sebaliknya saya temui
dalam kitab-kitab Syi’ah berikut (dengan sedikit perbezaan lafaz):
1 - Misbah al-Mutahajjad (hlm. 264, c:
Muassasah al-A’lami) karangan Syeikh al-Thusi (m. 460 H).
3 - Mustadrak al-Wasail (jil. 6, hlm.
97, c: Muassasah Ali Bait) karangan Hussein al-Nuri (m. 1320 H).
Oleh itu tidak boleh mengamalkan dan menyebarkan riwayat ini kerana ia bersumberkan kitab-kitab hadis Syiah yang penuh dengan riwayat yang dusta dan tidak muktabar di sisi Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan