Imam al-Ghazali menyebutkan dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din:
“Pada perkahwinan dengan anak dara terdapat tiga faedah:
Pertama: Dia akan menyayangi suaminya dan menjadi
mesra dengannya, lalu ia dapat memberi kesan kepada makna kasih sayang (antara suami
isteri).
Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam telah bersabda: "Hendaklah kamu berkahwin dengan wanita
yang penyayang."
Tabiat manusia sememangnya diciptakan untuk berasa mesra
dengan perkara pertama yang menjadi kebiasaannya.
Adapun wanita yang telah mempunyai pengalaman dengan lelaki
dan telah melalui pelbagai keadaan, maka kadangkala dia tidak akan suka dengan sebahagian sifat-sifat (suaminya) yang berbeza daripada apa yang dia telah terbiasa
dengannya, lalu dia akan membenci suaminya.
Kedua: Perkahwinan dengan anak dara itu lebih menyempurnakan rasa kasih sayang
suami terhadapnya kerana sesungguhnya tabiat seorang lelaki akan menjauhkan
diri daripada wanita yang telah disentuh oleh lelaki selain suaminya, dengan
satu perasaan tidak suka, dan perkara tersebut akan memberatkan jiwanya setiap kali dia
teringat akannya.
Sebahagian tabiat lelaki dalam hal ini adalah lebih kuat
perasaannya.
Ketiga: Dia tidak akan merindui suami yang pertama. Ikatan
kasih sayang yang paling kuat pada kebiasaannya ialah apa yang berlaku dengan
kekasih yang pertama.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan