‘Umar bin Abdul Wahid - murid Imam al-Auza’ie
- berkata:
“Kami membaca
al-Muwatta’ kepada Malik selama 40 hari. Imam Malik lalu berkata: Kitab yang
telah aku karang selama 40 tahun kamu membacanya selama 40 hari? Sangat
sedikitlah yang kamu akan faham apa yang terkandung di dalamnya.”
[Al-Tamhid
(1/694), Ibnu ‘Abd al-Barr, tahqiq: Dr Basyar ‘Awadh Ma’ruf]
- Sahih al-Bukhari
Ditulis Selama 16 Tahun
Imam al-Bukhari (w.
256 H) berkata:
“Aku telah menulis
kitabku al-Sahih selama 16 tahun. Aku saring hadis-hadisnya daripada 600 ribu
buah hadis. Aku jadikannya hujah antaraku dengan Allah Ta’ala.”
[Tarikh Baghdad
(2/333), al-Khatib al-Baghdadi, tahqiq: Dr Basyar ‘Awadh Ma’ruf]
- Sahih Muslim
Dikarang Selama 15 Tahun
Ahmad bin Salamah - teman
rapat Imam Muslim - bekata:
“Aku bersama dengan
Muslim ketika beliau menulis kitab Sahihnya selama 15 tahun.”
[Siyar A’lam
al-Nubala’ (12/566), al-Zahabi, c: Muassasah al-Risalah]
- Fath al-Bari
Ditulis Selama 25 Tahun
Murid al-Hafiz Ibnu
Hajar, al-Hafiz al-Sakhawi mencatatkan dalam al-Jawahir Wa al-Durar
bahawa al-Hafiz Ibnu Hajar memulakan penulisan kitab Fath al-Bari pada awal
tahun 817 Hijrah dan selesai pada hari pertama bulan Rejab tahun 842 Hijrah.
Jadi beliau mengambil masa selama 25 tahun untuk menyelesaikan karya beliau
ini.
Setelah itu beliau mengadakan kenduri besar
sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran kerana dapat menyelesaikan syarah Sahih
al-Bukhari.
Majlis tersebut dihadiri oleh para ulama 4
mazhab, para pemimpin, para hakim dan ahli syair.
Kata al-Sakhawi: "Aku pun berada di majlis
itu dan aku masih kecil ketika itu."
Sebanyak 500 dinar dihabiskan untuk kenduri tersebut
dan dihidangkan pelbagai jenis makanan, minuman, buah-buahan dan manisan.
- Al-Isobah
Ditulis Selama Hampir 40 Tahun
Diakhir kitab ini
al-Hafiz Ibnu Hajar menulis bahawa beliau memulakan penulisan kitab ini pada
809 Hijrah dan selesai pada 847 Hijrah iaitu selama 38 tahun. Tetapi menurut
beliau, kitab ini ditulis secara santai-santai sahaja. Oleh itu, ia mengambil
masa yang lama.
Kitab ini mengandungi maklumat
mengenai individu-individu yang disifatkan sebagai sahabat Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam.
- Tafsir al-Tahrir
Wa al-Tanwir Dikarang Selama 39 Tahun
Al-Imam Muhammad
al-Thahir bin ‘Asyur menulis di akhir kitab tafsir beliau:
“Tafsir ini
sempurna pada waktu asar hari Jumaat 12 Rejab tahun 1380 Hijrah. Adalah tempoh
penulisannya selama 39 tahun enam bulan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan