1 - Mengamalkannya dan mengaplikasikannya secara amali dalam kehidupan mereka.
Mujahid
berkata: "Kami bersama dengan Ibnu Umar dalam satu permusafiran.
Apabila beliau melalui sebuah tempat, beliau berjalan melencong dari tempat
tersebut. Beliau ditanya: Mengapa engkau lakukan sedemikian? Beliau menjawab:
Aku melihat Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam melakukan begitu maka aku
lakukan sedemikian juga."
2
- Berbincang sesama sahabat.
Abdullah
bin Mas'ud berkata: "Berbincanglah tentang hadis kerana cara untuk
menghidupkannya adalah dengan berbincang tentangnya."
Ali
bin Abi Thalib berkata: "Banyakkanlah menyebut tentang hadis. Kalau
kalian tidak melakukan sedemikian maka hadis akan hilang."
Anas
bin Malik berkata: "Kami bersama-sama dengan Nabi sallahu 'alaihi
wasallam dan kami mendengar hadis daripada baginda. Apabila kami beredar, kami
akan berbincang tentangnya sesama kami sehinggalah kami menghafalnya."
[علوم الحديث أصيلها ومعاصرها - الأستاذ الدكتور محمد
أبو الليث الخير آبادي]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan