Syeikh Zahid al-Kauthari |
1 – Syeikh Abdul Razzaq Hamzah menulis sebuah risalah mengkritik Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari.
2 - Dalam kitab tersebut, ada satu bab yang diletakkan tajuknya sebagai: ‘Al-Kauthari mencerca sahabat’.
Dalam bab
itu, Syeikh Abdul Razzaq Hamzah menuduh kononnya Syeikh Zahid al-Kauhari mencerca Anas
bin Malik dan mengatakannya nyanyuk (الخرف),
berdusta atas nama nabi dan bersifat ummiy (tidak tahu menulis dan
membaca) disebabkan Anas bin Malik sudah tua dan berusia lanjut.
4 – Dalam
kitab Ta’nib al-Khatib (hlm. 159), Syeikh Zahid al-Kauthari membawakan
pendapat Imam Abu Hanifah yang berpandangan bahawa para sahabat bersifat ‘adil
namun mereka tidak maksum daripada berkurangan hafalan (قلة الضبط)
disebabkan sifat ummiy atau berusia lanjut.
5 – Dalam kitab al-Nukat al-Tarifah (hlm. 100), Syeikh Zahid al-Kauthari sekali lagi menukilkan pendapat Imam Abu Hanifah yang mengatakan bahawa para sahabat itu ‘adil tetapi kita tidak mendakwa bahawa mereka itu maksum daripada kesilapan yang mana tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan seperti berkurangannya hafalan dan terlupa disebabkan sifat ummiy atau lanjut usia.
6 – Berkaitan sifat ummiy pada Anas bin Malik, Syeikh Abdul Razzaq Hamzah mengkritik Syeikh Zahid al-Kauthari dan membuktikan bahawa Anas bin Malik boleh menulis. Maka kritikan Syeikh Abdul Razzaq Hamzah dalam masalah tersebut adalah benar.
7 – Namun
begitu, Anas bin Malik memang benar berusia lanjut (hampir 100 tahun). Jadi
tidak mustahil beliau ada tersilap dalam beberapa riwayat hadis sebagaimana
kebiasaan manusia biasa.
8 - Berkurangan
hafalan sebenarnya memang berlaku kepada berlaku kepada perawi-perawi thiqah
yang hebat seperti Imam Malik yang digelar Amirul Mu’minin Fi al-Hadith.
Beliau juga ada melakukan beberapa kesilapan dalam kitab al-Muwatta’.
Disebabkan
itu, sebahagian ahli hadis seperti Yahya bin Ma’in berkata: “Sesiapa yang
mendakwa dia langsung tidak melakukan kesilapan dalam (meriwayatkan) hadis maka
dia berdusta.”
Setiap
perawi hadis ada melakukan kesilapan dalam meriwayatkan hadis. Namun kadar
kesilapan bagi setiap perawi tersebut itu berbeza tingkatannya.
Seorang
perawi thiqah mungkin ada sedikit kekurangan dan terlupa pada
hafalannya, mereka ini dikatakan sebagai perawi thiqah yang ada beberapa
kekeliruan (auham) atau perawi thiqah yang ada beberapa
kesilapan.
Ada perawi
yang lebih lagi kekurangan hafalannya. Perawi ini adalah perawi soduq
dan perawi hadis hasan.
Dan ada
perawi yang kurang lagi hafalannya sehingga dinafikan langsung hafalan padanya.
Mereka ini adalah perawi yang buruk hafalannya, banyak kesilapannya dan teruk
kesilapannya.
7 – Syeikh
Zahid al-Kauthari berpandangan bahawa ada beberapa hadis tertentu yang ada
beberapa kalimah di dalamnya yang tersilap berpunca daripada Anas bin Malik
disebabkan beliau terlupa kerana usianya yang sudah lanjut sebagaimana yang ada
berlaku pada perawi thiqah yang lain.
Beliau
tidak menafikan langsung kekuatan hafalan pada Anas bin Malik, bahkan beliau mengatakan
kemungkinan Anas bin Malik ada terlupa disebabkan ketuaannya dan terlupa ini
adalah sifat biasa yang ada pada manusia, apatah lagi setelah berusia tua.
6 –
Perhatikan bahawa Syeikh Zahid al-Kauhari menyebut tentang berkurangan
hafalan dan bukannya nyanyuk atau berdusta atas nama Rasulullah sallahu
‘alaihi wasallam sebagaimana yang dituduh oleh Syeikh Abdul Razzaq
Hamzah.
9 – Kebanyakan orang yang mengkritik Syeikh Zahid al-Kauthari pasti menuduh beliau mencerca Anas bin Malik sedangkan mereka tidak melihat sendiri ucapan beliau dalam kitabnya sendiri. Oleh itu, bandingkan antara kalam pengkritik dan kalam Syeikh Zahid al-Kauthari sendiri dalam kitab beliau.
Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan